Ada seorang pemuda yang meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.
Lalu dia keluar dari rumahnya dan berjalan tanpa arah tuju dan terjumpa dengan seorang tua (Ulama) di pertengahan jalannya.
Pemuda: Anda siapa? Dan adakah tuan mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Ulama: Saya hamba Allah dan dengan izinNya, saya akan cuba menjawab pertanyaan kamu.
Pemuda: Tuan yakin? Ramai bijak pandai telah saya ajukan pertanyaan-pertanyaan ini namun tidak seorang pun yang mampu menjawabnya.
Ulama: Saya akan cuba semampu yang mungkin.
Pemuda: Saya mempunyai 3 pertanyaan, yang pertama: Jika Allah itu ada, buktikan wujudnya Allah kepada saya, yang kedua: Apakah yang dinamakan takdir?, dan yang terakhir: Jika syaitan diciptakan dari api, kenapa ditempatkan syaitan di neraka yang diciptakan dari api juga? Tentu ianya tidak menyakitkan mereka yang memiliki unsur yang sama. Apakah Allah tidak pernah berfikir sejauh itu?
Terus ulama tadi menampar pipi si pemuda dengan keras.
Pemuda: (Sambil menahan sakit) Kenapa tuan marah kepada saya?
Ulama: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya bagi 3 pertanyaan kamu tadi.
Pemuda: Saya sungguh tidak mengerti.
Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu sekali ianya menyakitkan.
Ulama: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Ulama: Buktikan pada saya wujudnya sakit itu.
Pemuda: Saya tidak boleh..
Ulama: Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama kamu. Kita semua merasakan adanya Allah tanpa mampu melihat akan kewujudanNya.
Ulama: Adakah malam tadi anda bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak!
Ulama: Adakah kamu pernah terfikir akan ditampar oleh saya pada hari ini?
Pemuda: Tidak!
Ulama: Itulah yang dinamakan takdir.
Ulama: Tangan saya yang digunakan untuk menampar kamu sebentar tadi dibuat dari apa?
Pemuda: Kulit..
Ulama: Pipi kamu dibuat dari apa?
Pemuda: Kulit..
Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda: Sakit..
Ulama: Walaupun syaitan dan neraka diciptakan dari unsur yang sama, jika Allah berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan untuk syaitan.
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
BEFORE YOU START Before you put your thoughts into writing, have a plan. Jot down your ideas. It does not matter if they seem jumbled up...
-
Aku tahu yang ramai tentu dah tahu macam mana nak update secara live. Nama blog ni pun blackbinder.net , so focus utama aku create blog ni ...
-
Nothing much for today. I woke up at 0630hrs as usual. Have a shower and perform Subuh prayer. After performing Subuh prayer, I sat on the c...
-
This article describes how to gain access to the System Volume Information folder. The System Volume Information folder is a hidden system f...
-
Assalamualaikum... Pertama sekali, aku hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syahirul.com kerana memuat-naik video ini. Aku ti...
-
Akhirnya setelah hampir 2 bulan aku memasang niat untuk menggunting rambut aku akhirnya tercapai! Bukan kerana aku malas, tapi keadaan tak m...
-
Semalam, keluar melepak dengan colleagues. Sekali sorang ni cakap yang dia nampak Mitsubishi Lancer GT berbody kontot kat dalam showroom Mit...
-
As I promised before in my previous entry . Today, I want to show you in details on how to mobilize your blog (only for blogger.com platform...
-
Alhamdulillah, usia Ahmad Miqdad Huzaifah dah masuk 74 hari. Setakat ni masih belum ada apa yang dia boleh buat. Kekadang tu ada jugak dia ...