PBS Bukit Kuang sebelum beraksi

KIJAL - Semalam telah berlangsungnya perlawanan bola sepak DUN Kijal di mana PBS Bukit Kuang menentang pasukan Beris Meraga. Setelah hampir dua minggu berlatih, akhirnya PBS Bukit Kuang beraksi buat julung kalinya di padang sebenar perlawanan.

Pengurus PBS Bukit Kuang, En. Kamaruddin Ali yakin pasukan mereka mampu untuk ke pusingan akhir setelah berjaya menumpaskan pasukan Beris Meraga semalam dengan keputusan terakhir (masa penuh) 3-1.

Pengurs PBS Bukit Kuang, En. Kamaruddin Ali

Beliau yakin, PBS Bukit Kuang mampu memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan yang lain. Masih ada baki tiga perlawanan bagi menentukan pasukan mana yang layak untuk ke separuh akhir nanti.

Persiapan terakhir PBS Bukit Kuang sebelum bermula perlawanan semalam

24 Februari ini, PBS Bukit Kuang akan menentang pasukan Telok Kalong yang diuruskan oleh Tn. Hj. Rajik Sidek (Pengerusi JKKK Telok Kalong).

Mindef dipermainkan oleh WSJ

Assalamualaikum...

Pertama sekali MK melahirkan rasa simpati terhadap Mindef kerana kandungan di dalam laman web mereka telah dipermainkan oleh The Wall Street Journal (WSJ)..

MK petik daripada WSJ:-
Next time you visit the Malaysian Ministry of Defence, which handles a defense budget totaling several billion dollars, make sure you don’t wear any “clothes that poke the eye.” If you’re a man, though, a “tight Malay civet” is allowed – at least according to the English translations on the ministry’s website.

In an embarrassing gaffe, the Ministry of Defence overlooked imperfect English translations on its website, which soon went viral on social media websites Facebook and Twitter.

Under a section called “ethical clothing” advising employees on appropriate office wear, women were warned against wearing clothes “that poke the eye” – a direct translation of the Malay phrase for revealing outfits. The civet slip came under the dress code for men, which said “collared shirts and tight Malay civet” were appropriate.

Other unfortunate translations were found throughout the website, including a section that said the Malaysian government took “drastic measures to increase the level of any national security threat” after independence from British colonial rule in 1957.

The ministry admitted to using Google Translate, a service that offers online automatic translations for over 60 languages, to provide an English-language version of their Malay website. Though many Malaysians are proficient in English and the language is taught in schools at an early age, Bahasa Malaysia (or simply “Malay”) is the official language of the country - The Wall Street Journal

Bagi MK, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada Mindef.. mungkin pihak pengurusan laman web mereka terlepas pandang pada perkara remeh semacam ni.. namun bagi sesetengah pihak, perkara cenggini mampu dijadikan bahan jenaka.. ada screenshot yg MK dapat drpd blogger lain..

Etika berpakaian bagi lelaki

Etika berpakaian bagi wanita
Gambar diambil dari blog Anak Sungai Derhaka.

Lepas ni Mindef harus berhati-hati bila publish sesuatu dalam laman web mereka.. media antarabangsa sentiasa memerhatikan kita.. ;) jangan sampai pisang berbuah dua kali.. malu kami rakyat Malaysia..

KEMALANGAN DI BENTONG

BENTONG — Satu kemalangan yang melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah berlaku di kilometer 55 Lebuhraya Bentong - Karak.

Pemandu dan kelindan van tidak mengalami kecederaan manakala dua orang penumpang Perodua Myvi cedera parah, manakala seorang lagi penumpang dan pemandu cedera ringan.

Keadaan van Toyota Hiace D-4D dan Perodua Myvi Elegance

Van tersebut dipercayai gagal dikawan dan hilang kawalan secara tiba-tiba dan merempuh kereta tersebut yang berada di lorong kanan.

Punca kemalangan MK tak pasti

Ambulans dari Hospital Bentong tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kemalangan telah mengakibatkan kesesakan jalan raya hampir satu jam.

Speed test

MK dapat call dari TM tanya nak upgrade tak Streamyx kat rumah daripada 512kbps kepada 1Mbps. dengar dia cakap macam tu, MK terus agree aje sebab beza tak banyak pon dgn pakej yg MK subscribe skarang ni.. dua tiga kali dia call lepas pd tu untuk pengesahan.

Sekali dua pengesahan boleh terima akal lagi.. ni sampai tiga pat kali pengesahan, agak melampau. last sekali MK cakap, "nak upgrade, upgrade aje lah.. kan dh buat pengesahan tempoh hari.. berapa kali nk sah baru boleh upgrade?"

Lepas tu terus dia dah tak call MK lagi. lega rasanya hati.. MK pon saje gatalkan tangan check speed test untuk line internet. MK ingat dah diupgrade, rupanya hampeh! masih lagi speed lama. hangpa usha sendiri aje lah.. sakit hati MK bila tengok speed test tadi. iskkkk..


MK speechless dah tengok result kat atas ni. terus rasa cam nak tidoq awal aje.. okay guys, hangpa usha la line kat rumah tu. kalau ada jugak yg ditawarkan untuk upgrade pakej tu, check sama ada speed internet hangpa masih ditakuk lama atau sudah diupgrade.. selamat malam semua.

The Popular Entry