Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.
“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.
Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.
The Popular Entry
-
This article describes how to gain access to the System Volume Information folder. The System Volume Information folder is a hidden system f...
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin ...
-
Tun Dr. Mahathir Mohamed PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anak...
-
Help me! My eyes are still wide open but my body is sooooo tired. I need a rest. So many times l've tried to sleep but it is a failure e...
-
1. Working in Oil and Gas Industry is really giving you a headache, especially when you're working in a contractor side. 2. The harsh ...
-
Saya rasa sangat dukacita apabila Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini sangatlah suka bercuti. Hari ini dia datang kerja, esok dia...
-
Entry first secara live! Hahaa.. Poyo jer ayat weh. Anyway, perbankan internet Bank Islam sekarang ni tengah down. Tergendala kejap kerja ...
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Perghhh.. dah macam wakil rakyat intro entri aku kali ni. Aku baru je lepas main bowling tadi. Tangan ...
No comments:
Post a Comment