Berikutan hujan lebat yang turun pada petang Jumaat (2 Disember), beberapa kawasan di Kajang telah ditenggelami air.
Air mula menenggelami beberapa kawasan pada jam 4:00 petang. Dua jam selepas itu air mulai surut dan keadaan kembali normal. Kerugian masih belum dapat dipastikan.
Sebahagian kenderaan yang ditenggelami air. Cuma yang pelik dan menarik perhatian Mat, ada satu lembaga pelik terapung sewaktu banjir kilat ini berlaku. Cuba anda lihat gambar di bawah.
Mat musykil dengan gambar ini. Adakah betul seperti yang Mat lihat, atau penglihatan Mat yang mengalami masalah. Jika betul lembaga yang terapung itu adalah 'Sang Bedal', ke mana perginya dia selepas air banjir surut? Seram sejuk Mat tengok gambar tu. Nasib baik Mat sudah tidak menetap di Kajang lagi. Bukan apa, Mat takut 'Sang Bedal' tu masuk dalam rumah penduduk setempat aje. Haru biru dibuatnya nanti.
Lisa Surihani Terima Anugerah Dari Puteri UMNO
![]() |
| Gambar diambil dari GUA |
Tahniah buat Lisa Surihani kerana telah menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO baru-baru ini. Ia bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 29 November hingga 2 Disember 2011.
Empat lagi penerima anugerah tersebut, pemenang pingat emas dalam acara renang di Sukan SEA 2011, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Usahawan Wanita Cemerlang 2011, dan Penerima Kumpulan Pertama Biasiswa Nasional 2010.
Diharap Puteri UMNO akan terus berjuang demi menjamin kecemerlangan mereka di masa akan datang. Semoga dengan pemberian anugerah tersebut dapat membangkitkan lagi semangat mereka-mereka yang bergiat aktif dalam dunia politik.
Politik yang bersih menjamin kesejahteraan negara dan sosioekonomi.
P/s: Ramai artis dan mula berpolitik sekarang. Tidak ketinggalan juga bekas artis. Cuma satu sahaja pesan Mat kepada artis yang ingin berpolitik. Jangan amalkan politik kotor dan kutuk orang sana sini, nanti orang benci. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
There are two techniques to bowling. The first technique is called Stroking. Strokers will throw the ball silently without slamming it on t...
-
Apa pendapat anda tentang bekerja sendiri dan bekerja makan gaji? Definisi bekerja sendiri ialah memiliki perniagaan atau melakukan ke...
-
Phew! Nasib baik di belakang dekoder CCTV dalam bilik majikan saya ada VGA Out. Jika tidak, saya terpaksa mencari kabel VGA ke RCA Komponen...
-
Alhamdulillah, tunang aku dah selamat dibedah dan masih dalam proses pemulihan. Dia harus berpantang makan dan dinasihatkan untuk tidak mela...
-
21 Oktober 2010. We're facing problem regarding the HBT Pumps that were supposed to be delivered to CKP by chopper, this morning. The ...
-
Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya aku dah dapat tawaran kerja di Shah Alam. Alangkah bahagianya isteri aku waktu tu...
-
Dah pukul 4 pagi tapi aku masih lagi berjaga. Apa kes sampai jadi macam ni? Terlebih kafein ke hape aku ni. Ended up baca blog orang sambil...
-
Hey, what's up with the title?? Nothinglah.. I just wanna tell you guys (a bit brag), I've moved from a free dot blogspot dot com to...
-
This will be the Land of Hope for me and my partner, Zulhilmi. We've planned to make changes to this land. Just wait and see. :) Sen...



