Syukur ke hadratMu, Ya Allah

Alhamdulillah, kertas kerja aku dah siap. tunggu nak print out dan present kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan aku untuk membesarkan bidang pertanian yang aku ceburi ni.

Sumber — abgreds.

Harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. kini tinggal beberapa fasa sahaja lagi sebelum projek di atas tanah sebesar dua ekar tu dapat aku usahakan.

Dan pokok pokok lada yang ditanam sebelum ini telah mengeluarkan hasil sulung mereka. Alhamdulillah, syukur aku sekali lagi di atas kurniaan Allah Ta'ala yang tak terhingga ni. Gambar pokok pokok yang dah keluarkan hasil tu akan aku upload kemudian di blog pertanian kami.

No comments:

The Popular Entry