POLIS VS. RAKYAT


Assalamualaikum...

Pertama sekali, aku hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syahirul.com kerana memuat-naik video ini.

Aku tidak mahu membangkitkan isu perkauman, tetapi tindakan wanita berbangsa cina itu menunjukkan bahawa kurangnya kesedaran terhadap undang-undang. Apa yang dia maksudkan hak dia sebagai rakyat?

Polis berhak memberi arahan kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam negara Malaysia dan orang yang diberi arahan itu harus menurutinya asalkan ianya tidak bertentangan dengan undang-undang.

Menyuruh untuk mengikut mereka ke balai polis adalah satu arahan yang harus dituruti. Sama juga bagi mereka yang diberikan surat saman. Tidak boleh sewenang-wenangnya menyonteng di atas surat tersebut kerana rakyat tidak mempunyai hak tersebut.

Aku tidak pasti samada tindakan wanita berbangsa cina itu satu tindakan yang bijak atau bodoh di mata anda. Pendapat aku, tindakan tersebut adalah satu tindakan yang sangat mementingkan diri sendiri.

Wallahua'lam..

No comments:

The Popular Entry