Kenapa Cili?

Aku tak pasti ada tak orang yang ambil peduli pasal projek aku kali ni. Mungkin ada yang mengetahuinya dan mungkin ada yang tak mempedulikannya.

Projek aku yang seterusnya, menanam cili secara fertigasi. Tetapi, kenapa cili? Bukan kerana aku ingin mengejar kekayaan semata-mata berikutan harga pasaran cili yang sedang melambung tinggi lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan dan musim tengkujuh nanti. Aku ada matlamat aku yang tersendiri.

Cili yang diusahakan secara fertigasi. - myagrobiz

Cili merupakan bahan asas di dalam setiap masakan Melayu. Ramai yang tidak berani mengambil risiko untuk menanam cili kerana ia sangat cerewet untuk dijaga. Aku akui, pokok cili sangat sukar untuk dijaga. Kemungkinan untuk pokok-pokok cili mati adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan tanaman lain.

Aku andaikan ini adalah satu kerja yang sangat GILA. Tetapi, siapa tahu? Mungkin rezeki aku letaknya di sini. Allah Ta'ala telah berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" - Ar-Ra’du:11

Usaha itu adalah satu perkara yang harus aku lakukan demi berjuang mencari rezeki dan perjuangan aku ini haruslah berlandaskan Islam dan menganggap ianya sebagai satu ibadat. Insya'Allah.. Doakan kejayaan aku nanti! Amin.

No comments:

The Popular Entry