Kabel VGA ke RCA Komponen & Aktiviti Minggu Ini

Phew! Nasib baik di belakang dekoder CCTV dalam bilik majikan saya ada VGA Out. Jika tidak, saya terpaksa mencari kabel VGA ke RCA Komponen.

Kabel VGA ke RCA Komponen

Di Kemaman ni susah sikit nak dapat benda-benda 'rare' seumpama itu. Jadi saya harus ke Kuantan untuk mencari kabel tersebut. Sekarang, tugas saya hanya perlu mencari LED/LCD monitor 24" untuk disambungkan ke dekoder CCTV tersebut.

Ringan sikit beban yang harus saya pikul. Esok ayah hendak ke Putrajaya untuk menguruskan hal pemutihan pendatang asing bersama Hj. Rajik. Dia ajak saya pergi, tetapi saya ada rasa sedikit keberatan untuk memohon cuti kerana disaat sebegini, saya susah untuk bercuti.

Hari Khamis ni akan ke Kuantan untuk hantar Nissan Sylphy untuk tukar papan pemuka (dashboard) kerana telah berlaku kecacatan pada papan pemuka tersebut. Di atas papan pemuka tersebut timbul gelembung-gelembung udara. Kebetulan pula ayah hendak pergi hantar Toyota Alphard dia ke kedai aksesori yang pasang cermin gelap baru-baru ini ekoran cermin tidak dapat diturunkan.

No comments:

The Popular Entry