Baru sahaja sekejap tadi seorang remaja lingkungan usia 20-an berstatus OKU telah terlibat dalam kemalangan. Mat ingat kakinya patah akibat kemalangan. Rupa-rupanya mangsa adalah OKU.
Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa merempuh belakang sebuah motosikal yang lain mengakibatkan dia terjatuh dan terseret 10 meter ke sebelah kiri jalan. Nasibnya baik kerana pada ketika itu tiada kenderaan lain yang lalu di jalan tersebut.
Terkejut juga Mat bila tengok orang ramai dari restoran berhampiran lari ke arah jalan besar. Mat tak dengar apa-apa memandangkan waktu itu Mat baru sahaja membuat U-turn untuk beredar dari restoran tersebut.
Tak sampai 10 minit ambulans tiba untuk membawa mangsa ke hospital. Orang ramai tidak berani untuk mengangkat mangsa kerana bimbang berlaku komplikasi yang lain atau melibatkan tulang yang patah. Mat pun tak pernah ada pengalaman mengendalikan mangsa kemalangan.
Baru Mat sedar.. bagus juga jika menyertai program atau kursus Jabatan Pertahanan Awam ni. Sekurang-kurangnya ada knowledge dalam kes-kes seperti ini. Maaf, Mat tak sempat nak ambil gambar. Lagipun telefon bimbit Mat tak ada flash.
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Lepas breakfast pagi tadi, gigi geraham sebelah kiri aku terasa sangat sakit. Pelbagai cara telah aku buat untuk mengurangkan rasa kesakita...
-
There are two techniques to bowling. The first technique is called Stroking. Strokers will throw the ball silently without slamming it on t...
-
Frust menonggeng aku lepas dapat tahu yg Ayu Raudhah telah selamat diijab-kabulkan dengan Zaquan Adha.. Mane tak frust beb! Ex-girlfriend tu...
-
Alhamdulillah, usia Ahmad Miqdad Huzaifah dah masuk 74 hari. Setakat ni masih belum ada apa yang dia boleh buat. Kekadang tu ada jugak dia ...
-
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada t...
-
Cantik jugak blogger punya interface baru ni. memang senang nak manage kalau dah dashboard macam gini. clean jer.. Klik untuk tumbesaran...
-
Selamat hari ulangtahun kelahiran buat isteri tercinta, Nurul Huda binti Zainal Abidin. Semoga Allah SWT senantiasa meredhai dan memelihara...
-
Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mer...
-
Bak kata pepatah, "langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah".. jadi masa untuk kehidupan saya yg indah terpaksa saya a...
No comments:
Post a Comment