TINJAUAN BAJET 2014


Bersiap sedia semua untuk kenaikan harga barangan seperti gula, gandum, dan lain-lain barang keperluan. Tidak mustahil harga petrol RON 95 dan diesel akan ada kenaikan juga. Dato' Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah beberapa kali memberikan amaran agar rakyat bersiap sedia dengan pengurangan subsidi oleh Kerajaan Malaysia di dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Hal ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia juga sebenarnya terjejas akibat krisis ekonomi dunia yang sedang melanda sekarang ini. "Ekonomi Malaysia masih kukuh," adalah kata-kata nista sesetengah pihak bagi tidak membuatkan rakyat panik.

Menurut beberapa sumber, barangan yang dikenakan GST juga akan bertambah. Ini akan membuatkan pengguna sedikit terbeban, namun ia akan menguntungkan kerajaan dari hasil cukai yang dikenakan. Dengan ini, pembangunan dapat dilaksanakan bagi mencapai Wawasan 2020.

Taarif elektrik juga akan mengalami kenaikan berikutan pengurangan terhadap subsidi bahan api oleh kerajaan kepada Tenaga Nasional Berhad. Jika rakyat mahukan taarif yang lebih rendah, sila pasang solar PV di rumah masing-masing.

Harga rumah akan diturunkan berikutan kerajaan telah berjaya memujuk sebuah syarikat dari Jepun untuk membina panel rumah pasang siap yang kununnya dapat menahan gegaran gempa bumi sekaligus membawa masuk syarikat tersebut untuk bertapak di Malaysia kerana di negara kita tiada kontraktor yang dapat menghasilkan panel sebagus itu berikutan Malaysia sering dilanda gempa bumi dan tsunami.

PR1MA dijangka akan menggunakan panel-panel rumah pasang siap tersebut nanti. Rakyat dapat menikmati sebuah rumah yang telah dipasang siap dengan ketebalan dinding yang apabila diketuk paku di sebelah sini akan berlubang di sebelah sana.

Jadi kepada golongan muda yang ingin memiliki rumah, boleh mohon sekarang. Jangan ada rungutan lagi selepas ini tentang kos sara hidup yang tinggi.

Mengikut pendapat beberapa orang pakar dalam ekonomi, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak juga bercadang untuk menjual 'pelan transformasi' yang telah dirangka oleh beliau ini kepada Presiden Barrack Obama bagi mengatasi kegawatan ekonomi di Amerika sekarang ini.

No comments:

The Popular Entry