Saya rasa sangat dukacita apabila Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini sangatlah suka bercuti. Hari ini dia datang kerja, esok dia cuti. Lusa pula datang setengah hari, kemudian keesokan harinya dia bercuti lagi.
Jadi apa perbezaan biskut Chipsmore dengan Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini? Beza yang sangat ketara ialah, biskut Chipsmore hilang setelah dimakan oleh orang yang membelinya manakala Kerani Akaun kami hilang tanpa dikesan. WOW! Hebat bukan?
Majikan saya sampai terasa hendak letak tracking device pada kenderaannya. Sukar hendak dibaca hati orang ni bukan? Mungkin dia sudah tiada hati untuk bekerja di sini agaknya. Jika begitu, lebih baik dia berhenti sahaja. Jangan menyusahkan kerani-kerani yang lain.
Saya pun tidak sakit kepala apabila ingin mendapatkan statement akaun syarikat.
No comments:
Post a Comment