Syukur ke hadratMu, Ya Allah

Alhamdulillah, kertas kerja aku dah siap. tunggu nak print out dan present kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan aku untuk membesarkan bidang pertanian yang aku ceburi ni.

Sumber — abgreds.

Harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. kini tinggal beberapa fasa sahaja lagi sebelum projek di atas tanah sebesar dua ekar tu dapat aku usahakan.

Dan pokok pokok lada yang ditanam sebelum ini telah mengeluarkan hasil sulung mereka. Alhamdulillah, syukur aku sekali lagi di atas kurniaan Allah Ta'ala yang tak terhingga ni. Gambar pokok pokok yang dah keluarkan hasil tu akan aku upload kemudian di blog pertanian kami.

Blogger dashboard dengan interface baru

Cantik jugak blogger punya interface baru ni. memang senang nak manage kalau dah dashboard macam gini. clean jer..

Klik untuk tumbesaran gambar.

Tengah mengeksplorasi interface dashboard lagi ni. takjub sekejap tengok semua ni. jakun ahh! haha..

Cuba.. Cuba.. Dan Cuba Lagi

Maaf jika tiada sebarang update berlaku di sini. Bukan kerana tiada idea atau malas, tetapi sedang sibuk dengan kebun fertigasi aku. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menenggelamkan blog ni.

Mungkin aku sibuk mengupdate blog kebun aku. Kalau ingin belajar tentang pertanian sedikit sebanyak insya'Allah ada di dalam blog kebun aku iaitu http://bb-peladang.blogspot.com. Boleh ajukan sebarang pertanyaan dengan meninggalkan komen anda di sana. Aku takut kat sini aku tak berapa nak tengok sangat.

Sekali lagi aku mohon maaf kerana ketidaksempatan aku untuk memberikan yang terbaik di sini.

Selamat malam semua. Assalamualaikum..

The Popular Entry