Tiba-tiba terdetik ide tentang pengurusan pantai selepas mendengar bagaimana bersihnya pantai di Gold Coast, Australia daripada Pakngah saya semalam. Sejujurnya, Gold Coast adalah salah satu tempat yang saya idamkan untuk pergi. Namun rezeki masih belum ada. Insya'Allah suatu hari nanti saya akan bawa isteri saya untuk jejak kaki di sana.
Pantai Gold Coast, Australia |
Sebagai seorang rakyat Terengganu yang prihatin akan perkembangan sosio-ekonomi, saya terfikir untuk menguruskan pantai-pantai yang sering dikunjungi dan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Rata-rata pelancong lebih meminati pantai daripada hutan belantara. Hanya mereka yang ekstrem sahaja meminati kawasan hutan dan air terjun.
Maka, pembangunan Tasik Kenyir seperti yang sedia ada saya rasakan adalah suatu perkara yang sia-sia kerana pelancong dari luar negara lebih meminati snorkeling daripada mandi manda di air terjun. Scuba diving dan snorkeling adalah perkara wajib bagi pelancong yang datang ke Malaysia, terutamanya negeri Terengganu Darul Iman ini.
Scuba Diving di Pulau Sipadan |
Majoriti pelancong yang datang ke Terengganu akan berkunjung ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan Pulau Kapas. Tetapi jarang yang berkunjung ke Pulau Tenggol kerana di sana, resort atau chalet sangat terhad. Jadi, kenapa tidak dibangunkan dan diuruskan kawasan pantai yang dekat dengan pulau tersebut?
Pulau Tenggol, Dungun |
Saya kurang pasti apa yang pihak berkuasa tempatan rancangkan untuk pembangunan dan pengurusan pusat pelancongan di sini. Rata-rata projek yang dijalankan akan menjadi satu projek gajah putih kerana apa yang dilaksanakan tidak menepati citarasa pelancong, terutamanya dari luar negara.
Seharusnya pihak berkuasa harus menitikberatkan kebersihan dan persekitaran pantai bagi menarik lebih pelancong dari dalam dan luar negara. Satu lagi yang saya terkilan apabila pelancong datang ke pantai di waktu pagi, lingkungan jam 8.00 hingga 9.00 pagi, gerai-gerai yang ada masih belum dibuka sekaligus membuatkan pelancong terfikir betapa tidak berdisiplinnya peniaga di sini.
Saya sekadar meluahkan ide yang ada di dalam kepala ini. Untuk tindakan selanjutnya, tanya pada mereka yang mempunyai kuasa dalam melaksanakannya. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment