KISAH PEMUDA & ULAMA

Ada seorang pemuda yang meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.

Lalu dia keluar dari rumahnya dan berjalan tanpa arah tuju dan terjumpa dengan seorang tua (Ulama) di pertengahan jalannya.

Pemuda: Anda siapa? Dan adakah tuan mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Ulama: Saya hamba Allah dan dengan izinNya, saya akan cuba menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda: Tuan yakin? Ramai bijak pandai telah saya ajukan pertanyaan-pertanyaan ini namun tidak seorang pun yang mampu menjawabnya.

Ulama: Saya akan cuba semampu yang mungkin.

Pemuda: Saya mempunyai 3 pertanyaan, yang pertama: Jika Allah itu ada, buktikan wujudnya Allah kepada saya, yang kedua: Apakah yang dinamakan takdir?, dan yang terakhir: Jika syaitan diciptakan dari api, kenapa ditempatkan syaitan di neraka yang diciptakan dari api juga? Tentu ianya tidak menyakitkan mereka yang memiliki unsur yang sama. Apakah Allah tidak pernah berfikir sejauh itu?

Terus ulama tadi menampar pipi si pemuda dengan keras.

Pemuda: (Sambil menahan sakit) Kenapa tuan marah kepada saya?

Ulama: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya bagi 3 pertanyaan kamu tadi.

Pemuda: Saya sungguh tidak mengerti.

Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu sekali ianya menyakitkan.

Ulama: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Ulama: Buktikan pada saya wujudnya sakit itu.

Pemuda: Saya tidak boleh..

Ulama: Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama kamu. Kita semua merasakan adanya Allah tanpa mampu melihat akan kewujudanNya.

Ulama: Adakah malam tadi anda bermimpi ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak!

Ulama: Adakah kamu pernah terfikir akan ditampar oleh saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak!

Ulama: Itulah yang dinamakan takdir.

Ulama: Tangan saya yang digunakan untuk menampar kamu sebentar tadi dibuat dari apa?

Pemuda: Kulit..

Ulama: Pipi kamu dibuat dari apa?

Pemuda: Kulit..

Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda: Sakit..

Ulama: Walaupun syaitan dan neraka diciptakan dari unsur yang sama, jika Allah berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan untuk syaitan.

Amal Hidup Sihat Punca Pak Man Masih Sihat Di Usia 117 Tahun

BESUT, 15 April (Bernama) -- Amalan pemakanan dan cara hidup sihat membolehkan Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih dikenali dengan nama Pak Man dari Kampung Dengir, Bukit Puteri, di sini masih sihat walaupun usianya mencecah 117 tahun.

Dengan berpandukan petua tidak makan makanan manis, masin dan berlemak sejak muda lagi, kini Pak Man masih aktif bergerak tanpa sebarang penyakit kronik.

Bekas tukang rumah yang mungkin layak dinobat warga tertua di negara ini juga tidak memerlukan sebarang alat bantuan seperti tongkat atau cermin mata untuk menjalani kehidupan seharian.

"Sejak dari muda ambo (saya) tak suka minum air batu (minuman berais) atau merokok malah lauk-pauk saya pun berasaskan ulam dan sayuran kampung tanpa menggunakan santan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya, beliau sejak muda, beliau berpantang daripada mengambil minuman sejuk dan mengamalkan meminum air suam walaupun tidak dapat menahan dahaga bekerja seharian di bawah panas terik ketika membina rumah.

"Kemungkinan dengan cara beginilah agaknya ambo dianugerahkan Allah kesihatan dan jarang ditimpa penyakit-penyakit, kecuali demam sekali-sekala," katanya.

Beliau yang masih mempunyai ingatan yang baik mendakwa telahpun berumur 12 tahun ketika membuat kad pengenalan pada Februari 1907.

Pak Man berkata sepanjang hidupnya beliau berkahwin dengan lapan wanita tempatan dan daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan seramai lima orang anak iaitu seorang perempuan dengan isteri yang kelima dan dua lelaki dan dua perempuan dengan isteri ketujuh.

Beliau kini mempunyai 25 cucu dan enam cicit.

Katanya, buat masa ini beliau tinggal bersama isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, setelah kematian isteri-isterinya yang lain.

Katanya beliau telah agak lama berhenti sebagai tukang kayu namun kini masih giat ke kebun setiap petang untuk mengeluarkan peluh.

Beliau berkata, amalan masyarakat kini sangat jauh berbeza dengan orang zaman dahulu, terutama sekali sangat gemar mengambil makanan dan minuman ringan serta berlemak, mungkin menjadi punca mereka mudah diserang penyakit walaupun dalam usia muda.

Jelasnya, ibu bapa seharusnya menjaga aspek pemakanan terutama di kalangan generasi muda termasuk kanak-kanak lagi bagi mengelak terlalu mudah dihinggapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung.

"Yang penting jangan sesekali merokok kerana ia juga punca utama segala penyakit," katanya.

-- BERNAMA

Beza Chipsmore dengan Kerani Akaun

Saya rasa sangat dukacita apabila Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini sangatlah suka bercuti. Hari ini dia datang kerja, esok dia cuti. Lusa pula datang setengah hari, kemudian keesokan harinya dia bercuti lagi.

Jadi apa perbezaan biskut Chipsmore dengan Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini? Beza yang sangat ketara ialah, biskut Chipsmore hilang setelah dimakan oleh orang yang membelinya manakala Kerani Akaun kami hilang tanpa dikesan. WOW! Hebat bukan?

Majikan saya sampai terasa hendak letak tracking device pada kenderaannya. Sukar hendak dibaca hati orang ni bukan? Mungkin dia sudah tiada hati untuk bekerja di sini agaknya. Jika begitu, lebih baik dia berhenti sahaja. Jangan menyusahkan kerani-kerani yang lain.

Saya pun tidak sakit kepala apabila ingin mendapatkan statement akaun syarikat.

The Popular Entry