Assalamualaikum semua,
Hari ni aku nak share dengan korang semua, macam mana nak buat senarai inventori. Tapi sebelum tu, apakah fungsi senarai ni? Baiklah.. aku tak tahu apa jawapan korang. Jawapan aku ialah, senarai inventori ni ialah senarai peralatan atau barang-barang yang menjadi aset korang.
Sebagai contoh, dalam rumah korang ada peti sejuk, mesin basuh, televisyen, almari, dapur gas, dan lain-lain lagi. Jika korang nak jadikan rumah korang tu sebagai rumah tumpangan, sudah semestinya semua peralatan yang aku sebut di atas ni adalah aset korang kan?
Oleh itu, apa yang korang perlu buat ialah menyenaraikan semua peralatan dan kelengkapan rumah korang tu sebelum korang sewakan pada pelanggan. Ianya bagi memudahkan urusan korang untuk mengenalpasti peralatan yang hilang mahupun rosak.
Sekiranya hilang, korang boleh minta ganti rugi daripada pelanggan korang. Jika rosak, ianya perlu dihantar baikpulih. Korang seharusnya meletakkan peralatan sementara sebagai ganti sementara menunggu peralatan yang rosak tadi dibaikpulih.
Dengan adanya senarai inventori ni, korang boleh jejak di mana peralatan tu berada. Takdelah korang pening kepala memikirkan ke mana peralatan atau aset korang pergi kan? Semak jer senarai inventori, korang dah boleh tahu kat mana.
Mungkin penjelasan aku ni sikit sebanyak korang dapat faham. Jadi, apa yang perlu ada dalam senarai inventori ni?
Aku senaraikan apa yang perlu ada:-
- Deskripsi
- Harga
- No. Tag ( jika ada )
- Lokasi ( E.g: dapur, ruang tamu, bilik utama, dan lain-lain )
- Tarikh Beli
- Tarikh Servis ( jika ada )
- Bilangan ( jika barang tersebut berulang-ulang; e.g: bantal, almari baju, tilam, tuala, etc )
Setakat ni, tu jer yang aku mampu senaraikan untuk korang. Kalau ada penambahan, korang boleh buat sendiri dalam senarai inventori korang tu. Aku tak tahu apa core business korang.
Aku rasa, tu sahaja yang aku dapat share dengan korang hari ni. Semoga blog aku ni dapat membantu korang dalam kehidupan seharian. Kbye!
No comments:
Post a Comment