Seriously, aku dah tak tahu macam mana nak restart jam biologi aku sekarang ni. Susah sangat nak tidur seperti manusia normal. Esok mula aku rasa nak marah-marah orang, moody, sakit-sakit kepala, stressful dan lain-lain lagi kesan yang negatif.
Aku tak tahu macam mana untuk aku membetulkan apa yang tidak betul sekarang ni. Aku cuba untuk baring dan baca buku (petua orang lama untuk mudah tidur), masih juga tidak berhasil. Cubaan demi cubaan telah aku lakukan. Namun masih bertemu jalan buntu. Nak rasanya aku telan ubat tidur, tetapi aku ada terbaca mengenai kesan yang tidak baik ubat tidur terhadap tubuh badan especially buah pinggang.
Aktiviti aku sewaktu korang semua sedang nyenyak tidur ialah; blogwalking. Sangat-sangat efficient untuk menongkatkan lagi mata aku ni. Terutamanya bila aku blogwalk ke On D Scene, Blogserius, dan beberapa blog yang lain lagi. Ianya seakan memaku mata aku rapat ke skrin laptop ni untuk terus membaca setiap artikel yang dicoretkan di blog tersebut.
Yang paling mantap bila blogwalk ke On D Scene ialah gambar-gambar kemalangan maut yang sangat mengerikan. Aku jadi semakin ralit membelek blog tu. Dari satu entry ke satu entry yang lain aku klik. Last-last tengok jam dah pukul 0400am.
Aku ambil keputusan untuk update blog yang dah 2-3 hari tak diupdate. Dah macam ada expiry date macam roti Gardenia. Idea takde, otak dah jadi sempit sikit sebab selalu tak boleh tidur sebelah malam. Jam biologi aku dah lari settings. Nak kena modify balik settings supaya aku boleh kembali hidup normal macam korang semua.
P/s: Addictive yang terbaru, blog Abang Zul ni pulak. Dia ni ex-Coach Captain yang beralih angin ke Long Hauler / Trucker. Memang aku pernah ada cita-cita untuk menjadi Long Hauler satu ketika dulu. Bila baca blog dia, buat aku lagi ingin terus membaca kerana minat yang mendalam tu ada. Pernah pandu truck 3 tan tahun lepas. At least pernah ada pengalaman memandu truck, walaupun kecik. Hihihi..
The Popular Entry
-
This article describes how to gain access to the System Volume Information folder. The System Volume Information folder is a hidden system f...
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Tun Dr. Mahathir Mohamed PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anak...
-
Help me! My eyes are still wide open but my body is sooooo tired. I need a rest. So many times l've tried to sleep but it is a failure e...
-
Salam 1 Malaysia. Keadaan bilik yg semak akan membuat kita rasa stress. Jadi, sekarang ni aku dah mula terasa stress dan aku nak kemas bili...
-
1. Working in Oil and Gas Industry is really giving you a headache, especially when you're working in a contractor side. 2. The harsh ...
-
MK dapat call dari TM tanya nak upgrade tak Streamyx kat rumah daripada 512kbps kepada 1Mbps. dengar dia cakap macam tu, MK terus agree aje ...
-
Assalamualaikum derr.. Amir Raja Lawak Tadi masa nengok Maharaja Lawak (ML), wa rase macam nak pitam tengok persembahan si Amir tu der...
-
Peristiwa ni dah lama sebenarnya berlaku.. minggu lepas kot.. aku dah lupa berapa haribulan.. tapi yang pastinya hari khamis.. masa aku dan ...
-
Urgent! ExxonMobil Job Vacancy Available for Grab! Position : Material Coordinator – 2 pax Client : ExxonMobil Working Duration : 2 Ye...
No comments:
Post a Comment