LAGENDA BUDAK SETAN

Lagenda Budak Setan (Jun 2010)
Baru sahaja selesai menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS). aku tahu, ramai yang dah menonton filem tu dan aku juga tahu, aku sangat ketinggalan.

Apa boleh buat? baru semalam beli DVD. hendak menonton di panggung wayang, jauh sangat kedudukan panggung wayang dengan tempat tinggal. lagipun, tiada berteman untuk menonton wayang. =P sangat tidak boleh diterima akal alasan tu.

Tidak hairanlah kenapa ramai sangat yang bercakap tentang filem tersebut. aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang-bintang yang ada. kenapa sikit sangat? sebab kemunculan Lisa Surihani sikit sangat dalam cerita tu. hahaha..

Petang ni aku hendak sambung menonton filem. filem apa? Piranha 3D! ya.. aku terpaksa beli DVD cetak rompak sebab aku tiada masa untuk pergi menonton di panggung wayang. maaflah ya! tetapi, bila ianya filem MELAYU, aku pasti beli yang ori. menyokong industri perfileman tanah air. cewahhh!

Bersambung di esok hari. sekarang tak boleh taip panjang-panjang. takut orang bosan membaca. aku berhenti setakat ni dahulu. Assalamualaikum wbt...

Nota penulis : Harap-harap lepas ni pengarah filem memperbanyakkan babak yang mempamerkan Lisa Surihani. bukan apa, aku suka tengok wajah dia yang tenang tu. jika dia pakai tudung, tentu lagi menenangkan jiwa setiap lelaki yang melihatnya. hehehe... jangan marah ya!

SELAMAT HARI LAHIR IBU!

Hjh. Roslah binti Mohd. Yusoff
Assalamualaikum wahai ibuku yang mithali. Izinkan anakmu menulis penghargaan jiwanya terhadapmu sempena HARI ULANGTAHUN KELAHIRANMU. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana menjadikan dirimu sebagai ibuku.

Dirimu tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat setiap kali anakmu ini kecundang. Berbekalkan kata-kata semangatmu itulah anakmu bangkit semula. Ibu, anakmu ini berbangga kerana punyai ibu seperti dirimu. Anakmu ini menerima setiap kelemahanmu dan anakmu ini gantikan ia dengan kelebihanmu.

Ibu, hanya Allah Taala yang dapat membalas segala jasamu terhadapku. Selamat hari ulangtahun kelahiran ibu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang melimpah ruah bagi setiap pengorbananmu terhadapku selama ini wahai ibu.

Ibu, jagalah maruah ayah dan keluarga kita kerana anakmu ini tidak sanggup melihat dirimu diazab api neraka. Jagalah 4 perkara yang menjanjikan syurga buatmu ibuku. Solatmu, puasamu, maruahmu dan suamimu, nescaya dirimu akan tergolong di dalam golongan ahli syurga Allah.

Maafkan segala salah dan silap anakmu ini. Halalkan setiap teguk susumu wahai ibuku. Redhai diriku ini dalam mencari redha Allah Taala. Sesungguhnya keredhaanmu adalah keredhaan Allah bagi diriku. Setinggi-tinggi penghormatan terhadapmu ibu. Syurgaku terletak di telapak kakimu. Semoga ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman kepada-Nya. Wallahua'lam...

Nota penulis : Aku amat menyayangimu ibuku. Mungkin selama ini, ianya tidak dapat diungkapkan dengan bibirku. Biarlah tulisan ini menjadi saksi kasih sayangku terhadapmu wahai ibu. Selamat Hari Lahir!

Menyambung cuti

Assalamualaikum W.B.T,

Gambar di pagi Aidilfitri.

Alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih memanjangkan usia saya untuk menulis di blog yang tak seberapa ini.

Hari ini saya menyambung cuti ehsan yang telah diberikan oleh syarikat. Insya'Allah sampai hari Sabtu depan. Walaupun cuti, saya berada dalam status on-call. Bila-bila masa sahaja saya boleh dipanggil untuk masuk bekerja.

Dikesempatan bercuti ni, saya ingin menggunakan sebaik mungkin waktu untuk berkunjung ke rumah sahabat handai bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara saya dengan sahabat-sahabat yang saya kenal. Insya'Allah, selepas solat Zohor, maka akan bermulalah pengembaraan saya untuk menziarah sahabat-sahabat yang baru dan juga yang sudah lama tidak berjumpa.

Nota penulis : Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog saya ni, nantikan kemunculan saya di depan pintu rumah anda.

The Popular Entry