Mona Fendy

Mona Fendy
Cuak tak dengan nama ni? Dah nak masuk 10 tahun dia dihukum gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh bekas ADUN Batu Talam, Mazlan Idris pada malam 2 Julai hingga malam 3 Julai 1993.

Masa tu aku darjah tiga. Seram kan bila renung gambar dia lama-lama. Orang yang amal ilmu hitam ni muka dorang memang menyeramkan. Tapi buat kita rasa macam nak tengok!! Dia ni pernah jadi artis dan lagunya pernah masuk bertanding dalam rancangan Muzik Muzik pada tahun 1988. Tapi oleh kerana suara dia ni sangat "lunak", tak sampai seminggu lagu dia dah terkeluar dari senarai. Hebat kan?

Aku rasa sebab dia kecewa dan tak berjaya jadi artis, buat dia jadi meroyan. Itulah korang, sapa suruh tak undi dia dulu? Kan dah tekanan perasaan.. Kalau time tu ada Akademi Fantasia, aku rasa for sure dia akan join. Hihihi... Jangan lupa AFUNDI MONA FENDY! (Memang TAK la kan)

Tapi hidup si Mona Fendy ni agak misteri sebenarnya. Ada tak sesiapa ada biodata lengkap Mona Fendy? Ada tak tertulis bila dia dilahirkan? Rasanya macam tak ada.. Pelik kan? Orang cuma tahu tahun dia dilahirkan sahaja, iaitu pada tahun 1956. Kalau dia ni hidup lagi, umur dah 55 tahun.

Nota kaki bangku : FYI, dia ada menetap sekejap di Kampung Titian Berayun, Kijal, Kemaman. Orang-orang area situ cakap, dia pernah jamu penduduk setempat dengan daging manusia!! Eeeeww... Yucks!!

No comments:

The Popular Entry