RASA SANGAT TERTIPU

Frust? Jangan cakap la.. sangat frust. Rasa tertipu dengan Telekom Malaysia. Lambat bayar kena potong, tapi line Streamyx semput. Nasib baik aku tak tergoda dengan Unifi. Gggrrr...

Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Sebab tak ada saingan.. Syarikat yang mampu bersaing dengan Telekom Malaysia, tak ada. Cuba duduk di China, confirm Telekom Malaysia duduk di tangga yang tercorot.. Jangan kata aku nak condemn mereka, tetapi itulah realiti yang mereka harus terima.. perbaiki apa yang harus mereka perbaiki.

Ini speedtest yang aku buat kejap tadi..

Speedtest Result

Upload speed lagi laju dari download speed. Mau tak panas hati aku bila nak browse, internet slow macam siput khinzir.. Kalau ada sesiapa dari Telekom yang baca blog ni, tolong la.. Tolong perbaiki perkhidmatan korang. Dah la sekarang ni kalau line kena potong, nak sambung semula kena caj RM10.00. Dah macam Astro pulak. Dengan perkhidmatan yang mereka bagi, aku rasa aku sangat-sangat tertipu.. berasap tiap-tiap bulan kena bayar bil, tapi perkhidmatan yang aku dapat tak memuaskan.

Akhir kata, aku tak suka dengan line Streamyx sekarang.. Jangan harap aku nak upgrade ke Unifi selagi line Streamyx macam sekarang..

No comments:

The Popular Entry