Macam Haram!

Awat tak tau internet macam haram. Pelan nak mampuih.. siput pun boleh jalan laju lagi dari line internet kat rumah aku ni. Streamyx, boleh tolong perbetuikan dak? Aku tukaq ISP sat lagi baru hangpa tau.


Dah lar cordless phone yg hangpa provide macam hampeh. Tak sampai setahun bateri dah kong! Bila nak hantaq claim warranty, hangpa habaq bateri tak termasuk dalam warranty. Apa ke bangang namanya tu? Tak 1Malaysia lah konsep hangpa ni.

Dulu pernah janji nak rebat bil sebab line internet dekat 2 bulan tak boleh pakai pasai kabel kena curi. Tapi tak pernah nampak rebat pun dalam bil-bil yg aku dapat. Elok sangat pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi" digunakan kat hangpa.

DNS Management

Secara teknikalnya, blog ni dah bertukaq URL. Semua ni hasil eksperimentasi aku bermain-main dengan Domain Name System (DNS) tatsat.

Cara yg sangat mudah untuk kita gunakan subdomain untuk menggantikan www kat depan domain kita tu—e.g: www.blackbinder.net ke blog.blackbinder.net


Hangpa semua nak tau ka camna aku buat? Aku boleh ajaq tapi bukan la ni lah. Aku kena tidoq pasai besok aku kena bangun awai. Kali ni, tadak label. Malaih nak buat label.. hangpa labelkan lah sendiri.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.. Muahhhhhh!!

Majlis Persandingan Puteri Sulung Pengurus LKIM Kerteh

Alhamdulillah, hari ni dah 1 Oktober 2011. Aku baru je lepas balik dari majlis persandingan puteri sulung kepada Pengurus LKIM Kerteh, Kemaman.

Majlis berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Bermula dari jam 11:00 pagi dan berakhir jam 5:00 petang. Sekitar 2,000 jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.



Seronok bila tengok pelamin indah sedemikian rupa. Aku mungkin tak mampu nak buat macam tu. Majlis aku nanti mungkin ala kadar sahaja memandangkan aku perlu berjimat cermat kerana banyak lagi duit yang perlu aku guna selepas kahwin nanti.

The Popular Entry