A PATHETIC DOCTOR'S ATTITUDE

Treating patient
Well, not all doctors are having the same attitude like one that my wife had met today at Kemaman General Hospital this afternoon. I guess that pathetic doctor is having a fight with his wife last night, making him to have this attitude disorder today.

My wife went to the GH because she was having this terrible pain within her thighs. We went to the hospital and the nurse brought my wife to the midwifery (I guess).

Then, they run a scan to my wife's tummy. My wife couldn't see what was on the screen and she had asked the doctor what is the gender of our child, but she didn't get any feedback from him. My wife was a bit sad and felt neglected by that doctor's attitude (having a mid age crisis?).

No wonder there's a lot of people complaining about government hospital. How some of the doctors and nurses treated their patients very badly. I hate to complain, but my heart wounded because of that kind of attitude or behavior being possessed by some of the government servants.

I do respect their distinction in saving people's life. They're savior of this world and I hope they will always be the savior forever. Working as a doctor or nurse is an honorable job and I would like to appreciate them in my writing today for saving a lot of souls around the world until today. Thank you doctors and nurses!

P.s : my late grandfather (Ambulance Driver), my father (Headmaster), my mother (Teacher), and my wife (Teacher) served the government organizations and I never underestimate them until today. -_-"

TAKZIAH DIUCAPKAN

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah buat bekas majikan aku yang mana bonda beliau telah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Aku sedikit sibuk bila terpaksa bergegas ke Binjai kerana Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 1434H, pagi semalam dan harus membantu dalam menguruskan jenazah.

Alhamdulillah, kedua-duanya dapat aku laksanakan tanpa sebarang masalah. Seawal jam 8.00 pagi aku bergegas ke surau untuk mengangkat kelengkapan untuk mandi jenazah dan pengusung keranda beserta keranda sekali.

Selesai tugas tersebut, aku terus ke Binjai bersama 3 lagi rakan seperjuangan untuk tunjuk muka kat sana. Kalau tak nanti orang bising pulak cakap kitorang tak ada waktu pertandingan tersebut berlangsung. Walaubagaimanapun, aku tak sempat tahu JKKK mana yang menang tengahari semalam sebab terpaksa ke Kg. Payoh untuk ambil van jenazah.

Jenazah telah selamat dikebumikan jam 1.30 tengahari, selepas selesai solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kg. Bukit Kuang. Alhamdulillah, aku dapat ikut sekali solat jenazah. Selesai pengurusan jenazah, aku terus bergerak ke Kg. Payoh sekali lagi untuk menghantar van jenazah Penyelaras UMNO Dun Kijal ke tempat asalnya.

Walaupun terasa keletihan, tetapi aku berasa sangat puas hati kerana dapat melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah dalam masa satu hari ini. Satu, kerja dan satu lagi FARDHU KIFAYAH.

Apa yang aku perasan, rata-rata yang hadir ke masjid tengahari tadi tidak ikut sama menyembahyangkan jenazah. Aku tak pasti kenapa. Mungkin tak tahu bagaimana nak solat jenazah atau sengaja tidak mahu ikut serta.

Jadi, aku nak berkongsi sikit cara-cara untuk solat jenazah secara ringkas. Jika anda sebagai makmum, ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini:-

1. Niat
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.
2. Baca surah Al-Fatihah
3. Selepas takbir kedua, selawat ke atas Rasulullah SAW:-
Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad wa'ala ali Saiyidina Muhammad.
4. Selepas takbir ketiga, baca doa seperti di bawah:-
Jenazah lelaki: Allahummaghfirlahu warhamhu
Jenazah perempuan: Allahummaghfirlaha warhamha
5. Setelah takbir keempat, beri salam ke kanan dan kemudiannya ke kiri.

Solat jenazah tidak perlu ruku' atau sujud. Jadi makmum perlu berdiri rapat dengan saf di hadapan. Senang jer kan? Ramai yang tak tahu fardhu kifayah camni kerana asyik mengejar dunia, termasuklah aku sendiri. Wallahua'lam.

Sama-samalah kita mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. In sha Allah, setiap perkara yang kita buat akan beroleh keberkatan dariNya. Amin..

P.s : yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jika ada salah dan silap, aku mohon ampun dan maaf. Kalau cara di atas ni salah atau perlukan pembetulan, sila tinggalkan komen anda.

WEB ADMINISTRATOR

Sebagai seorang web administrator, apa yang perlu diingati ialah kata laluan untuk access client area atau backdoor laman web tersebut. Jadi, kenapa aku pilih tajuk entry cenggini?

Sebab selaku web administrator laman web sekolah ayah aku, aku telah lalai dalam mengingati kata laluan untuk log masuk ke backdoor laman web tu.

Bak kata white caucasian, "I'm DOOMED!" dan kepala aku asyik duduk terbayang-bayang kata laluan yang aku biasa gunakan untuk administrate laman web sendiri dulu (dulu aku pernah ada satu blog wordpress, okay!).

Apa yang memeningkan aku lagi, bila aku guna file transfer protocol (ftp) pun masih lagi tak boleh access. Agak menjengkelkan jugak bila dia tulis Operation Timed Out. Adakah internet aku terlalu slow untuk access ataupun server web hoster aku yang problem.

Ada sesiapa boleh tolong aku tak? Cuba access http://sktelokkalong.edu.my:8080 dan tengok apa output yang korang dapat. Kalau boleh access, tolong comment yer. Aku cam dah naik mereng dibuatnya. Asyik Timed Out jer manjang. Annoying betul la benda alah tu.

Tolong yer.. Pleaseeeeeee...

P.s : aku tak layak jadi web administrator sebab aku jarang ingat password macam orang lain. :(

The Popular Entry