Lama Tak Jumpa!

Salam semua....

Lama MK tak jumpa korang semua.. semua gara-gara kesibukan MK menguruskan hidup seharian. hidup MK sekarang tak seperti MK yg dulu.. MK sekarang sudah ada tanggungan. sebuah tanggungjawab yg besar, di mana di akhirat kelak MK akan disoal jika tidak menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik..

MK baru sahaja selesai kerja tadi.. terus balik rumah, buka blog. sekali URL lama MK dah expired.. pon MK tak sedar bila expired. blog MK sekarang dh berpindah ke http://matkadiaq.blogspot.com/ dan MK terpaksa setting semula semuanya.. maaf kepada followers MK yg tak ramai tu. mungkin ada yg tertunggu-tunggu MK update (yeke ada yg tertunggu-tunggu??)..

Mungkin selepas ni MK akan lakukan penambahbaikkan untuk blog MK ni.. tak tahu sama ada menjadi atau tidak.. kepada followers yg MK blom follow korang semula, sila update kat MK ya! MK ni kekadang nyanyuk.. =)

Okay lah.. MK nak mandi manda kendian nak makan malam.. take care smua! Outtttttt...

P/s: MK miss uols..

Banjir Kilat Di Kajang

Berikutan hujan lebat yang turun pada petang Jumaat (2 Disember), beberapa kawasan di Kajang telah ditenggelami air.


Air mula menenggelami beberapa kawasan pada jam 4:00 petang. Dua jam selepas itu air mulai surut dan keadaan kembali normal. Kerugian masih belum dapat dipastikan.


Sebahagian kenderaan yang ditenggelami air. Cuma yang pelik dan menarik perhatian Mat, ada satu lembaga pelik terapung sewaktu banjir kilat ini berlaku. Cuba anda lihat gambar di bawah.


Mat musykil dengan gambar ini. Adakah betul seperti yang Mat lihat, atau penglihatan Mat yang mengalami masalah. Jika betul lembaga yang terapung itu adalah 'Sang Bedal', ke mana perginya dia selepas air banjir surut? Seram sejuk Mat tengok gambar tu. Nasib baik Mat sudah tidak menetap di Kajang lagi. Bukan apa, Mat takut 'Sang Bedal' tu masuk dalam rumah penduduk setempat aje. Haru biru dibuatnya nanti.

Lisa Surihani Terima Anugerah Dari Puteri UMNO

Gambar diambil dari GUA

Tahniah buat Lisa Surihani kerana telah menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO baru-baru ini. Ia bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 29 November hingga 2 Disember 2011.

Empat lagi penerima anugerah tersebut, pemenang pingat emas dalam acara renang di Sukan SEA 2011, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Usahawan Wanita Cemerlang 2011, dan Penerima Kumpulan Pertama Biasiswa Nasional 2010.

Diharap Puteri UMNO akan terus berjuang demi menjamin kecemerlangan mereka di masa akan datang. Semoga dengan pemberian anugerah tersebut dapat membangkitkan lagi semangat mereka-mereka yang bergiat aktif dalam dunia politik.

Politik yang bersih menjamin kesejahteraan negara dan sosioekonomi.

P/s: Ramai artis dan mula berpolitik sekarang. Tidak ketinggalan juga bekas artis. Cuma satu sahaja pesan Mat kepada artis yang ingin berpolitik. Jangan amalkan politik kotor dan kutuk orang sana sini, nanti orang benci. :)

The Popular Entry