Alhamdulillah, tunang aku dah selamat dibedah dan masih dalam proses pemulihan. Dia harus berpantang makan dan dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat.
20 Jun aku bertolak dari sini dengan menumpang ayahnya. Pukul tiga petang kami bertolak dari sini. Hati ini terasa sedikit keberatan untuk meninggalkan hasil kerja aku selama dua bulan. Apa pun, first thing first.
21 Jun kami berangkat ke Hospital Besar Melaka untuk hantar tunang aku. Lebih kurang pukul 10 pagi tunang aku telah dimasukkan ke wad. Malang sekali nasib tunang aku kerana wad yang sepatutnya dia ditempatkan telah penuh. Terpaksa menumpang di wad bersalin buat sementara waktu.
Kurang lebih jam 4 petang, tunang aku telah dipindahkan ke wad sakit puan. Alhamdulillah, wad tu lebih selesa dan dia ditempatkan di katil 25 bersama tiga orang yang lain. Semuanya mengalami masalah sakit puan.
22 Jun, seawal 8 pagi kami (aku dan ayah tunang aku) telah tiba diperkarangan hospital kerana pembedahan dijangka bermula seawal jam 9 pagi. Kami sempat berjumpa dengan tunang aku sebelum dia ditolak masuk ke dewan bedah.
Kami menunggu sehingga jam kurang lebih 4 petang. Pembedahan telah selesai dan alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kerana pembedahan tersebut telah berjaya dengan sedikit komplikasi yang menyebabkan masa yang diambil sedikit lama.
Tunang aku masih dalam keadaan mamai ketika dia ditolak masuk semula ke dalam wad. Aku bersama bakal bapa mertua aku pergi ke kantin untuk makan kerana seharian kami tidak menjamah sebarang makanan. Hanya minum air kacang soya bagi melapik perut ini.
Selesai makan di kantin hospital, kami terus naik ke wad untuk melihat keadaan tunang aku. Dia mengalami muntah-muntah akibat dosej ubat pelali dan ubat tahan sakit yang terlalu tinggi. Apa yang mampu kami lakukan ialah menadah muntahnya dengan plastik dan mencuci kesan-kesan muntah yang tertumpah di atas katil. Doktor masuk untuk memeriksa dan menasihatkan dia untuk tidur bagi mengelakkan keadaan muntah-muntah itu berlarutan.
Kami meninggalkan dia di hospital setelah dia tidur dengan nyenyak.
23 Jun tunang aku sudah beransur sedar dan pulih. Walaupun tidak seratus peratus, namun terbit diwajahnya senyuman kerana kami berada disampingnya di saat itu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami untuk terus bersama. Doktor cakap esok tunang aku dah boleh keluar. Alhamdulillah syukur sekali lagi.
24 Jun aku menguruskan discaj tunang aku sepagi hari tu. Tepat jam 12 tengahari kami membawanya pulang terus ke kampung halaman kerana dia mendapat cuti sakit selama 42 hari. Tiba di destinasi tepat jam 8 malam. Semoga dia cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Amin..
The Popular Entry
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
HIGHBASE Strategic Sdn Bhd Position: Scaffolder Level 1 Requirements: Valid DOSH & OGSP Level 1 Scaffolding Certificate from ABM ...
-
Alhamdulillah, usia Ahmad Miqdad Huzaifah dah masuk 74 hari. Setakat ni masih belum ada apa yang dia boleh buat. Kekadang tu ada jugak dia ...
-
Aku baru je selesai submit complaint pasal gangguan channel HD Astro. Baru-baru ni technician dorang dah datang untuk repair. Elok sekejap ...
-
Urgh!! Bahaya jugak low blood pressure ni kan.. Wa tak tahu yg low blood ni boleh mengundang bahaya until aku pitam pagi tadi.. Salah satu...
-
Daripada video ini, dapat disimpulkan bahawa pihak yahudi tergugat dengan seorang pemimpin Islam yang bernama Muammar Gadaffi. Masih belum s...
-
Credit— SinemaMalaysia Al-Fatihah buat Allahyarham Omar Puteh, 72 atau lebih dikenali dengan nama Aimi Jarr yang telah kembali ke rahmat...
-
This entry will be in Bahasa Melayu Type-R. Wah! Belum Januari lagi aku dah ada plan untuk bulan Mac 2011. Mana tak plan, main agenda untu...
-
Ya Allah, sekejap sangat masa berlalu. Tup tup dah nak masuk bulan Disember. Tak sampai 2 minggu pun lagi Mat akan bergelar suami. Homaigosh...
1 comment:
paste kat cni la..
http://says.my/miaerius/invite
Post a Comment