Should I Be Happy?

It's Sunday! Ah.. I've been terminated from the company. Should I be happy? Or not..

It's a curiosity when the boss called me on Thursday morning, but I wasn't at the office since I need to send my grandmother to the hospital.. I went to the office after lunch break. Met with the boss and he gave me two options, either I quit or they'll terminate me. So, I choose to be terminated.

MRU Project has finished and there's no more incoming project. By hook or by crook, the company need to fire several contract staff to cut their expenses off. I am one of the contract staff that included in list. Well, I guess I should be very grateful and thousand appreciation goes to the company for giving me a chance to learn something in the industries.

To my colleagues, I hope we can work together again in other project / company. Thank you for all the lessons and experiences that I've gained all these while. Wish you guys, "Selamat maju jaya" in whatever you guys do next.

That's all folks. Thank you once again!

Nota kaki bangku :
Ada ke colleagues aku baca blog ni? Macam tak ada jer. teehehe~
Semua orang busy dengan kerja masing-masing especially to those yang involve sebagai committee HSE Day pada 10 Februari nanti. Good luck guys!

Jangan Kedekut Berbelanja untuk Iklan - Datuk Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.

Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.

Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.

Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.

Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.

Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.

Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain.

Nota kaki bangku :


Mungkin usahawan-usahawan dah boleh mula untuk mencari laman-laman sesawang yang mempunyai traffic tinggi bagi mempromosikan laman sesawang mereka atau memperkenalkan perniagaan mereka. Juga boleh menggunakan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang! Go Nuffnang! This is the time to strike..

Gadis Berambut Perang

Nak cakap bodoh, dah besar panjang dan takut terasa hati.. Tapi hakikatnya, anda nilai sendiri yer. :)



Kekadang kesian dengan mereka-mereka ni kan? teehehe~

Internet Haprak!


Sabar tu separuh dari iman kan? Tapi kalau dah 800 disconnect dengan sendirinya, boleh bersabar lagi ke? Dah la internet tak stabil, line telefon pon tak boleh pakai dah. Bila angkat telefon, bunyi bising. Ada gangguan line kot.. Tapi Telekom takde ambil tindakan apa-apa pon.. Nak call tak boleh! Cam haprak jer!


Aku tengah bengang ni... Tengah baik loading page, tetiba tak boleh view. Icon wireless kat bawah tu keluar tanda seru warna kuning.


Setakat ni dah 2 kali perkara yang sama jadi. Internet bayar mahal, tapi servis OUT!! Hari tu 2 bulan tak ada internet. Pastu dorang cakap nak bagi rebate, sampai ke hari ni tak dapat rebate tu... 1 Malaysia ke macam tu? Servis entah hape hape.. Emosi aku sekejap. Hish!!

Masalah Dengan Gengblogger.com

Ada something yg tak kena dengan website Gengblogger. Entah apa kes, aku tak boleh access masuk website tu. Dia suruh aku masukkan username baru. Padahal aku dah daftar before this. Pelik tapi benar... Musykil aku.

Ada sesiapa boleh tolong tak? Ni screenshot yg aku amik.. Hope boleh solve problem ni. Camne aku nak ping blog aku kalau camni.. Hmmm...

Klik untuk tumbesaran gambar

Sedih je aku rase bila dah 3 entri aku tak dapat nak ping. Dah ar traffic blog ni tak banyak.. Blog baru dan tak famous la katekan. Frust.. tapi redha.

Help me please....!

BOWLING DAN GAYA BALINGAN

There are two techniques to bowling. The first technique is called Stroking. Strokers will throw the ball silently without slamming it on the lane floor. It is quite smooth and more accurate.

Stroker is performing on the lane

The second technique is Cranking. This technique looks cool but you will not get the accuracy like stroking. A person who perform cranking is called cranker. If you like to be accurate, this technique is not recommended for you.

Cranker performing his skills on the bowling alley
If you're interested to be a pro bowler, I would suggest you to learn how to tweening. Tweening is a combination of stroking and cranking. Tweening will make your throw precise and at the same time will make you look cool. :-)

Please drop some comments on this. Like the saying 'sharing is caring'.

Bowling Forms

Aku ada sikit tips untuk mereka-mereka yang gilakan bowling. Tengok video ni dan faham betul-betul dengan apa yang mereka cakap. Jangan main bowling setakat baling je bola tu. Kalau anda firmly minat dengan sukan ni la kan. Kepada yang main suka-suki pon boleh jadikan video ni sebagai reference untuk dapat balingan yang cantik / perfect.



Amacam? Suka tak? Kalau suka dan berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang teknik-teknik untuk membaling bola dengan betul dan baik, jangan ketinggalan untuk sentiasa membaca blog ni. Aku akan hapdate sikit demi sikit tentang bowling untuk bacaan anda semua. Enjoice!

FACEBOOK SUDAH TUKAR FONT

Korang punya dah bertukar ke belom? Aku punya dah.. Tak caya?

Click untuk tumbesaran gambar

Bahan bukti dah ada.. Lu pikir la sendiri! Teringin ke nak buat Facebook korang macam tu jugak? Satu sesi tutorial, aku charge RM100.00 dia punya consultation fee. Murah dah tu... Miahahaha!

Adik Disangka Isteri

Ade ke patut adik aku si Najwa tu orang kat U-bowl Mesra Mall sangkakan orang rumah aku.. Budak tu pon satu hal, baru darjah lima tapi badan dah macam mak budak. Nasib baik gigi kapak tu besor je menandakan gigi tu gigi susu lagik..

Asyik makan jer.. Mane badan tak besor macam mak budak!

Semalam masa pegi main bowling, sebelum nak gi membaling bola tu dah makan kat Burger King.. Tup tup tak sampai 2 jam lepas tu ngadu lapor! Huh? Selera amenda budak nih? Nasib baik adik aku.. Kalau bukan adik aku, dah aku biarkan kebuluran je dia.

Makan waffle yg RM2.50 tu.. Aku tak tahu berapa dia beli. Tapi lepas tu, dalam pukul 9:00pm camtu, aku ajak dia pegi dinner kat food court Mesra Mall. Belom sempat aku tanya nak makan ape, dia dah mintak nak hot plate! Besar siottt badan budak nih.. Baju sekolah pon dah takde saiz. Kena pakai saiz budak tingkatan 3.. mana nak cari derrr kain kaler biru gelap memandangkan baju budak sekolah menengah nih kain dia warna biru cerah.

Berat badan pulak dah boleh fight dengan mak aku.. Wakil Malaysia untuk sukan SUMO Wanita budak nih satu hari nanti. Dah.... aku malas bebel panjang-panjang. Korang saksikanlah sendiri gambar yg aku ambik dari profile FB dia.

Gambar Najwa tengah melahap pizza

Sampai dah tak muat lensa camera dah.. Kepada Najwa, kalau baca blog abang nih.. dah boleh beransur-ansur diet. Mane nak cari pakaian untuk Najwa bila dah naik ke sekolah menengah nanti! Adessss...

Cubaan Dan Cabaran Masa Kini (Edisi Mengira)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Perghhh.. dah macam wakil rakyat intro entri aku kali ni. Aku baru je lepas main bowling tadi. Tangan rasa macam nak tercabut, peha rasa ketat gilerr.. and urat belikat aku dah tergeliat rasanya. Jari jemari toksah cakap la... rasa kebas dan sengal-sengal macam bengkak!

Tapi itu bukanlah cabaran dan cubaan masa kini.. Tu sekadar mukaddimah kepada cerita yg aku nak share. Main bowling tadi sampai 9 games. Satu game bersamaan dgn RM5.50. Cuba bayangkan, berapa ringgit duit aku dah melayang kat situ. Total, RM49.50 dan itu belum termasuk makan tengah hari dan juga malam.. Just imagine, dalam sehari paling koman belanja RM100.00!

Buntu aku.. kalau org bergaji RM60.00-RM70.00 sehari, camne nak survive? Tak masuk duit minyak lagi.. Kepada yg isap rokok tu, jgn cakap la.. sekotak RM10.00 sekarang. Bagi mereka yg tak isap rokok tu, RM10.00 dh dikira bonus buat korang.

Meh sini kita buat kira-kira nak?

Gaji sebulan RM2000.00 dan selepas tolak EPF dan PERKESO, tinggal dlm RM1700.00 plus plus kan?

Sewa rumah berapa sebulan kat area korang? Kalau kat area tempat aku tinggal ni, dalam RM350 sebulan tak lari.. Dah tinggal RM1350.00 right?


Ada pakai kereta? Installment bebulan berapa? Paling busuk untuk Perodua Viva, RM400.00 sebulan.. Tinggal berapa duit gaji? RM950.00 plus plus, betul? Minyak kereta aku kira roughly RM10.00 sehari.. sebulan bermakna RM300.00 dah.. Lepas tolak duit minyak, tinggal RM650.00 balance gaji.

Makan camne? Korang makan berapa kali sehari? Aku kira 2 kali sehari dengan jumlah RM20.00 untuk keseluruhannya. Jadi, baki tinggal berapa? 30 hari darab dgn RM20.00 bersamaan dgn RM600.00, betul? Tadi balance lepas tolak duit minyak ialah RM650.00 dan selepas ditolak RM600.00, tinggal lagi RM50.00 dlm savings.

Jadi cabarannya ialah, berapa bulan korang perlu simpan untuk nak kahwin dengan hantaran / mas kahwin sebanyak RM10,000.00 tanpa termasuk kos majlis kenduri kendara? No wonder la zaman sekarang maksiat berkeliaran di merata tempat kan? Orang tak mampu kahwin rupanya.. Adehhhhh!

Nota kaki bangku :
Tu aku belum kira topup, bayar PTPTN, tol dan perkara-perkara lain lagi tu.. Agak-agak korang la kan, berapa gaji minima untuk hidup di zaman sekarang ni. Urm??

Aku Dah Kahwin Sekarang

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)



p/s: (tarik nafas pnjang2 dluu.. bru bc kenyataan d bwh :))

ok,, emm.. dh bnyk dh tnya, dh bnyk kali sye jwb sblom ni.. ingin sy maklumkan skali lg, ini bukan citer betol.. (trus x sedih..) sekadar imaginary story. trima kasih kerana 'like' dan 'share'.. x berniat brbohong. sy sndiri pon budak lg, blom kawin haha. sy main tulis je ni.. huhu.. (30 oktober 2010, 12.33am)

Nota kaki bangku :
Sedih siot baca citer ni walau pun ianya satu citer rekaan semata-mata.. sayu jer hati aku ni. Ingatlah pada mereka yg dah beristeri tu.. Hargai isteri anda walau apa jua keadaannya. Diam ke, bisu ke, pekak ke.. Apa yg penting, hidup berumahtangga ni kena ada understanding dan juga give and take.

Aku Kecewa!

Frust menonggeng aku lepas dapat tahu yg Ayu Raudhah telah selamat diijab-kabulkan dengan Zaquan Adha.. Mane tak frust beb! Ex-girlfriend tu.. hahaa.... Perasannya aku! :P

Gambar dipetik dari blog Beautifulnara.com

Anyway, TAHNIAH aku ucapkan kepada pasangan pengantin baru.. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan diikutkan sangat trend sekarang yg asyik kahwin cerai.. kahwin cerai yg sangat top dikalangan artis tanahair mahu pun artis barat. Kahwin, pastu jaga rumahtangga tu elok-elok.

Kredit kepada Beautifulnara.com

Kalau rasa tak bahagia, berdoa.. mintak petunjuk dan pertolongan dari Allah Ta'ala supaya eratkan lagi hubungan suami isteri tu. Cuba untuk selesaikan setiap permasalahan tu dengan cara yg molek-molek. Akal yg Allah kurniakan tu, guna dengan sebaik mungkin.. Jangan ikutkan hati dan perasaan sangat. Dah macam pakar motivasi pulak aku berceramah kat sini..

SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA!

Nota kaki bangku :
Frust weh! Frust sesangat... Tapi apakan daya, cikgu Nurul Huda lagi menawan. Hihiii....

AMANAH SAHAM BANK ISLAM (ASBI)

Secara jujurnya, aku tak melabur pun dalam Amanah Saham Bank Islam (ASBI) dan tidak di bayar untuk mempromosikan ASBI ni. Cuma sekadar nak berkongsi tentang ASBI ni dengan rakan-rakan seagama.

Source—Bank Islam Unit Trust

Kepada anda semua yg berduit tu, dan rasa macam nak simpan duit anda dalam amanah saham, aku syorkan simpan dalam ASBI. Bukan apa, bila kita cari duit tu secara halal, dah tentu kita nak duit tu berkekalan halal sampai bila-bila. Aku percaya, duit yg disimpan di dalam ASBI akan digunakan untuk melabur ke jalan yg betul dan sah disisi hukum agama kita.

Bukan aku nak ajar korang, aku sendiri pun terkontang-kanting lagi dari segi kewangan sebenarnya. Tapi, apa yg aku dapat tahu daripada kawan aku yg kerja bank.. Dividen yg anda dapat daripada duit dalam ASB tu sebenarnya haram. Pasal apa? Pasal ASB sekarang ni dah terlibat dengan pelaburan dalam industri arak dan juga judi. Wallahua'lam.. Nak sahih lagi, mungkin anda boleh rujuk pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hukum tetap hukum.. Yang halal boleh bertukar haram dan yg haram, tetap haram sampai bila-bila. Hidup ni nak cari redha Allah Ta'ala kan?

Suggestion aku, bertukarlah ke ASBI pulak.. Pasal ASBI diuruskan oleh Bank Islam Malaysia Berhad dan merupakan satu-satunya bank yg berteraskan Islam dalam setiap urusan mereka. Daripada pembiayaan hinggalah ke pelaburan. Setiap urusniaga adalah berlandaskan hukum dan syariat agama Islam. Insya'Allah, simpanan atau pelaburan korang akan menjadi lebih berkat dan halal.

Jangan duit yg datangnya dari jalan haram yg korang simpan atau laburkan sudah.. pasal hukumnya tetap haram. Na'uzubillah...

Live! Bank Islam Online Server Down

Entry first secara live! Hahaa.. Poyo jer ayat weh.

Anyway, perbankan internet Bank Islam sekarang ni tengah down. Tergendala kejap kerja aku nak transfer duit ke akaun orang ni. Nak bayar duit orang.. Apa boleh buat, kerja makan gaji dengan orang. macam ni la.. banyak berhutang daripada menyimpan. sorry, off topic sikit..

Http 500 yang membawa maksud internal server error

Mungkin pukul 12:00am hingga pukul 12:30am server rest kot.. macam ATM machine jugak. ataupun aku sorang jer yang tak tahu akan hal ni.

Aku nak try semula pukul 1:00am jap lagi.. kalau boleh, bermakna perbankan online pun offline jugak macam ATM machine. Sementara nak tunggu pukul 1:00am, aku nak blogwalk jap. teehehe~

Update :
Bank Islam Online sama jugak macam ATM machine. Aku dah boleh login pada jam 12:40am. Alhamdulillah, aku dah bayar duit si polan tu.. sekarang baki dlm akaun ialah RM9.77!

Youtube, Facebook, Twitter dan Google Di China

Mengikut laporan yang aku terima daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, Tanah Besar China (China Mainland) telah menyekat pengguna internet mereka daripada mengakses kesemua laman web yang berbentuk/berunsur sosial.






Pada mulanya, provider internet di China Mainland telah menyekat penggunanya daripada mengakses laman web Youtube dan Twitter. Kemudian, laman web Google juga telah disekat termasuk Gmail, Google Docs dan beberapa lagi Google Apps yang lain. Yang terbaru, laman social network Facebook pula telah disekat.

Aku tak tahu apa tujuan mereka menyekat pengguna internet daripada mengakses laman-laman web tersebut. Nasib baik Malaysia masih lagi bebas mengakses semua laman web tersebut.

Dengar cerita, Blogger pun tidak boleh diakses di China. Nak kena tukar ke Wordpress ke lepas ni? Hehee... Tak perlu sebab aku dah buat kajian berpandukan Feedjit. Tak pernah pulak blog aku ni dilawati oleh pengunjung dari China, especially China Mainland.

2.5" Seagate GoFlex 500GB

Akhirnya, dapat jugak aku beli external hard drive untuk aku simpan semua files yang ada dalam laptop aku ni sebagai backup di kemudian hari.. risau tetiba laptop usang aku ni crash je satu ketika nanti.

Aku beli external hard drive ni dengan harga RM250. Ya! Aku akui yang harga tu sangat mahal.. lepas beberapa hari aku beli hard drive ni, tetiba aku tertengok satu kedai di area Kemaman ada menjual brand dan model yang sama di jual dengan harga RM220! Rugi?


Tak terasa sangat sebab aku dapat beg Seagate, kat kedai yang murah tu takde kasi beg tu.. Kos untuk beli beg tu pulak dah berapa?

Anyway, aku nak bercerita pasal external hard drive aku bukannya nak bercerita tentang untung rugi aku beli benda alah ni..

Seagate GoFlex Ultra
Apa yang buat GoFlex aku ni special ialah beg dia siap ada logo Seagate dan juga tulisan Seagate di belakang beg tu. Aku pilih warna hitam sebab ianya warna kegemaran aku. Sekarang ni, semua kerja-kerja aku dah boleh aku masukkan ke dalam GoFlex ni.

Ke mane sahaja aku nak pergi, dah tak perlu bawak laptop ke hulu ke hilir. Next target aku, nak beli sebijik netbook dengan size internal hard drive yang kecik. Harga pasti lebih murah dari biasa. Aku cuma perlu bawak netbook dengan GoFlex je. Mudah dan ringan!

GoFlex completed with cable USB2.0

Kalau sesiapa berminat nak beli dengan harga RM220, meh sini aku tolong belikan. Tapi postage ditanggung oleh buyer la. Aku dah tolong beli, kira OK dah tu.. For interested person yang reside area Kemaman, delivery is F.O.C. Just call aku and kita arrange a meet up.. Kan ke lagi mudah macam tu. Boleh mengeratkan silaturrahim sesama penggila gadgets ni! Hahaa....

Akhirnya!

Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri aku di gengblogger.com dan sudah pun ping blog aku kat sana. :) Harap-harap blog ni dapat traffic sikit-sikit dari gengblogger.com. Almaklumlah, blog tak seberapa macam blog ni, mane nak meletop sangat kan?

Anyway, terima kasih kepada En. Adam yang dah beberapa kali nasihatkan aku untuk register gengblogger.com untuk dapatkan traffic dari sana. Akhirnya, terlaksana jugak apa yang beliau cadangkan. Skema bahasa aku guna. Maaf, aku tak biasa menulis dengan bahasa singkatan mahupun bahasa yang pelik-pelik ni. Orang dah berusialah katakan. :P

Di harap dapatlah tuan-tuan dan puan-puan mahupun cik-cik meninggalkan komen di blog yang tak seberapa ni. Oklah semua, aku nak keluar makan ikan bakar jap.. Nanti ada masa, aku post lagi entri. Ni dah macam sesi perkenalan je. Hihihi...

Emas Tulen

Secara peribadi, aku syorkan korang semua yang berminat dengan pelaburan, melabur duit korang dengan membeli emas. Suatu pelaburan yang sangat berbaloi selain daripada properties.

Seperti yang kita sedia maklum, harga emas sehingga ke hari ini belum lagi pernah jatuh merudum. Bayangkan, dua puluh tahun lepas nenek aku membeli seutas rantai solid gold (atau lebih dikenali dengan emas 999 dikalangan penggemar barang-barang kemas wanita) dengan harga RM70/gram. Sekarang, harga emas 999 telah meningkat sehingga RM157/gram.


Dalam masa dua puluh tahun, nenek aku berjaya mendapat sekali ganda harga emas yang dia dah pakai semenjak 1991. Aku buat anggaran kasar keuntungan ialah RM87/gram. Bayangkan anda mempunyai sejongkong emas. Berat sejongkong ialah 1 kilogram iaitu bersamaan dengan 1000 gram. Korang buat pengiraan sendiri.. Aku malas nak sebut nilai tu takut korang gigit jari.

Sendiri mau ingat, siapa nak bagi kat korang nilai tu dalam masa dua puluh tahun tanpa korang perlu keluarkan duit tiap-tiap bulan dan tanpa mengikat kontrak dengan mana-mana pihak pun. Best tak bila bercerita tentang keuntungan emas ni? Aku pun ada terfikir nak cuba jadi seorang manusia yang bijak dengan melabur duit aku dengan membeli emas.

Aku tengok kat satu laman sesawang ni, harga emas tertinggi sekali pada tahun 2011 ni ialah pada 3 Januari baru-baru ini.. USD1422.60/ouns. Sekali lagi, pengiraan aku serahkan kat korang untuk buat. Aku gagal bab-bab mengira ni. Sebab tu aku belum ada status "JUTAWAN" sekarang ni. Tengah belajar berjinak-jinak untuk mencapai tahap gelaran tu.. InsyaAllah...

Why No More English

Not that I've stop blogging in English. I'm still writing facts in English. Just want to express myself with Bahasa Melayu lately. I need some refreshments and reduce my stress.

Things that can make me stress (I can guarantee all are having the same thing) are money, work and love. Yes! I'm having difficulties in financial and I need to find a job that can secure my future. I can see my future in oil and gas industry.. but my heart was sulking with the organization that I'm in right now. Not with the company, but with several people inside.

There's no fun anymore in it. Was it just me feeling that way, or others can feel it too? Several people are acting like a boss. It's very difficult to work under so many bosses right? Anyway, I will write in English sometimes later. My next entry will be, How To Hack Facebook.

Urat Kentut Putus

Bila internet asyik putus-putus, aku rasa macam nak kentut jer.. Adakah talian internet kat rumah aku ni bersangkut-paut dengan urat kentut aku? Rasanya macam tak.

Aku cuma nak bagitahu yang aku bengang bila internet asyik putus-putus ni. Provider tahu cukup bulan nak pitis, tapi servis asyik putus-putus. Report kat hak pengguna baru tahu.. Kalau ada masalah, inform la. Jangan main ikut sedap je nak disconnectkan line aku, pastu connectkan semula. Mentang-mentang kat rumah aku ni bukan static IP, korang suka suki je kerat-sambung talian.

Kata servis mantap, tapi tak nampak pun realiti kemantapan servis depa. Sat lagi kalau aku tukaq provider, pastu aku hasut yang lain supaya ikut aku tukaq provider, kata aku ni penghasut pulak. Tangkap aku bubuh dalam ISA. Kita sama-sama nak cari makan. Bukan kami tak bayaq servis depa.. Tiap-tiap bulan duk bayaq sampai nak bayaq hutang lain pun sangkut-sangkut. Utamakan internet pasai lambat bayaq sikit je dah kena potong. Sepatutnya servis tip top la seperti yang di bayar.

Dahla, aku malaih nak celoteh panjang berjela. Hangpa tak larat nak baca. Aku rasa macam dah nak tutup Facebook. Dah malaih je macam nak aktif dengan benda tak bermanfaat tu (kononnya).. hehee..

Demam Bowling Melanda

Entah apa kena, lately semua dah demam dengan bowling. Video di bawah ni, game aku yang ke lapan dah. Rasa macam nak terlucut bahu duk membaling bola tu. Maaflah sebab aku baru belajar main hook. Kalau ada cacat cela tu, faham-faham je lah.



Pertandingan bowling tertutup keluarga Nik Mala 2011 akan diadakan pada bulan March nanti. Kira macam training habis-habisan la aku sekarang ni. Persediaan untuk mengalahkan semua.. hahaa! Macam bagus je kan? Janji aku cuba lakukan yang terbaik!

Menggodam Facebook

Tajuk entri ni macam real tak? Saja aku nak buat gimik dan test market blog aku bila aku guna ayat 'Menggodam Facebook'. Mungkin selepas ni aku nak cuba letak 'How to Hack Facebook' pulak. Banyak tak visitors dari luar negara yang hit masuk ke blog aku yang tak berapa nak best ni.

Kenapa blog aku kurang visitors? Salah satu sebab, aku ni pemalu orangnya. Malu untuk meng'expose'kan diri aku di khalayak ramai. Aku takut jika penulisan aku ni akan menyinggung segelintir manusia lain. Selepas di'brain wash' oleh diri aku sendiri, aku memberanikan diri untuk tulis entri ni. Tak tahu ape kes, tetiba mood nak menulis datang. Lantaklah korang nak cakap blog aku ni boring ke, isi tak padat ke, nampak hodoh ke, janji aku cuba untuk buat yang terbaik.

Sepanjang aku berfikir tu, ada juga kekadang aku pergi baca blog orang lain. Ada sesetengahnya, ayat lintang pukang pun boleh dapat ramai je unique visitors dia. Ada yang lagi hodoh dari blog aku pun, pernah aku jumpa. Sekarang ni, bagi aku... semua tu dah tak penting. Aku cuba untuk memperjudikan nasib aku sekali ini dengan menghasilkan penulisan yang carca-marba ni. Korang faham, fahamlah. Tak faham... ada aku kisah?

Alang-alang mencelup perkasam, biar sampai kenyang. Korang kalau nak aku baca blog korang, tinggalkan jejak korang kat sini. Maaflah ye pasal aku dah buang cbox aku atas alasan aku yang tersendiri. Belum terbuka pintu hati aku untuk lekatkan semula benda alah tu kat blog ni sekali lagi. Tinggal jejak korang dengan meninggalkan komen. Aku akan buat blogwalk secara berperingkat.

Mana tahu kot-kot aku terbuka pintu hati nak bagi hadiah kat korang ke... siapa tahu kan? Hanya aku sorang je yang tahu. Ada jugak terfikir untuk buat contest, tetapi aku sibuk yang amat semenjak boss aku dah tamat tempoh kontrak dia pada 31 December lepas. Cuba buat yang terbaik walaupun aku tahu yang ianya tidak akan menjadi yang terbaik. Sekurang-kurangnya, aku tak pernah bodek big boss macam orang lain buat.

Malas nak berceloteh panjang-panjang... takut korang bosan nak baca. Apa pun, nantikan entri seterusnya selepas ini. Ayah aku mintak aku publishkan sesuatu di blog agar kita semua mendapat pengajaran dan juga pihak berkenaan dapat mengubah sistem mereka. Sekian sahaja untuk kali ini...

BMI Calculator

What? I'm overweight.. Jizzz.. I need to diet. No more dinner for me, from today onwards. Below is the result from the BMI Calculator.


The result was 27.6 and I am overweight.. Once again, OVERWEIGHT!! Diet in progress. Lucky I've taken my lunch before calculating the BMI. Hahaa!!

See the labels below. I've labelled this entry under Extreme because the result was HUGE! One more thing, there's a lot of rats in my office. Anyone can call pest control?

Test your BMI here.

Energy Saving Mode Simple Tutor

Greetings everyone!

If you realize, my blog is on Energy Saving Mode if you're idle from it or viewing other tabs.

How we can save environment, ONLINE?

How much CO2 do you emit, when surfing the web? Every minute a thousand visitors spend browsing a website an average of about 1.2kg of CO2 is emitted into our atmosphere.

Now, that is not a very large number individually for a website, but if you consider the amount of time you spend on the internet along with everyone else, Online Leaf might be a step in the right direction, when trying to make the web much greener. So help the environment by making your website green!

Standby for a greener web

Our standby engine is the first of our products to deliver a fully functional and simple way to help your website run requiring less energy to generate. It hides heavy animations, covers the window in dark colors (as these, in many cases are less energy consuming) and pauses heavily running background processes.

If you are using WordPress, just go ahead and download our plugin, activate it and everything should work instantly.

You can also install the standby engine by copy&pasting the following code into the <head> tag on your website... yeah, it's that simple!

<script language="javascript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js">

The script uses jQuery, so if you are using other Javascript libraries with it, make sure to add...

<script>jQuery.noConflict();

... at the bottom of the <head> tag, to avoid conflicts.

Wishing All A Happy New Year!

Quick Update.

Sorry for the technical problem occur due to general fault. I have disabled cookies for my Opera Mobile and this entry was posted using my mobile phone. It appears that nothing was posted this morning. Jizzzzz! I hate when this happened to my blog.

Anyway, I want to wish you guys Happy New Year and rest well today.

This is a quick update before I'm off to site visit. Yes! Site visit.. I have to work on new year and I hope this will be my great great great year. Pray for my success and only Allah will return you the favor. Thanks guys for supporting Blackbinder.net all these while.

Regards,
Author of Blackbinder.net

The Popular Entry