Source — Trainers-asia.com |
KUALA LUMPUR - Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan masih terkawal setakat 9 malam ini, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan.
Jurucakap Plusline, ketika dihubungi Bernama, berkata bagaimanapun, jalan di Sri Petaling menghala ke Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mulai sesak berikutan orang ramai yang mula balik ke kampung masing-masing.
"Bagaimanapun, di Plaza Tol Gombak masih lancar," katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangka trafik mulai sesak pada Rabu ini berikutan orang ramai berpusu-pusu menggunakan lebuh raya bagi meraikan Aidilfitri.
Beliau berkata kenderaan berat dilarang memasuki lebuh raya pada 6 dan 7 Ogos serta 17 dan 18 Ogos bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
P/s Bagi mereka yang ingin memandu pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan berhati-hati. Ingatlah insan tersayang yang sedang menanti kepulangan anda!

No comments:
Post a Comment