ADOBE PHOTOSHOP CC REQUIREMENTS


For those who might get the interest to buy and install Adobe Photoshop CC on their computers, please ensure that your system is compatible with the software. I have received an email from a few friends asking me on how to install the software.

Definitely you have to check the requirement first buying any software products. For Adobe Photoshop CC, what you need to check is the system requirements. Here I have listed a few requirements to be verified before buying Adobe Photoshop CC (please make sure it is an original).

For Windows
  • Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon® 64 processor (2 GHz or faster)
  • Microsoft® Windows® 7 with Service Pack 1, Windows 8, or Windows 8.1
  • 1 GB of RAM
  • 2.5 GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on removable flash storage devices)
  • 1024 x 768 display (1280 x 800 recommended) with OpenGL® 2.0, 16-bit color, and 512 MB of VRAM (1 GB recommended)*
  • Internet connection and registration are necessary for required software activation, membership validation, and access to online services.
For Mac
  • Multicore Intel processor with 64-bit support
  • Mac OS X v10.7, v10.8, or v10.9
  • 1 GB of RAM
  • 3.2 GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on a volume that uses a case-sensitive file system or on removable flash storage devices)
  • 1024 x 768 display (1280 x 800 recommended) with OpenGL 2.0, 16-bit color, and 512 MB of VRAM (1 GB recommended)*
  • Internet connection and registration are necessary for required software activation, membership validation, and access to online services.
For the system that runs 512 MB of VRAM, the 3D features will be disabled.

Please check your system before buying Adobe Photoshop CC.

Actually Adobe Photoshop CC is for experts in design. So, if you're newbies, I would suggest a lower version of Adobe Photoshop (e.g: CS3 or CS4).

LIFE IS TOO CHEAP



Nowadays in Malaysia, life is too cheap. Simply shot for 450,000 ringgit which apparently couldn't buy a brand new Bentley Continental GT.

Buying a car is much more expensive than human's life. I really hope the killer will be caught and hang up for his wrong doing. May Allah bless the victim and place her with the believer.

Condolences to the victim's family. I hope they can accept the fate and pray for her.

BAJET 2014

Jika tuan-tuan atau puan-puan terlepas untuk mengikuti pembentangan Bajet 2014 pada petang tadi, anda boleh dapatkan kandungan lengkap Bajet 2014 di sini.

Ringkasan

Buat pesara, bantuan kewangan sebanyak 250 ringgit akan diberikan pada awal Januari 2014 manakala penjawat awam pula akan menerima bonus setengah bulan gaji (minimum 500 ringgit) juga pada awal Januari 2014.

Pengecualian cukai pendapatan bagi yang berpendapatan 4,000 ringgit dan ke bawah. GST pula akan dilaksanakan pada tahun 2015 menggantikan sistem cukai sedia ada.

Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina pada tahun hadapan. Bagi rumah kos rendah, kerajaan telah menetapkan harga maksimum ialah pada 45,000 ringgit manakala bagi rumah kos sederhana, penetapan harga maksimum ialah 170,000 ringgit.

TINJAUAN BAJET 2014


Bersiap sedia semua untuk kenaikan harga barangan seperti gula, gandum, dan lain-lain barang keperluan. Tidak mustahil harga petrol RON 95 dan diesel akan ada kenaikan juga. Dato' Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah beberapa kali memberikan amaran agar rakyat bersiap sedia dengan pengurangan subsidi oleh Kerajaan Malaysia di dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Hal ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia juga sebenarnya terjejas akibat krisis ekonomi dunia yang sedang melanda sekarang ini. "Ekonomi Malaysia masih kukuh," adalah kata-kata nista sesetengah pihak bagi tidak membuatkan rakyat panik.

Menurut beberapa sumber, barangan yang dikenakan GST juga akan bertambah. Ini akan membuatkan pengguna sedikit terbeban, namun ia akan menguntungkan kerajaan dari hasil cukai yang dikenakan. Dengan ini, pembangunan dapat dilaksanakan bagi mencapai Wawasan 2020.

Taarif elektrik juga akan mengalami kenaikan berikutan pengurangan terhadap subsidi bahan api oleh kerajaan kepada Tenaga Nasional Berhad. Jika rakyat mahukan taarif yang lebih rendah, sila pasang solar PV di rumah masing-masing.

Harga rumah akan diturunkan berikutan kerajaan telah berjaya memujuk sebuah syarikat dari Jepun untuk membina panel rumah pasang siap yang kununnya dapat menahan gegaran gempa bumi sekaligus membawa masuk syarikat tersebut untuk bertapak di Malaysia kerana di negara kita tiada kontraktor yang dapat menghasilkan panel sebagus itu berikutan Malaysia sering dilanda gempa bumi dan tsunami.

PR1MA dijangka akan menggunakan panel-panel rumah pasang siap tersebut nanti. Rakyat dapat menikmati sebuah rumah yang telah dipasang siap dengan ketebalan dinding yang apabila diketuk paku di sebelah sini akan berlubang di sebelah sana.

Jadi kepada golongan muda yang ingin memiliki rumah, boleh mohon sekarang. Jangan ada rungutan lagi selepas ini tentang kos sara hidup yang tinggi.

Mengikut pendapat beberapa orang pakar dalam ekonomi, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak juga bercadang untuk menjual 'pelan transformasi' yang telah dirangka oleh beliau ini kepada Presiden Barrack Obama bagi mengatasi kegawatan ekonomi di Amerika sekarang ini.

TUN MAHATHIR JANGKA MUKHRIZ KALAH AWAL-AWAL LAGI

Tun Dr. Mahathir Mohamed

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di sini hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah..."Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno)diremajakan," katanya. - Bernama

BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS. Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan Beruniform Sekolah Menengah Di Malaysia.

Sila rujuk di bawah:

Badan Beruniform Agensi Kerajaan (GO)
  1. Kadet Polis
  2. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat / Laut)
  3. Kadet Bomba
  4. Unit Trafik Sekolah
  5. Pasukan Kadet Pertahanan Awam (di bawah Jab. Pertahanan Awam Malaysia)
  6. Kadet Remaja Sekolah (di bawah Kem. Pendidikan Malaysia)
Badan Beruniform Bukan Agensi Kerajaan (NGO)
  1. Pengakap
  2. Persatuan Bulan Sabit Merah
  3. Pandu Puteri
  4. Puteri Islam
  5. St. John Ambulance
Badan Beruniform Yang Diluluskan Pendaftar
  1. Pancaragam
  2. Seni Bela Diri (Taekwando, Silat, Wushu, Judo, Silambam, Karate Do)
Jika anda mempunyai kemusykilan tentang Badan Beruniform, sila rujuk Penolong Kanan Kokurikulum sekolah.

Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua.

The Popular Entry