PIALA MALAYSIA 2011

Hari Sabtu lepas aku ke Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Terengganu. Meski pun pasukan bolasepak Terengganu kecundang di tangan pasukan Negeri Sembilan, aku tetap berbangga kerana pasukan Terengganu bermain dengan cemerlang dan professional.

Cuma keputusan tidak berpihak kepada pasukan Terengganu. Jaringan pembukaan oleh pasukan Terengganu pada separuh masa kedua. Waktu tu, penyokong Terengganu bersorak meraikan gol pembukaan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia.

Namun, beberapa minit selepas itu pasukan Hobin Jang Hobin menyamakan kedudukan, seri satu sama. Waktu itu, penyokong Negeri Sembilan kembali ceria bersorak (yang pada ketika sebelumnya diam seribu bahasa) dan menyokong pasukan mereka.

Apa yang pasti gol penyamaan adalah disebabkan kesilapan penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee. Bagi aku, itu bukan titik penyudah kerana masa ada kurang lebih 15 minit sebelum tamat permainan.

Akibat leka, beberapa minit kemudian, sekali lagi pasukan Negeri Sembilan menjaringkan gol hasil lipatan maut penyerang pasukan, Hairuddin Omar menjadikan kedudukan Negeri Sembilan mendahului dua gol berbalas satu. Masa semakin suntuk. Pasukan Terengganu terus mengatur strategi untuk menyamakan kedudukan, tetapi rezeki tidak menyebelahi Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) apabila kedudukan kekal hingga ke akhir perlawanan.

Cuma yang membuatkan aku kesal adalah keadaan Stadium Shah Alam. Harga tiket tidak kena dengan keadaan stadium. Sungguh menyayat hati dengan lampu yang tidak dipasang (aku hampir jatuh tangga beramai-ramai) di kawasan tangga. Pintu keluar ditutup, dan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak penganjur. Sungguh mengecewakan.

Pss: setelah sepuluh tahun Peteh Terengganu Peteh (Terengganu) menunggu untuk membawa pulang Piala Malaysia, akhirnya tewas juga ditangan Hobin Jang Hobin (Negeri Sembilan).

Laman Sesawang FAM Di Hack!!

Laman sesawang FAM telah digodam oleh penggodam-penggodam yang terdiri dari rakyat Malaysia yang marah dengan persatuan tersebut. Mereka tidak berpuas hati dengan harga tiket yang dikatakan mahal (RM50) dan memberontak dengan menggodam laman sesawang Persatuan Bolasepak Malaysia sebentar tadi.

Di bawah Mat sertakan print screen yang Mat sempat capture.

Klik untuk besarkan imej
Malas Mat nak print screen banyak-banyak. Tengah buka banyak tabs. Laptop dah mula jadi perlahan. Senggugut dek kerana RAM kecik.

OKU KEMALANGAN

Baru sahaja sekejap tadi seorang remaja lingkungan usia 20-an berstatus OKU telah terlibat dalam kemalangan. Mat ingat kakinya patah akibat kemalangan. Rupa-rupanya mangsa adalah OKU.

Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa merempuh belakang sebuah motosikal yang lain mengakibatkan dia terjatuh dan terseret 10 meter ke sebelah kiri jalan. Nasibnya baik kerana pada ketika itu tiada kenderaan lain yang lalu di jalan tersebut.

Terkejut juga Mat bila tengok orang ramai dari restoran berhampiran lari ke arah jalan besar. Mat tak dengar apa-apa memandangkan waktu itu Mat baru sahaja membuat U-turn untuk beredar dari restoran tersebut.

Tak sampai 10 minit ambulans tiba untuk membawa mangsa ke hospital. Orang ramai tidak berani untuk mengangkat mangsa kerana bimbang berlaku komplikasi yang lain atau melibatkan tulang yang patah. Mat pun tak pernah ada pengalaman mengendalikan mangsa kemalangan.

Baru Mat sedar.. bagus juga jika menyertai program atau kursus Jabatan Pertahanan Awam ni. Sekurang-kurangnya ada knowledge dalam kes-kes seperti ini. Maaf, Mat tak sempat nak ambil gambar. Lagipun telefon bimbit Mat tak ada flash.

The Popular Entry