Sebut pasal berkawan ni, Mat jadi takut bila ianya melibatkan duit atau harta benda. Bukan kerana Mat kedekut, tetapi kerana Mat dah pernah terkena. Buta-buta aje kawan-kawan tipu Mat. Ada yang pinjam duit dan liat nak bayar. Ada yang pinjam kereta lepas tu bila kereta Mat rosak, dorang buat bodoh aje.
Sebab peristiwa-peristiwa di atas ni la buat Mat jadi lebih berhati-hati dan berwaspada. Bukan kerana kedekut, tetapi pengalaman mengajar Mat supaya menjadi kedekut. Pelik kan dunia hari ini? Mat tak pernah ada kawan-kawan seperti tu satu ketika dahulu.
Jadi bila dah terkena tu, Mat belajar dari kesilapan Mat mempercayai seseorang. Dia manusia, Mat juga manusia. Jadi rasanya Mat tak perlu nak terangkan apa-apa mengenai sifat manusia ni kerana pembaca pun manusia juga. :)
Pasal tajuk entri pulak, peristiwa terbaru Mat kena. Katanya nak pinjam duit Mat untuk buat modal meniaga. Dalam masa 2 bulan, dia akan bayar balik duit tu. Tapi ini dah nak masuk 8 bulan dah. Masih lagi bila Mat pergi jumpa dia, dia berjanji untuk bayar duit Mat tu dalam jangka masa terdekat. Mat dah muak dengan janji-janji palsu ni.
Kepada pembaca semua, ingatlah.. jangan percaya sangat dengan kawan-kawan ni. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan duit atau harta benda korang semua. Biar tak ada kawan pun tak apa daripada ada kawan tetapi menyakitkan hati. Na'uzubillah..
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Perhatian! kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja di offshore, sila email kat aku resume korang. Email aku, nashrul.sabri[at]live.com d...
-
Bosan wa dengan budak Amir ni sebenarnya. Asyik menangis je keje dia. Mesti ada FC dia yg tak puas hati dengan statement wa ni. Tapi wa pedu...
-
Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal...
-
Maaf jika tiada sebarang update berlaku di sini. Bukan kerana tiada idea atau malas, tetapi sedang sibuk dengan kebun fertigasi aku. Aku cu...
-
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan ...
-
Aku ada sikit tips untuk mereka-mereka yang gilakan bowling. Tengok video ni dan faham betul-betul dengan apa yang mereka cakap. Jangan main...
-
Terbeliak aku tengok ikan sebesar ni. Ada orang makan ke? Macam mana rasanya? Kebiasaannya, ikan yang besar ni tak sedap isinya. Wallahua...
-
Anda tahu tak Google sekarang sudah berpengkalan di Malaysia? Ramai yang sudah mengetahuinya dan ada juga yang tidak tahu bukan? Google Mala...
-
Sabar tu separuh dari iman kan? Tapi kalau dah 800 disconnect dengan sendirinya, boleh bersabar lagi ke? Dah la internet tak stabil, line t...
No comments:
Post a Comment