QUANTITY SURVEYOR - KUANTAN (1 Position)
- Degree in Building Quantity Surveying, Contract Management/Administration or a relevant discipline.
- Extensive knowledge and experience in costing and estimating all kinds of building projects, including design and build arrangements.
- Minimum 5 years of experience in consultancy services and contract management.
Interested candidate, please contact Franky Land's Human Resource Dept. immediately at 09-516 2266 / 3366 for further information regarding this position or log on to their website.
Nota penulis : Tidak pasti samada masih ada kekosongan bagi jawatan ini. Sila hubungi pihak Franky Land untuk maklumat mengenainya.
P/s this job vacancy has been filled. Vacancy closed.
MALAM LAILATUL QADR
Assalamualaikum...
![]() |
Mencari sinar Malam Lailatul Qadr. |
Sudah 19 hari kita berpuasa. Hanya tinggal 11 hari untuk kita menyambut ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan kemenangan bagi umat Islam di seluruh pelusuk bumi Allah S.W.T ini.
10 malam terakhir, maka bermulalah malam pengakhiran Ramadhan. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Siapa tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Maka pergunakanlah 10 malam terakhir Ramadhan ini nanti dengan beramal ibadat kepada Allah S.W.T dan perkemaskanlah amalan kita agar dapat kita berjumpa dengan Malam Lailatul Qadr, yakni malam ke-21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam Ramadhan.
Apa itu Malam Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu ialah satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Insya'Allah dengan keizinan Tuhan, kesemua para malaikat dan Jibril untuk membawa segala urusan ke muka bumi Allah S.W.T ini. Seperti firman Allah yang bererti, "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Apakah tanda-tanda Malam Lailatul Qadr? Seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, Sanadnya Hasan]
Jadi muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian, berusaha dengan bersungguh-sungguhlah kita dalam mencari sinar keredhaan Allah S.W.T di akhir bulan (Ramadhan) yang mulia ini agar dapat kita sama-sama mengimarahkan lagi malam kesepuluh terakhir Ramadhan ini sebelum kedatangan bulan kemenangan, yakni Syawal. Wallahua'lam...
Nota penulis : Yang indah itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang dhaif itu datangnya dari kekhilafan aku sendiri...
ENTRI PERTAMA NASTRADAMUS
Aku tidak pasti samada akan meneruskan entri di blog lama, atau berpindah seratus peratus di sini. Andai keadaan mengizinkan, aku akan terus menulis di sana.
Ini adalah entri pertama aku di blog baru ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku berpindah... Jawapannya mudah. Ini dinamakan re-branding. Niat aku adalah untuk kekal tanpa nama. Aku tidak mahu orang mengenali aku.
Segala apa yang aku kongsikan di sini akan menjadi satu arkib buat diri aku sendiri dan juga para pembaca sekalian umat—tidak kira bangsa, agama, dan juga kerakyatan. Yang penting, informasi adalah tepat dan berguna pada semua.
Berkenaan dengan label, aku masih lagi memikirkannya. Genre blog ini masih lagi dalam pertimbangan. Apa-apa pun, nantikan kemunculan entri-entri lain selepas ini.
Nota penulis : Aku harap blog ini mendapat sambutan ramai dan mempunyai ramai pembaca. Insya'Allah....
Subscribe to:
Posts (Atom)
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Maaf jika tiada sebarang update berlaku di sini. Bukan kerana tiada idea atau malas, tetapi sedang sibuk dengan kebun fertigasi aku. Aku cu...
-
Bhgn 1 Bhgn 2 Bhgn 3 Aku sedang sibuk melayan drama ni sekarang di waktu lapang. Semua episod aku dah download. Kat sini aku tempek...
-
Apa pendapat anda tentang bekerja sendiri dan bekerja makan gaji? Definisi bekerja sendiri ialah memiliki perniagaan atau melakukan ke...
-
Anda tahu tak Google sekarang sudah berpengkalan di Malaysia? Ramai yang sudah mengetahuinya dan ada juga yang tidak tahu bukan? Google Mala...
-
DIMENSION BID, KEMAMAN POSITION: MECHANIC Job Description: Conduct Maintenance service and repair on all surface equipment (reel skid ...
-
Entry first secara live! Hahaa.. Poyo jer ayat weh. Anyway, perbankan internet Bank Islam sekarang ni tengah down. Tergendala kejap kerja ...
-
Assalamualaikum semua, Hari ni aku nak share dengan korang semua, macam mana nak buat senarai inventori. Tapi sebelum tu, apakah fungsi...
-
Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal...
-
Alhamdulillah, tunang aku dah selamat dibedah dan masih dalam proses pemulihan. Dia harus berpantang makan dan dinasihatkan untuk tidak mela...