As for now, aku sedang menunggu masa yang sesuai untuk aku strike. job ni mungkin ambil masa 3-4 bulan untuk dapat pulangan semula. tapi, tiada apa yang boleh dapat pulangan secepat sebulan melainkan kerja makan gaji.
Semalam aku dah ke PPK Kemaman dan berjumpa dengan En. Amin, Pengurus PPK. Sempat bersembang serba sedikit tentang job terbaru ni.
Terima kasih aku ucapkan kepada partner aku yang bagi info ni kat aku. Tanpa info dari dia, aku tak tahu yang PPK bagi peralatan untuk job ni.
Masa pergi PPK, aku terkejut sebab pagar atap zink mengelilingi kawasan tanah lapang sebelah PPK yang kebiasaannya menjadi tempat meletak kenderaan. ternampak satu papan tanda di hadapannya. "Kerja-kerja Membina Bangunan Pentadbiran 2 Tingkat PPK Kemaman." Wow! nak naik bangunan baru. baguslah, sebab bangunan pentadbiran sedia ada pun dah boleh buat stor baja.
Lepas jumpa Pengurus PPK, beliau suruh aku rujuk pada orang yang bertanggungjawab mengendalikan pembahagian peralatan tersebut, En. Amirulrasyid. Tak dapat jumpa, hanya bercakap melalui telefon kerana beliau ada urusan di luar pejabat.
Pada mulanya, beliau kata peralatan tersebut telah habis dibahagikan. Tetapi, aku dapat info daripada pengurus tadi ada lebih kurang lima set yang rosak. Jadi, aku minta peralatan yang rosak tu untuk aku baik pulih dan guna untuk job aku nanti.
Syukur, En. Amirulrasyid berjanji nak hubungi aku semula minggu hadapan. Beliau nak periksa dahulu peralatan tersebut sebelum dapat memberikannya kepada aku. Mudah-mudahan, job kali ni dapat berjalan dengan sempurna tanpa banyak masalah. insyaAllah..
Apa peralatan tu sebenarnya? Gambar hint seperti kat bawah.
Agak-agak anda semua, apa bendanya tu? Nanti aku akan buat full entry bila peralatan tu dah berada di tempat yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment