Baruku tahu

Assalamualaikum...

Sebenarnya entri kali ini adalah satu entri yang sangat merepek. Apa pun, layankan sahaja entri yang merepek dari aku ini.

Ada sebuah kedai menjual kereta terpakai & rekon di kawasan tempat aku tinggal. Setiap kali aku lalu di hadapan kedai itu, mesti aku akan tertarik apabila melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ini. Bila aku lihat di emblemnya, tertera logo Nissan. Agak pelik di situ kerana setahu aku, model kenderaan pelbagai guna Nissan ialah Grand Livina.

Sudah lama aku tidak lalu di hadapan kedai tersebut lantas aku terus melupakan niat aku untuk menggoogle mengenai model Nissan tersebut. Tiba-tiba malam tadi terdetik hati ini untuk membuat carian di google. Akhirnya terjawablah persoalanku selama ini. Itulah model Elgrand dari Nissan. Model ini adalah hasil persaingan dengan Toyota Alphard dan Vellfire.

Sangat menarik ruangan kabinnya. Tak kurang hebat rekaan luarannya. Sangat mantap, menarik, dan kemas sekali! Mari kita lihat bagaimana rupa Nissan Elgrand ini.

Rekaan luaran yang menampakkan gaya eksklusif.

Ruang kabin yang selesa dan kemas.

Gaya sebuah kenderaan pelbagai guna yang menawan.

Berkapasiti 7 tempat duduk dengan kemasan kulit yang elegan.

Nissan Elgrand!
Mengenai harga, aku kurang pasti. Apa yang pasti, harganya pasti mencecah angka 200,000 ke atas! Maka, biarlah ia bersemadi sebagai sebuah kenderaan impian aku sahaja.

Nota penulis : Tanpa keberanian, impian tidak akan jadi kenyataan.

No comments:

The Popular Entry