Wah! Belum Januari lagi aku dah ada plan untuk bulan Mac 2011. Mana tak plan, main agenda untuk tahun depan tu... Nak tukar status dari in a relationship kepada engaged bukan mudah. Banyak suka duka yang aku dan partner aku perlu lalui. Hehehe... Daripada dia sayang aku sebab kesiankan aku, sampailah dia dah betul-betul sayangkan aku. Semua tu kuasa Allah Ta'ala... Kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan segalanya.
Sekadar gambar hiasan |
Cincin tunang alhamdulillah aku dah beli. Cadangnya bulan Mac nanti nak pergi meminang bakal roommate aku tu. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Tarikh nikah akan aku umumkan kemudian. Tapi yang pastinya bukan dalam tahun 2011 sebab aku perlu langsaikan beberapa baki hutang piutang aku supaya hidup aku nanti tak tormented dengan pelbagai masalah, especially yang berkaitan dengan wang ringgit ni.
Sekadar gambar hiasan |
Mac 2011 dah confirm, tapi harinya belum confirm lagi. Mungkin dalam musim cuti penggal pertama persekolahan. Biasalah, bakal roommate aku ni pendidik. Nak kena cari musim cuti sekolah, baru boleh langsungkan apa-apa majlis. Kalau korang nak cepat tengok aku nikah, silalah support blog aku ni supaya ada sedikit side-income yang akan aku perolehi. Siapa kata blogging ni tak boleh buat duit? Ramai je aku tengok yang mampu jana income dengan blog. Apa yang penting, SUPPORT! dan juga KERJASAMA! Hehehe.. Aku macam terkenangkan sesuatu je bila sebut perkataan KERJASAMA ni. Nasib badan.... Sesiapa yang tahu, diam-diam sudahhhh..
No comments:
Post a Comment