RAMADHAN 1434 HIJRAH

ALHAMDULILLAH..

Allah SWT masih lagi beri peluang pada aku untuk berpuasa di bulan yang mulia ini. Ramadhan tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Ahmad Miqdad Huzaifah dalam hidup kami. Ketika menyambut Ramadhan yang lepas, dia masih lagi dalam perut mama dia.

Jadi, Syawal tahun ini akan kami sekeluarga sambut bersama-sama di Ulu Kinta, Ipoh jika tiada aral melintang, in shaa Allah. Tahun lepas, aku dan isteri menyambut ketibaan Syawal di rumah mertua aku di Padang Midin, Kuala Terengganu. Tahun ni, giliran untuk beraya di Bukit Kuang, Kemaman pula. Tetapi memandangkan emak dan ayah aku akan berhari raya di Ulu Kinta, aku dan isteri akan ikut sama nanti.

Bila aku baca semula blog ni, aku perasan ada satu entri tentang Ramadhan, iaitu 'Malam Lailatul Qadr'. Entri tersebut telah berusia tiga tahun. Rasa macam tak percaya, pejam celik-pejam celik sudah tiga tahun blog ni online. Semoga ianya akan berterusan hingga ke akhir perjalanan hidup aku kali ni.

Baiklah, aku tak mahu mengomel banyak-banyak di bulan yang mulia ni. Ada banyak perkara yang perlu aku bereskan. Apa pun, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia, mahupun di luar negara.

Assalamualaikum..

No comments:

The Popular Entry