HARI KE-74

Alhamdulillah, usia Ahmad Miqdad Huzaifah dah masuk 74 hari. Setakat ni masih belum ada apa yang dia boleh buat. Kekadang tu ada jugak dia cuba untuk mengiring, tapi tak mampu lagi. Mungkin dah start nak meniarap kot. 2 minggu lepas, aku dan mama dia bawak dia ke klinik untuk cucuk 2 bulan. Doktor bekalkan ubat demam in case dia demam lepas kena cucuk, tapi syukur sebab dia sihat. Antibodi dia kuat, tak macam walid dia ni.

Baju dia banyak yang dah tak muat. Kadar tumbesaran yang sangat cepat. Hehe.. Ikut walid dia kot. Masa pergi check-up, berat dia dah 5.1 kilogram. Ketinggian pulak, aku dah lupa. Rasanya 56 sentimeter kot. Dah dekat 2 kaki anak walid sekarang ni.

No comments:

The Popular Entry