TAWARAN KERJA

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya aku dah dapat tawaran kerja di Shah Alam. Alangkah bahagianya isteri aku waktu tu. Terus aku book hotel pada tarikh yang aku sepatutnya lapor diri.

Dari riak wajah isteri aku, aku nampak akan sinaran cahaya dan mata yang berkaca. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang pada aku sekali lagi untuk membetulkan kesilapan aku yang lepas. Harap-harap bekerja di syarikat baru ni tak mendatangkan sebarang masalah pada aku. Apa nama syarikat? Aku tak boleh mention dalam ni atas sebab-sebab tertentu.

Offer yang aku dapat boleh dikatakan sangat okay! Hehe.. Tak sabar nak pergi lapor diri ni. Sebenarnya, aku masih mencari kerja yang betul-betul 'area of expertise' aku. Di syarikat baru ni, aku mungkin akan belajar benda-benda baru since aku tak pernah involve dalam area tu. Anyway, wish me luck!

No comments:

The Popular Entry