Sebut pasal berkawan ni, Mat jadi takut bila ianya melibatkan duit atau harta benda. Bukan kerana Mat kedekut, tetapi kerana Mat dah pernah terkena. Buta-buta aje kawan-kawan tipu Mat. Ada yang pinjam duit dan liat nak bayar. Ada yang pinjam kereta lepas tu bila kereta Mat rosak, dorang buat bodoh aje.
Sebab peristiwa-peristiwa di atas ni la buat Mat jadi lebih berhati-hati dan berwaspada. Bukan kerana kedekut, tetapi pengalaman mengajar Mat supaya menjadi kedekut. Pelik kan dunia hari ini? Mat tak pernah ada kawan-kawan seperti tu satu ketika dahulu.
Jadi bila dah terkena tu, Mat belajar dari kesilapan Mat mempercayai seseorang. Dia manusia, Mat juga manusia. Jadi rasanya Mat tak perlu nak terangkan apa-apa mengenai sifat manusia ni kerana pembaca pun manusia juga. :)
Pasal tajuk entri pulak, peristiwa terbaru Mat kena. Katanya nak pinjam duit Mat untuk buat modal meniaga. Dalam masa 2 bulan, dia akan bayar balik duit tu. Tapi ini dah nak masuk 8 bulan dah. Masih lagi bila Mat pergi jumpa dia, dia berjanji untuk bayar duit Mat tu dalam jangka masa terdekat. Mat dah muak dengan janji-janji palsu ni.
Kepada pembaca semua, ingatlah.. jangan percaya sangat dengan kawan-kawan ni. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan duit atau harta benda korang semua. Biar tak ada kawan pun tak apa daripada ada kawan tetapi menyakitkan hati. Na'uzubillah..
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
Aku rasa macam nak menulis, tapi tak ada idea. Otak tepu, badan lesu. Jadi, camne? Tido je la nampak gayanya. Internet downloading spee...
-
HIGHBASE Strategic Sdn Bhd Position: Scaffolder Level 1 Requirements: Valid DOSH & OGSP Level 1 Scaffolding Certificate from ABM ...
-
Setelah sekian lama tidak menjenguk DM Agro Farm , akhirnya sekali lagi kami menjejak kaki ke DM Agro Farm, Setiu semalam. Melalui lawatan t...
-
Anda tahu tak Google sekarang sudah berpengkalan di Malaysia? Ramai yang sudah mengetahuinya dan ada juga yang tidak tahu bukan? Google Mala...
-
Dua hari lepas, aku ada terbitkan entri tentang sektor pertanian yang sedang aku ceburi sekarang. Mungkin ada di luar sana yang ingin menget...
-
Hey, what's up with the title?? Nothinglah.. I just wanna tell you guys (a bit brag), I've moved from a free dot blogspot dot com to...
-
Assalamualaikum... Pertama sekali MK melahirkan rasa simpati terhadap Mindef kerana kandungan di dalam laman web mereka telah dipermainkan...
-
Hello.. hello.. hello.. Nak kopi ke milo? Kepada sesiapa yang berminat nak beli kereta ni, boleh contact wa ye! ( AMARAN : HANYA UNTUK M...
No comments:
Post a Comment