ASTRO FEEDBACK FORM

Aku baru je selesai submit complaint pasal gangguan channel HD Astro. Baru-baru ni technician dorang dah datang untuk repair. Elok sekejap masalah tu, sekarang jadi balik dan makin teruk gangguan tu.

Click to enlarge
Sambil teman puan isteri melipat kain baju yang ada bertimbun-timbun tu, aku submit complaint kat astro. tanak semberono je bersungut dan publish kat blog ni macam astro baca blog semua orang termasuk blog humble ni.

Lepas ni nak buat complaint kat Telekom Malaysia (TM) pulak. Line telefon tak boleh guna terus. Bila angkat tak ada dial tone. Dulu time ada dial tone, masalah jugak. Cakap tak sampai 2 minit, line terputus sendiri.

Mata dah mengantuk ni. Badan letih sangat. Next time je la complaint kat TM ni. esok masih ada. In sya Allah.

LIP TREATMENT : CRYSTALLINE

I'm not so sure about this product. Just helping my wife to promote this product. She said that it can treat your dry lips. She had used this product and her lips is pinkish and moist all the time.

How to use it? Well, apply to your lips before lined your lipstick. As simple as that.

It is a Giffarine product. Her retail price is MYR 27.60 27.00 (additional MYR 6.00 for postage). You can save up to MYR 0.60 for every purchase.

You guys should give a try to this tremendous product by Giffarine.

A great product at reasonable price. Try it now!

Visit my wife's online store to order.

P.s : this post is a paid ads and will be up for 7 days. You can find my new entry after the jump.

SF BEAUTY PACK

A Significant Finding (SF) Beauty product is now available in our store. Great deal for my blog reader! Hurry up while stock last.

We're selecting 10 first customers who read this blog to get a great discount on every purchase* of SF Beauty product set which consist a facial soap, a day cream, and a night cream. 3 items in 1 pack for just MYR 100.00 80.00 including postage fee.

How to get this deal? Just SMS/Whatsapp SF BEAUTY NS BLOG to 013-932 9884 and have a chance to get SF Beauty pack with just MYR 80.00 and for each purchase, MYR 5.00 will go to the charity.

You're not only buying a beauty product, you're also contributing to the orphanage. First come first serve basis! Don't miss this opportunity.

*Not prohibited for only 1 set of product per order. You're free to order as many sets as you like.

P.s : paid ads. New entry after the jump. TQ

KEKERASAN BERGANDA

Dah pukul 4 pagi tapi aku masih lagi berjaga. Apa kes sampai jadi macam ni? Terlebih kafein ke hape aku ni. Ended up baca blog orang sambil window online shopping bebarang kereta. Mata ni dah terlebih keras. Keras berganda-ganda dah rasanya.

Tengah aku window online shopping, tersadung pulak aku kat auto review. Fuh! Honda CR-V generasi ke-empat dah keluar rupanya untuk pasaran U.S dan of cos negara asalnya, Jepon. Lawa jugak malapetaka tu. Rasa terusik jiwa bila tengok gambar kat dalam review tu.

Ehsan Autoguide.com

Bila lah Honda Malaysia nak bawak masuk 4th Gen CR-V ni gamaknya. Rasa nak beli je sebijik nanti. Puiii.. Ada hati nak beli crossover. Pakai kereta compact pon semput nak bayar tiap-tiap bulan. Dah, jangan berangan. Baik tido! Jom ah tido.. Brengset betul mata nih.

TAWARAN KERJA

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya aku dah dapat tawaran kerja di Shah Alam. Alangkah bahagianya isteri aku waktu tu. Terus aku book hotel pada tarikh yang aku sepatutnya lapor diri.

Dari riak wajah isteri aku, aku nampak akan sinaran cahaya dan mata yang berkaca. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang pada aku sekali lagi untuk membetulkan kesilapan aku yang lepas. Harap-harap bekerja di syarikat baru ni tak mendatangkan sebarang masalah pada aku. Apa nama syarikat? Aku tak boleh mention dalam ni atas sebab-sebab tertentu.

Offer yang aku dapat boleh dikatakan sangat okay! Hehe.. Tak sabar nak pergi lapor diri ni. Sebenarnya, aku masih mencari kerja yang betul-betul 'area of expertise' aku. Di syarikat baru ni, aku mungkin akan belajar benda-benda baru since aku tak pernah involve dalam area tu. Anyway, wish me luck!

SHORT TRIP TO MALACCA

Last month, we went for a short trip to Malacca. Actually, we went to fetch my beloved wife. Since she is pregnant and couldn't really drive long distance.

Everyone with their tired face
Waiting for my father to complete his reflexology session. Quite tiring! The anticipation of torture. =P

Reflexology session near Menara Taming Sari
I went for it too, but my session ends a bit early since I didn't take the full session of it. After that, we went for lunch at Medan Selera Ayer Keroh. Asam pedas before leaving Malacca.

My lovely wife and my beloved granny :)
Face full of patience. Waiting for nearly 30 minutes. :) Sabar yer cewek-cewekku sekalian.

My wife smiling face
After having our lunch, we went straight to Nilai 3 for a 'shop till you drop' session. After that, we headed to Bandar Baru Bangi for a rest at Warisan Homestay. Rest is needed for the next 'shop till you drop' session at Sogo, KL in the next morning.

WHY WORDPRESS NOT JOOMLA?

Some people asked me, "Why did you use wordpress instead of joomla for the site that you've administrate?"

Well, my answer is simple. "Do you wish to use something that you don't know how to operate instead of using something that you know how to handle?"

As for me, wordpress is a cool and easy to use content management system (CMS). Even it appears to be a blogging platform. Easy to maintain and reliable to work-on.

Not like Joomla, where you have to manage the modules and then the themes and so on. Why need to be so complex for the matter that can be simple, right?

Some said that, "It will make you look stupid if you're using Wordpress as the base of your site!"

Well, it depends on people's perspectives. Better be stupid than being a moron who pretend to understand but didn't really know what people were saying.

Don't listen to what people might say to you, but listen to what is in your heart and head. Nevertheless, Joomla is a powerful CMS in the market nowadays. I have to admit it since a lot of people are using it as the platform.

My choice is still Wordpress. Enough said!

P.s : Doing something you don't know how to handle might lead you to unexpected trouble.

I'M SORRY....

Regarding my previous post, I would like to apologize to all the doctors for being such idiotic. Especially to those who are working in the government hospital.

I was told by my step-aunty that in government hospital, it was their policy not to mention the gender of babies in the womb. If I really wanted to know the gender, I have to run a scan in private hospital or clinic.

He (the doctor) should tell my wife earlier their policy so that people will not think bad or having bad impression towards them. I am truly sorry for my previous post, but I won't delete it since it will bring information for others.

P.s : please read my previous post to understand this. Thank you.

A PATHETIC DOCTOR'S ATTITUDE

Treating patient
Well, not all doctors are having the same attitude like one that my wife had met today at Kemaman General Hospital this afternoon. I guess that pathetic doctor is having a fight with his wife last night, making him to have this attitude disorder today.

My wife went to the GH because she was having this terrible pain within her thighs. We went to the hospital and the nurse brought my wife to the midwifery (I guess).

Then, they run a scan to my wife's tummy. My wife couldn't see what was on the screen and she had asked the doctor what is the gender of our child, but she didn't get any feedback from him. My wife was a bit sad and felt neglected by that doctor's attitude (having a mid age crisis?).

No wonder there's a lot of people complaining about government hospital. How some of the doctors and nurses treated their patients very badly. I hate to complain, but my heart wounded because of that kind of attitude or behavior being possessed by some of the government servants.

I do respect their distinction in saving people's life. They're savior of this world and I hope they will always be the savior forever. Working as a doctor or nurse is an honorable job and I would like to appreciate them in my writing today for saving a lot of souls around the world until today. Thank you doctors and nurses!

P.s : my late grandfather (Ambulance Driver), my father (Headmaster), my mother (Teacher), and my wife (Teacher) served the government organizations and I never underestimate them until today. -_-"

TAKZIAH DIUCAPKAN

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah buat bekas majikan aku yang mana bonda beliau telah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Aku sedikit sibuk bila terpaksa bergegas ke Binjai kerana Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 1434H, pagi semalam dan harus membantu dalam menguruskan jenazah.

Alhamdulillah, kedua-duanya dapat aku laksanakan tanpa sebarang masalah. Seawal jam 8.00 pagi aku bergegas ke surau untuk mengangkat kelengkapan untuk mandi jenazah dan pengusung keranda beserta keranda sekali.

Selesai tugas tersebut, aku terus ke Binjai bersama 3 lagi rakan seperjuangan untuk tunjuk muka kat sana. Kalau tak nanti orang bising pulak cakap kitorang tak ada waktu pertandingan tersebut berlangsung. Walaubagaimanapun, aku tak sempat tahu JKKK mana yang menang tengahari semalam sebab terpaksa ke Kg. Payoh untuk ambil van jenazah.

Jenazah telah selamat dikebumikan jam 1.30 tengahari, selepas selesai solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kg. Bukit Kuang. Alhamdulillah, aku dapat ikut sekali solat jenazah. Selesai pengurusan jenazah, aku terus bergerak ke Kg. Payoh sekali lagi untuk menghantar van jenazah Penyelaras UMNO Dun Kijal ke tempat asalnya.

Walaupun terasa keletihan, tetapi aku berasa sangat puas hati kerana dapat melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah dalam masa satu hari ini. Satu, kerja dan satu lagi FARDHU KIFAYAH.

Apa yang aku perasan, rata-rata yang hadir ke masjid tengahari tadi tidak ikut sama menyembahyangkan jenazah. Aku tak pasti kenapa. Mungkin tak tahu bagaimana nak solat jenazah atau sengaja tidak mahu ikut serta.

Jadi, aku nak berkongsi sikit cara-cara untuk solat jenazah secara ringkas. Jika anda sebagai makmum, ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini:-

1. Niat
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.
2. Baca surah Al-Fatihah
3. Selepas takbir kedua, selawat ke atas Rasulullah SAW:-
Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad wa'ala ali Saiyidina Muhammad.
4. Selepas takbir ketiga, baca doa seperti di bawah:-
Jenazah lelaki: Allahummaghfirlahu warhamhu
Jenazah perempuan: Allahummaghfirlaha warhamha
5. Setelah takbir keempat, beri salam ke kanan dan kemudiannya ke kiri.

Solat jenazah tidak perlu ruku' atau sujud. Jadi makmum perlu berdiri rapat dengan saf di hadapan. Senang jer kan? Ramai yang tak tahu fardhu kifayah camni kerana asyik mengejar dunia, termasuklah aku sendiri. Wallahua'lam.

Sama-samalah kita mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. In sha Allah, setiap perkara yang kita buat akan beroleh keberkatan dariNya. Amin..

P.s : yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jika ada salah dan silap, aku mohon ampun dan maaf. Kalau cara di atas ni salah atau perlukan pembetulan, sila tinggalkan komen anda.

WEB ADMINISTRATOR

Sebagai seorang web administrator, apa yang perlu diingati ialah kata laluan untuk access client area atau backdoor laman web tersebut. Jadi, kenapa aku pilih tajuk entry cenggini?

Sebab selaku web administrator laman web sekolah ayah aku, aku telah lalai dalam mengingati kata laluan untuk log masuk ke backdoor laman web tu.

Bak kata white caucasian, "I'm DOOMED!" dan kepala aku asyik duduk terbayang-bayang kata laluan yang aku biasa gunakan untuk administrate laman web sendiri dulu (dulu aku pernah ada satu blog wordpress, okay!).

Apa yang memeningkan aku lagi, bila aku guna file transfer protocol (ftp) pun masih lagi tak boleh access. Agak menjengkelkan jugak bila dia tulis Operation Timed Out. Adakah internet aku terlalu slow untuk access ataupun server web hoster aku yang problem.

Ada sesiapa boleh tolong aku tak? Cuba access http://sktelokkalong.edu.my:8080 dan tengok apa output yang korang dapat. Kalau boleh access, tolong comment yer. Aku cam dah naik mereng dibuatnya. Asyik Timed Out jer manjang. Annoying betul la benda alah tu.

Tolong yer.. Pleaseeeeeee...

P.s : aku tak layak jadi web administrator sebab aku jarang ingat password macam orang lain. :(

IBU ANDA TIADA PENGGANTI

Sila sediakan tisu sebelum mula membaca. Harap maklum.

Cerita pun bermula...

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

P.s : sayangilah ibu kita sementara mereka masih ada di dunia ini. Mudah-mudahan kita semua beroleh keberkatan dalam hidup, ameen.

NO STORY

Aku rasa macam nak menulis, tapi tak ada idea. Otak tepu, badan lesu. Jadi, camne? Tido je la nampak gayanya.

Internet downloading speed
Internet pulak macam siput lembab dia.. tak boleh blah aku bila keadaan macam ni berlaku.. tiap-tiap bulan bayar dekat RM100.00 tapi servis tak berbaloi dengan apa yang dibayar.. puiiii!! dah beberapa minggu speed cenggini..

Sekali komplen, elok la kejap.. dua tiga minggu lepas tu lembab balik.. menyampah aku dengan stimix ni.. ada hati nak offer aku subscribe unifi.. memang tak la.. servis stimix biasa ni pun macam sampah.. tido dulu ah! TATA!!

P.s : takde mood nak story.. tak tau camne korang semua boleh menulis blog. Ada je idea korang kan??

KONFIUS

Aku dah pernah pos picca ni kat dalam facebook, but none of my friends can give a good answer pada persoalan yg bermain di minda aku bila nengok gambar ni.. if you guys ada jawapan, please let me know.

Soalan aku berbunyi, "ini sebenarnya bas atau lori? Aku keliru.." lepas tengok picca kat bawah ni..

P.s : pecah otak aku memikirkannya tanpa mendapat jawapan yg tepat..

TEMAN PENGGANTI

Lately, lagu Teman Pengganti nyanyian Black feat. Malique sering berkumandang di radio setiap kali aku masuk dalam kereta. Aku mula mencari lirik lagu tu.. ended up dengan video clip di YouTube.


Lirik lagu Teman Pengganti
Artis Black feat. Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau
Tapi bukan aku yang di sisi

Dia membelai mu
Dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semua kau iyakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak mudah
Walau tidak ku damba
Walau hampa
Semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

BERSENGKANG MATA DEMI TUGAS

Jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi dan aku masih belum tido.. bukan kerana paranoia, tetapi kerana tugas aku yang masih belum selesai. Pelan sudah aku scan untuk dihantar kepada pihak yg sepatutnya.
Jadi kenapa belum tido? Aku sedang study pelan tersebut.. tetiba terasa diri macam jurutera bangunan. Hahaha.. nak jadi kontraktor pun kena pandai baca pelan, bro..

P.s : jadi kontraktor takpe, jangan jadi jurutera sudah.. habis runtuh bangunan nanti..

LAUNDRY BAG FULLY LOADED!

Baru aku perasan laundry bag aku dah fully loaded dengan baju bajan aku. OMG! Patutlah baju dalam lemari aku nampak cam dah berkurangan.
Makin stress!

P.s : mari mengemas bilik dan mencuci baju

MARI MENGEMAS BILIK

Salam 1 Malaysia. Keadaan bilik yg semak akan membuat kita rasa stress. Jadi, sekarang ni aku dah mula terasa stress dan aku nak kemas bilik aku ni.

Tambah pulak bini aku nak balik dah minggu depan. Sebelum dia membebel, lebih baik aku kemas dulu. Hehe..

Mengemas bilik yg semak ni macam aktiviti riadah jugak. Keluar peluh sikit-sikit, bagus untuk tubuh badan kita. Okay lah, aku mengemas dulu. Layan blog, sampai esok pun tak habis. Tata titi tutu..

SPPBS SLOW TO LOAD

I was stumbled at first when told by my wife that Ministry of Education (MOE) had launched a new system called Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). I rushed to my laptop and googling SPPBS and found the URL to it.

It is best to view with Internet Explorer or Mozilla Firefox. I was not able to login since I am not a teacher, but still I can view what's inside via the manual provided. what I've heard from my wife, some of the teachers in her school complained that the server / bandwidth used to run the system wasn't capable to handle many clients at a time.

From what I've seen in the manual, there's no Javascripts detected inside the system. of course the system will be executed slower than what we've been expected in other systems, nowadays. Hence, I am so thrill to look what's inside it.

Yes! that's the main problem (I think) causing the system to load slower than any other web-based systems. Just my 2cents, if MOE wants to improve the system, they should figure out on how to include Javascript / AJAX in it.

You might be seing the system using this URL, http://apps.moe.gov.my/sppbs and will be directed to the welcome page. :) Happy browsing!

CAN'T SLEEP

It has been 2 days I have difficulty to sleep. don't know why, my eyes couldn't closed.

I'm writing this because I'm not feeling great about that. please help me! I am not capable to wake up early in the morning. subuh prayer always late.

don't feel like staying up late. I want to sleep early, dear Allah. please show some guidance for me as I'm your little servant.

playing online chess for a while. maybe it can help me with this sleeping disorder thingy.

p.s: nak tidur pun susah!

GUIDELINES FOR COMPOSITION WRITING

BEFORE YOU START
  1. Before you put your thoughts into writing, have a plan. Jot down your ideas. It does not matter if they seem jumbled up. You can rearrange them later. The important thing is to jot them down before you forget them.
  2. You can get ideas in a number of different ways. You can:
    • use your own experience,
    • use the experience of those who know more about the subject than you do, or
    • use other sources, for example books, magazines, etc.
  3. After getting your ideas, put them in order. Start with the more important ideas first and then work your way down to the less important ones. Have a composition outline.
  4. A composition outline should consist of the following:
    • an introduction
    • the body of the composition consisting of several paragraphs and
    • a suitable conclusion
A. INTRODUCTION
HOW TO START A COMPOSITION
An introduction is the first and most important part of a composition. Therefore, a writer has to make sure that his introduction is clear, precise and effective.
An introduction serves two purposes. Firstly, it states the theme. Secondly, it tells the reader what to expect in the rest of the composition.
Hence, it is very important to make your introduction interesting. An interesting introduction will not only arouse the reader's interest but it will help to sustain it throughout the composition.
Below are some ways of starting a composition
  1. Ask a question (and provide an answer)
  2. Use newspaper headlines
  3. Use dialogue or direct speech
  4. Give an opinion
  5. Relate a story or anecdote
  6. Give a quotation, proverb or idiom
  7. Give a definition of the topic or state a fact about the topic
Now let us look at a few examples of starting a composition using the different ways.
Topic: FIRE
1. Question and Answer
Do you know what is the major cause of fires in Malaysia? Contrary to what most people think, the major cause of fires is neither short circuit nor lightning. The majority of fires in Malaysia is due to negligence or arson.
2. Using newspaper headlines
Kampung Permai fire leaves 80 homeless
Paper products go up in smoke
Three family members die in fire

Newspaper headlines such as these appear so frequently in our local dailies that they no longer fail to catch the attention of the readers. In fact, it would not be too far-fetched to say that there is at least one major fire in the country every month.
3. Dialogue
"Fire! Fire! Get out of this building and run for your life", someone shouted. His shouts of warning were drowned in a frenzy of panic stricken screams. Immediately, there was a patter of hurried footsteps as people rushed to the emergency exit.
4. Opinion
People, generally, do not give priority to fire prevention methods at home or at work unless and until a fire breaks out. By then, it may be too late. A few lives may have been lost by then. Valuables and property may have gone up in smoke. Then, come the realization that fires can indeed cause a lot of destruction.
5. A story or anecdote
It was on the second day of Hari Raya. The women folk of En. Azmi's household were busy clearing the dishes after dinner. The men were talking in the verandah while the children were playing with fireworks in the compound. Suddenly, there was the smell of something burning. "Fire!" someone shouted.
6. Quotation, Proverb or Idiom
"Fire is a good servant but a bad master." If only people realized the truth of this statement. It will certainly make more people careful if they knew the destructive effects of fire on lives and property. 
7. Fact
The forest fires that occurred in Kalimantan, Indonesia was an eye-opener in many ways. In the first place, the fires were a grim reminder of what the environment of the future would be like if collective efforts are not taken to tackle the problem. Secondly, the fires brought about the haze and a host of other health-related problems which made Malaysians aware of the dangers of uncontrolled fires and open-air burning.
To be continued... 

ALASAN LELAKI KAHWIN 11 ORANG

“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Mohd Razis Ismail

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.

THE CHANGE UP

Aku baru lepas tengok cerita The Change Up lakonan Jason Bateman dan Ryan Reynolds.

Jason Bateman sebagai Dave

Kelakar bila tengok dua orang sahabat ni, Dave dan Mitch yang telah bertukar badan selepas kencing dalam fountain sama-sama ketika mereka dua orang mabuk.

Mula-mula mereka merasa kurang selesa melalui kehidupan masing-masing dimana Dave perlu menjalani kehidupan Mitch sebagai seorang bintang lorno (light porno) dan Mitch yang tidak tahu menahu tentang dunia peguam harus mengharungi dunia tersebut kerana Dave adalah seorang peguam.

Ryan Reynolds sebagai Mitch

Lama kelamaan mereka berasa seronok dengan kehidupan baru mereka. Mitch telah berjaya membuatkan diri Dave menjadi rakan kongsi di syarikat guaman yang dia bekerja, manakala Dave pula telah berjaya membantu Mitch memikat pembantu Dave, Sabrina lakonan Olivia Wilde.

Nak tahu dengan lebih lanjut, korang tengok sendiri cerita ni. Cari dalam channel HBO dan kalau tak langgan channel HBO, sila cari dalam Ares atau Torrent.

Kalau aku jumpa link untuk download cerita ni, nanti aku share kat sini. Selamat malam semua.

Kbye!

KESAN PEROKOK TEGAR

Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang yg kuat merokok.. sehari 2 kotak rokok habis dihisap dengan selamba. Biar aku berterus terang aje.. aku jugak seorang perokok tegar. Sehari kalau tak habis 40 batang rokok memang tak sah (dalam usaha mengurangkan kuantiti) dan jangan panggil aku dengan nama aku la..

Ada orang cakap merokok mampu menghilangkan masalah.. kepala hotak dia! Merokok lagi mendatangkan masalah terutamanya pada otak kita. Betul ke? Apa pulak tak betul.. kalau otak perokok tegar tu betul, dia tak menghabiskan duit dengan membeli rokok dan kendian membakar rokok tu. Tak ke bodo? Situ dah nampak otak tu dah biol..

Memang.. memang aku jugak seorang perokok. Tapi bila aku fikirkan semula, merokok ni cukup membinasakan badan dan jugak otak kita. Meh la kita sama-sama berhenti hisap rokok.. takde pekdahnya yg kita dapat. British American Tobacco jugak yg kaya raya tahap billionaire.

Kita? Apa dapat? Masalah makin banyak.. duit asyik habis beli rokok. Ce pikir.. sepanjang korang hisap rokok, dah berapa duit dibelanjakan? Contoh macam aku ni.. Mula hisap rokok masa umur 18 tahun (ikut undang-undang oh! haha..) dan sekarang dah masuk 10 tahun aku hisap rokok.

Purata harga rokok Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang (DUNHILL) kita kira RM7.00 sebab harga dulu tak sama dengan harga sekarang. Sehari aku hisap 20 batang.. waktu tu (sekarang dah lebih). Meh congak sesama dengan aku..

RM7.00 x 30 hari = RM210.00 sebulan.

RM210.00 x 12 bulan = RM2,520.00 setahun.

RM2,520.00 x 10 tahun = RM25,200.00 saploh tahun!!!

Nak pergi kerjakan haji RM11,000.00 seorang.. bermakna aku dah mampu pergi 2 kali haji! Syabas.. Aku dah mensia-siakan duit macam tu aje. Hilang ke masalah aku? Tak hilang pun.. makin bertambah ada la. Sekarang kena pergi check-up sebab selalu sakit dada. Bangun tidur badan rasa letih.

Masa aku kena demam denggi itu hari aku dah berhenti sekejap! Tapi sebab pengaruh rakan sebaya, aku kembali terjebak ke kancah penagihan rokok ni. Waktu aku berhenti tu, bangun waktu pagi segar aje. Rasa sihat tubuh badan. Tak macam sekarang.. rasa nak tidur balik. Sedih bila mengenangkan hal ni..

InsyaAllah aku akan cuba berhenti sekali lagi. Mungkin kali ni for good aku akan berhenti. Tanak nanti anak-anak terpengaruh dengan walid dia pulak! Rasa berdosa oh.. Enuf la aku membebel. Tangan dah lenguh, sekarang masa untuk main chess. Ciao! Korang renung-renungkanlah dan kira berapa ploh ribu ringgit kasorga dah korang belanjakan untuk hisap rokok yg membawa padah itu. Have a nice day!

B&W STYLE

Minggu ni adalah minggu B&W. Amenda B&W tu woiii?! B&W tu means Black & White. Aku akan pastikan setiap gambar yg diupload adalah berwarna hitam & putih sahaja. Terasa nak kembali ke zaman retro.

Contoh gambar B&W adalah seperti berikut...


Lebih kurang cenggitu lah gambarnya. So, from now on, aku akan publish gambar B&W bagi nampak retro sket blog aku ni.

MALL VIRTUAL KAMI

Semalam, aku setup virtual mall untuk produk yg wife & mak aku jual.. produk yg aku jual pun ada satu kat situ. White Light untuk putihkan gigi yg kuning cam air teh tarik. =)

Kat mana nak view mall kami? Ni URL virtual mall tu, http://sinarbaharumall.blogspot.com. Belum ada budget untuk domain name sendiri. Pinjam Blogger punya dulu.

Actually aku kurang pandai nak promote blog ni. Kalau tak mesti pageviews untuk blog aku ni dah mencanak gila b*bi.. kan? Anyway, tadi aku check kat stats untuk virtual mall kami, hasilnya agak memeranjatkan sebab aku belum lagi jalankan promosi kat mana-mana.

Klik untuk tumbesaran

Ada sesiapa boleh ajar macam mana nak promote blog tak? Aku budak baru belajar.. ambil galah jolok la blog aku sama yer! K... thanks.

KENDURI DI RUMAH YAB MB TERENGGANU

Malas nak menulis, jadi aku sajikan dengan 2 keping gambar sahaja. hahaha..

En. Kamaruddin Ali, Ketua Kumpulan Pramusaji pada hari tersebut

Kumpulan Pramusaji berbaju biru
Kalau rajin nanti aku akan post lagi entry pasal kenduri ni. Sekarang mood tak berapa nak rajin untuk menulis.

TERKADANG AKU TERTAWA

Lawak betul bilamana seseorang itu dengan confident menulis sesuatu dalam Bahasa Inggeris tanpa mengetahui apakah maksud perkataan yang ditulis. Sebagai contoh,

Badge instead of batch
Aku ketawa sendirian apabila membaca ayat di atas. Badge bermaksud lencana, akan tetapi penulis di atas menyalahgunakan perkataan tersebut yang sepatutnya menggunakan perkataan Batch. Tak pasal maksud ayat dah bertukar.

Nak je aku sound kat penulis tu, tolonglah beli kamus Besta. Ada duit, beli sesuatu yang boleh improve Bahasa Inggeris. No wonder kita jauh ketinggalan dari negara-negara membangun yang lain. :) Just my 2 cents.

UPDATING MY RESUME

Wooooosh! I'm updating my resume. Met with my old friend who's looking for a job too. He asked for my resume to be submitted along with his resume. Hope I can get a new source of income (job) soon. Mana boleh tahan tak bekerja lama-lama. Previously tak apa tak kerja lama-lama pun since I don't have any amenability.

I'm soon to be a daddy. I need to find money. Eh, I go first.. Updating my resume. Huaaarghhhh! Sleepy.

UPGRADE GINGERBREAD KE ICS SAMSUNG GALAXY NOTE

Sewaktu ke kedai membaikpulih telefon tengahari tadi, aku ternampak satu ads kat kedai tu yang tulis, "Upgrade Android 2.3.6 ke 4.0.4 Samsung Note". Aku macam pelik jugak sebab benda tu rasanya tak perlu nak dihantar ke kedai untuk upgrade.

Caranya cukup mudah. Cari kopitiam yang ada Wi-Fi, lepas tu order segelas white coffee ais dan mula mengakses Wi-Fi mereka. Kalau tak silap aku, kena 3 kali upgrade dan 3 kali restart device. Bagi mereka yang langgan internet jalur lebar tanpa had, lagi senang. Tak payah ke kopitiam.

Aku pun tak faham. Nak pakai telefon canggih, tapi nak upgrade OS kena hantar telefon ke kedai. No point beli telefon canggih kalau diri tak di'upgrade' untuk semua benda-benda canggih ni.

So far, Android 4.0.x Ice Cream Sandwich (ICS) ni tak berapa nak stabil macam Android 3.0.x Honeycomb. Sebab apa aku cakap macam tu? Aku punya Galaxy Tab 2 7.0 (GT-P3100) selalu sangat 'hang' dan application pun kerap sangat crash.

Ayah aku punya Galaxy Tab 7.7 (GT-P6800) run Honeycomb elok dan tak pernah 'hang'. Kekadang sangat menyakitkan hati bila tengok Tab dia. Haha..

Aku ada baca satu artikel, Samsung sedang berusaha keras untuk buat Android 4.1 Jellybean berfungsi pada Galaxy Tab 2 7.0, Galaxy Tab 2 10.1 dan Galaxy Tab 7.0 Plus. Tak sabar nak upgrade ni. Makin bertambah lemau Tab aku selepas ni. Mesti lagi teruk dia punya 'hang'. LOL! Aku suka mencuba sesuatu yang baru. Agak-agak tak sesuai, aku format je semula.

Aku rasa nak start blogging pasal Android pulak lepas ni. Amacam? Rasa-rasa patut atau tak?

JOURNAL RINGKAS

Aku tak rasa ramai yang membaca blog ini. Jadi, secara rasminya blog ini akan menjadi journal ringkas aku untuk dibuat rujukan dikemudian hari.

Alhamdulillah disaat aku menulis journal ringkas aku ini, usia kandungan isteri aku sudah hampir mencecah 4 bulan. InsyaAllah tidak lama lagi akan hadir 'orang baharu' dalam hidup kami. Nama sudah kami sediakan untuk 'orang baharu' nanti.

Sekejap sahaja masa berlalu pergi tanpa mempedulikan sesiapa. Pergi jauh sekali sehinggakan ia tidak dapat kita gapai dengan apa jua cara sekalipun. Yang paling hampir dengan kita, ialah mati. Setiap yang bernyawa, pasti akan mati. begitu juga kita.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya dan masih memberi peluang untuk aku bernafas dan beramal. Namun, hati kecil aku merasakan yang diri ini masih kurang amalannya. Amalan yang pastinya akan membantu aku di hari perhitungan kelak. Aku cuba sedaya upaya untuk menjadi manusia berguna di dunia dan hamba-Nya yang di alam fana ini dan juga di alam barzakh nanti sehingga tiupan sangkakala membangkitkan aku semula untuk dihisab.

Aku harus tekadkan hati untuk berjuang demi Agama, Bangsa, dan Tanahair. Dan yang paling utama, aku harus kuatkan semangat aku untuk berhenti dari habit aku yang membahayakan kesihatan aku. Dengan azam dan iltizam, aku harus lakukannya demi insan-insan yang aku sanyangi.

Dengan rasminya, aku akan BERHENTI! Nashrul, you can do it. Make it possible and you will get the rewards, insyaAllah.

TESTING FROM ANDROID

Bila dah bosan, inilah jadinya. Cuba untuk update blog guna blogger app untuk Android OS. Cuba attach gambar orang mengidam nak makan mee hoon sup.

Ok guys. Got to go.. sudah lewat. Mau tidur sudahhhh..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H

Salam lebaran kepada semua umat Islam di bumi Allah SWT. Semoga raya tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Dikesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta keampunan jika ada salah dan silap secara sengaja atau tidak pada kau.

Terima kasih semua di atas kesudian membaca blog sengal ini. Assalamualaikum...

Blog resting for a week.. Take care and see you after raya. Tata!

AKTIVITI MALAM

Layan air iced chocolate

Lepas solat teraweh, aktiviti aku dengan kawan-kawan pun bermula.. Malam ni lepak minum di Sonstar Kopitiam, Kemaman.. Awal kan? Buat lapan rakaat jer.. K guys, nak entertain kawan-kawan dulu.. Bincang masa depan.. Hahaha

Sent from my BlackBerry® smartphone via Celcom-Axiata Mobile.

MIGHTY JOE YOUNG

Imba wimbo wa upepo
Wakati unajiwa na
Imba wimbo wa upepo
Wakati ndoto tamu

Lala mpaka
Usiku uisheni
Upepo wa usiku
Wimbo wangu na
Wimbo wangu
Inaendelea
Milele

If korang tengok cerita tu tahun 1998 dulu, mesti korang tau apa yang aku merepek kat atas tu.. Hehe..

Best cerita MJY ni.. Aku siap keluar air mata kot masa Joe jatuh ferris wheel tu.. Sedih siot.. Baik gila si Joe tu.. Tapi manusia tersilap anggap kebaikan dia sebab Joe tu gorilla yang termutasi.. Eh, ye ker dia termutasi? Itu bukan ke cerita Godzilla.. Kan? Haha..

Apa pun, Joe seekor gorilla yang sangat besar dari gorilla biasa.. Kira macam rare species la dia tu..

Kepada yang tak pernah tengok tu, better korang tengok cerita Mighty Joe Young ni.. Best! Aku bagi 4.5 over 5 untuk rating cerita ni.. Charlize Theron kot jadi heroin dia.. Salah sorang actress kesayangan aku.. Hihi...

Sent from my BlackBerry® smartphone via Celcom-Axiata Mobile.

MOBILE POST YANG SUDAH BERKARAT

Rasa macam dah lama sangat tak buat mobile post.. Rasa dah rusty gila.. Dah hampir lupa macam mana nak post guna mobile.. Almaklumlah, hidup sekarang ni ala kadar je..

Posting ni pun sudah dikira bagus.. Kalau tak, dengan blog sekali rusty..

Okay guys.. Nak gerak ke masjid dulu untuk solat teraweh.. See ya!

Sent from my BlackBerry® smartphone via Celcom-Axiata Mobile.

TETAPAN KATA LALUAN BAGI AKSES KE PERANTI BLACKBERRY ANDA

Oh! sungguh skema bahasa yang aku guna untuk posting kali ni.. aku nak buat sedikit tutorial tentang cara mengaktifkan kata laluan untuk mengakses masuk ke BlackBerry device.. caranya sangat mudah.. macam makan kacang pis jer..

Perhatian: tutorial ni untuk pengguna OS6 ke atas sahaja.. untuk OS5, aku kena guna BlackBerry kawan aku untuk screenshot.. Sorry ye!

Pilih 'Options'

Pilih 'Security'

Pilih 'Password'

Tick pada kotak 'Enable' untuk pengaktifan kata laluan

Kata laluan tidak diaktifkan

Jika anda semua tak tahu apakah fungsi kata laluan ini, cuba aktifkan dan kemudian sambungkan device anda ke komputer anda menggunakan USB cable yang disediakan.. device anda akan minta anda masukkan kata laluan dan begitu juga di komputer anda.. kata laluan diperlukan..

Selamat mencoba!

RASA SANGAT TERTIPU

Frust? Jangan cakap la.. sangat frust. Rasa tertipu dengan Telekom Malaysia. Lambat bayar kena potong, tapi line Streamyx semput. Nasib baik aku tak tergoda dengan Unifi. Gggrrr...

Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Sebab tak ada saingan.. Syarikat yang mampu bersaing dengan Telekom Malaysia, tak ada. Cuba duduk di China, confirm Telekom Malaysia duduk di tangga yang tercorot.. Jangan kata aku nak condemn mereka, tetapi itulah realiti yang mereka harus terima.. perbaiki apa yang harus mereka perbaiki.

Ini speedtest yang aku buat kejap tadi..

Speedtest Result

Upload speed lagi laju dari download speed. Mau tak panas hati aku bila nak browse, internet slow macam siput khinzir.. Kalau ada sesiapa dari Telekom yang baca blog ni, tolong la.. Tolong perbaiki perkhidmatan korang. Dah la sekarang ni kalau line kena potong, nak sambung semula kena caj RM10.00. Dah macam Astro pulak. Dengan perkhidmatan yang mereka bagi, aku rasa aku sangat-sangat tertipu.. berasap tiap-tiap bulan kena bayar bil, tapi perkhidmatan yang aku dapat tak memuaskan.

Akhir kata, aku tak suka dengan line Streamyx sekarang.. Jangan harap aku nak upgrade ke Unifi selagi line Streamyx macam sekarang..

ALHAMDULILLAH!

Penantian selama 6 bulan akhirnya membuahkan hasil. Hasil yang selama ini kami tunggu-tunggu. Ayah dan emak sangat gembira dengan perkhabaran kali ini. Mereka akan bergelar maktok dan to'ki tak lama lagi. Saya berdoa kepada Allah SWT agar semuanya berjalan dengan sempurna dan lancar.

Bersyukur kehadrat Ilahi di atas rezeki dan rahmatNya yang telah dilimpahkan kepada kami seisi keluarga.

Hasil UPT pada hari Ahad baru-baru ini

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Semoga dengan kehadiran 'orang baru' dalam hidup kami ini akan menambahkan lagi keceriaan dan keharmonian rumahtangga kami, insyaAllah. Amin..

Muka gembira mama-to-be

Hopefully semuanya selamat. :)

LANGIT TAK SELALU CERAH

Bak kata pepatah, "langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah".. jadi masa untuk kehidupan saya yg indah terpaksa saya abaikan buat seketika kerana masa untuk audit telah tiba..

Fail-fail perlu dikemaskini..

Mulai esok, saya harus bertungkus lumus menyiapkan semua dokumen yg diperlukan untuk tujuan audit.. 30 Jun ini merupakan tarikh akhir untuk saya perkemaskan apa-apa yg longgar.. kena bersengkang mata siang dan malam bagi menyiapkan kesemuanya.

Entri ni di auto-publish.. senak kepala otak nak fikir.. sekarang, baca blog kengkawan pun jarang-jarang.. tak tahu kenapa, tapi rasa malas untuk ber'tenet' ni semakin membuak-buak.. bayar Streamyx kat rumah pun untuk muat-turun dan baca 'sotkabar' atas talian sahaja..

'Tenet' semakin memualkan saya.. tolooooooong! serabutlah kepala hotak ni..

HAPPY BIRTHDAY HUDA YUE!

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat isteri tercinta, Nurul Huda binti Zainal Abidin. Semoga Allah SWT senantiasa meredhai dan memelihara dia dari sebarang kesusahan di dunia & akhirat, insyaAllah.

Hadiah saya dah bagi in advance. Dua hari sebelum hari ulangtahun. Tepat jam 12.00 malam 4 Jun 2012, kami raikan hari ulangtahunnya dengan sebiji kek sahaja. Tahun ni hanya sambutan secara kecil-kecilan mampu dibuat kerana faktor ekonomi. Al-maklumlah, seorang duduk di timur, seorang di barat. Kos untuk ulang alik selama 6 bulan usia pernikahan kami dah boleh beli Perodua Kancil 850 secara tunai. :)

Selamat hari tua! hihi...

Maaf yer mucuttt.. Tahun ni kita kena berjimat cermat. InsyaAllah tahun depan kita jemput semua kengkawan yang ada. Miss u a lot. Muahhh!! Takat tu jer abang mampu..

KISAH PEMUDA & ULAMA

Ada seorang pemuda yang meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.

Lalu dia keluar dari rumahnya dan berjalan tanpa arah tuju dan terjumpa dengan seorang tua (Ulama) di pertengahan jalannya.

Pemuda: Anda siapa? Dan adakah tuan mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Ulama: Saya hamba Allah dan dengan izinNya, saya akan cuba menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda: Tuan yakin? Ramai bijak pandai telah saya ajukan pertanyaan-pertanyaan ini namun tidak seorang pun yang mampu menjawabnya.

Ulama: Saya akan cuba semampu yang mungkin.

Pemuda: Saya mempunyai 3 pertanyaan, yang pertama: Jika Allah itu ada, buktikan wujudnya Allah kepada saya, yang kedua: Apakah yang dinamakan takdir?, dan yang terakhir: Jika syaitan diciptakan dari api, kenapa ditempatkan syaitan di neraka yang diciptakan dari api juga? Tentu ianya tidak menyakitkan mereka yang memiliki unsur yang sama. Apakah Allah tidak pernah berfikir sejauh itu?

Terus ulama tadi menampar pipi si pemuda dengan keras.

Pemuda: (Sambil menahan sakit) Kenapa tuan marah kepada saya?

Ulama: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya bagi 3 pertanyaan kamu tadi.

Pemuda: Saya sungguh tidak mengerti.

Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu sekali ianya menyakitkan.

Ulama: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Ulama: Buktikan pada saya wujudnya sakit itu.

Pemuda: Saya tidak boleh..

Ulama: Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama kamu. Kita semua merasakan adanya Allah tanpa mampu melihat akan kewujudanNya.

Ulama: Adakah malam tadi anda bermimpi ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak!

Ulama: Adakah kamu pernah terfikir akan ditampar oleh saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak!

Ulama: Itulah yang dinamakan takdir.

Ulama: Tangan saya yang digunakan untuk menampar kamu sebentar tadi dibuat dari apa?

Pemuda: Kulit..

Ulama: Pipi kamu dibuat dari apa?

Pemuda: Kulit..

Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda: Sakit..

Ulama: Walaupun syaitan dan neraka diciptakan dari unsur yang sama, jika Allah berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan untuk syaitan.

Amal Hidup Sihat Punca Pak Man Masih Sihat Di Usia 117 Tahun

BESUT, 15 April (Bernama) -- Amalan pemakanan dan cara hidup sihat membolehkan Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih dikenali dengan nama Pak Man dari Kampung Dengir, Bukit Puteri, di sini masih sihat walaupun usianya mencecah 117 tahun.

Dengan berpandukan petua tidak makan makanan manis, masin dan berlemak sejak muda lagi, kini Pak Man masih aktif bergerak tanpa sebarang penyakit kronik.

Bekas tukang rumah yang mungkin layak dinobat warga tertua di negara ini juga tidak memerlukan sebarang alat bantuan seperti tongkat atau cermin mata untuk menjalani kehidupan seharian.

"Sejak dari muda ambo (saya) tak suka minum air batu (minuman berais) atau merokok malah lauk-pauk saya pun berasaskan ulam dan sayuran kampung tanpa menggunakan santan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya, beliau sejak muda, beliau berpantang daripada mengambil minuman sejuk dan mengamalkan meminum air suam walaupun tidak dapat menahan dahaga bekerja seharian di bawah panas terik ketika membina rumah.

"Kemungkinan dengan cara beginilah agaknya ambo dianugerahkan Allah kesihatan dan jarang ditimpa penyakit-penyakit, kecuali demam sekali-sekala," katanya.

Beliau yang masih mempunyai ingatan yang baik mendakwa telahpun berumur 12 tahun ketika membuat kad pengenalan pada Februari 1907.

Pak Man berkata sepanjang hidupnya beliau berkahwin dengan lapan wanita tempatan dan daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan seramai lima orang anak iaitu seorang perempuan dengan isteri yang kelima dan dua lelaki dan dua perempuan dengan isteri ketujuh.

Beliau kini mempunyai 25 cucu dan enam cicit.

Katanya, buat masa ini beliau tinggal bersama isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, setelah kematian isteri-isterinya yang lain.

Katanya beliau telah agak lama berhenti sebagai tukang kayu namun kini masih giat ke kebun setiap petang untuk mengeluarkan peluh.

Beliau berkata, amalan masyarakat kini sangat jauh berbeza dengan orang zaman dahulu, terutama sekali sangat gemar mengambil makanan dan minuman ringan serta berlemak, mungkin menjadi punca mereka mudah diserang penyakit walaupun dalam usia muda.

Jelasnya, ibu bapa seharusnya menjaga aspek pemakanan terutama di kalangan generasi muda termasuk kanak-kanak lagi bagi mengelak terlalu mudah dihinggapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung.

"Yang penting jangan sesekali merokok kerana ia juga punca utama segala penyakit," katanya.

-- BERNAMA

Beza Chipsmore dengan Kerani Akaun

Saya rasa sangat dukacita apabila Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini sangatlah suka bercuti. Hari ini dia datang kerja, esok dia cuti. Lusa pula datang setengah hari, kemudian keesokan harinya dia bercuti lagi.

Jadi apa perbezaan biskut Chipsmore dengan Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini? Beza yang sangat ketara ialah, biskut Chipsmore hilang setelah dimakan oleh orang yang membelinya manakala Kerani Akaun kami hilang tanpa dikesan. WOW! Hebat bukan?

Majikan saya sampai terasa hendak letak tracking device pada kenderaannya. Sukar hendak dibaca hati orang ni bukan? Mungkin dia sudah tiada hati untuk bekerja di sini agaknya. Jika begitu, lebih baik dia berhenti sahaja. Jangan menyusahkan kerani-kerani yang lain.

Saya pun tidak sakit kepala apabila ingin mendapatkan statement akaun syarikat.

Kabel VGA ke RCA Komponen & Aktiviti Minggu Ini

Phew! Nasib baik di belakang dekoder CCTV dalam bilik majikan saya ada VGA Out. Jika tidak, saya terpaksa mencari kabel VGA ke RCA Komponen.

Kabel VGA ke RCA Komponen

Di Kemaman ni susah sikit nak dapat benda-benda 'rare' seumpama itu. Jadi saya harus ke Kuantan untuk mencari kabel tersebut. Sekarang, tugas saya hanya perlu mencari LED/LCD monitor 24" untuk disambungkan ke dekoder CCTV tersebut.

Ringan sikit beban yang harus saya pikul. Esok ayah hendak ke Putrajaya untuk menguruskan hal pemutihan pendatang asing bersama Hj. Rajik. Dia ajak saya pergi, tetapi saya ada rasa sedikit keberatan untuk memohon cuti kerana disaat sebegini, saya susah untuk bercuti.

Hari Khamis ni akan ke Kuantan untuk hantar Nissan Sylphy untuk tukar papan pemuka (dashboard) kerana telah berlaku kecacatan pada papan pemuka tersebut. Di atas papan pemuka tersebut timbul gelembung-gelembung udara. Kebetulan pula ayah hendak pergi hantar Toyota Alphard dia ke kedai aksesori yang pasang cermin gelap baru-baru ini ekoran cermin tidak dapat diturunkan.

The Popular Entry