MOBILE POST YANG SUDAH BERKARAT

Rasa macam dah lama sangat tak buat mobile post.. Rasa dah rusty gila.. Dah hampir lupa macam mana nak post guna mobile.. Almaklumlah, hidup sekarang ni ala kadar je..

Posting ni pun sudah dikira bagus.. Kalau tak, dengan blog sekali rusty..

Okay guys.. Nak gerak ke masjid dulu untuk solat teraweh.. See ya!

Sent from my BlackBerry® smartphone via Celcom-Axiata Mobile.

TETAPAN KATA LALUAN BAGI AKSES KE PERANTI BLACKBERRY ANDA

Oh! sungguh skema bahasa yang aku guna untuk posting kali ni.. aku nak buat sedikit tutorial tentang cara mengaktifkan kata laluan untuk mengakses masuk ke BlackBerry device.. caranya sangat mudah.. macam makan kacang pis jer..

Perhatian: tutorial ni untuk pengguna OS6 ke atas sahaja.. untuk OS5, aku kena guna BlackBerry kawan aku untuk screenshot.. Sorry ye!

Pilih 'Options'

Pilih 'Security'

Pilih 'Password'

Tick pada kotak 'Enable' untuk pengaktifan kata laluan

Kata laluan tidak diaktifkan

Jika anda semua tak tahu apakah fungsi kata laluan ini, cuba aktifkan dan kemudian sambungkan device anda ke komputer anda menggunakan USB cable yang disediakan.. device anda akan minta anda masukkan kata laluan dan begitu juga di komputer anda.. kata laluan diperlukan..

Selamat mencoba!

RASA SANGAT TERTIPU

Frust? Jangan cakap la.. sangat frust. Rasa tertipu dengan Telekom Malaysia. Lambat bayar kena potong, tapi line Streamyx semput. Nasib baik aku tak tergoda dengan Unifi. Gggrrr...

Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Sebab tak ada saingan.. Syarikat yang mampu bersaing dengan Telekom Malaysia, tak ada. Cuba duduk di China, confirm Telekom Malaysia duduk di tangga yang tercorot.. Jangan kata aku nak condemn mereka, tetapi itulah realiti yang mereka harus terima.. perbaiki apa yang harus mereka perbaiki.

Ini speedtest yang aku buat kejap tadi..

Speedtest Result

Upload speed lagi laju dari download speed. Mau tak panas hati aku bila nak browse, internet slow macam siput khinzir.. Kalau ada sesiapa dari Telekom yang baca blog ni, tolong la.. Tolong perbaiki perkhidmatan korang. Dah la sekarang ni kalau line kena potong, nak sambung semula kena caj RM10.00. Dah macam Astro pulak. Dengan perkhidmatan yang mereka bagi, aku rasa aku sangat-sangat tertipu.. berasap tiap-tiap bulan kena bayar bil, tapi perkhidmatan yang aku dapat tak memuaskan.

Akhir kata, aku tak suka dengan line Streamyx sekarang.. Jangan harap aku nak upgrade ke Unifi selagi line Streamyx macam sekarang..

The Popular Entry