Hari Sabtu lepas aku ke Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Terengganu. Meski pun pasukan bolasepak Terengganu kecundang di tangan pasukan Negeri Sembilan, aku tetap berbangga kerana pasukan Terengganu bermain dengan cemerlang dan professional.
Cuma keputusan tidak berpihak kepada pasukan Terengganu. Jaringan pembukaan oleh pasukan Terengganu pada separuh masa kedua. Waktu tu, penyokong Terengganu bersorak meraikan gol pembukaan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia.
Namun, beberapa minit selepas itu pasukan Hobin Jang Hobin menyamakan kedudukan, seri satu sama. Waktu itu, penyokong Negeri Sembilan kembali ceria bersorak (yang pada ketika sebelumnya diam seribu bahasa) dan menyokong pasukan mereka.
Apa yang pasti gol penyamaan adalah disebabkan kesilapan penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee. Bagi aku, itu bukan titik penyudah kerana masa ada kurang lebih 15 minit sebelum tamat permainan.
Akibat leka, beberapa minit kemudian, sekali lagi pasukan Negeri Sembilan menjaringkan gol hasil lipatan maut penyerang pasukan, Hairuddin Omar menjadikan kedudukan Negeri Sembilan mendahului dua gol berbalas satu. Masa semakin suntuk. Pasukan Terengganu terus mengatur strategi untuk menyamakan kedudukan, tetapi rezeki tidak menyebelahi Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) apabila kedudukan kekal hingga ke akhir perlawanan.
Cuma yang membuatkan aku kesal adalah keadaan Stadium Shah Alam. Harga tiket tidak kena dengan keadaan stadium. Sungguh menyayat hati dengan lampu yang tidak dipasang (aku hampir jatuh tangga beramai-ramai) di kawasan tangga. Pintu keluar ditutup, dan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak penganjur. Sungguh mengecewakan.
Pss: setelah sepuluh tahun Peteh Terengganu Peteh (Terengganu) menunggu untuk membawa pulang Piala Malaysia, akhirnya tewas juga ditangan Hobin Jang Hobin (Negeri Sembilan).
1 comment:
belajar banyak
Post a Comment