Seperti yang kita sedia maklum, harga emas sehingga ke hari ini belum lagi pernah jatuh merudum. Bayangkan, dua puluh tahun lepas nenek aku membeli seutas rantai solid gold (atau lebih dikenali dengan emas 999 dikalangan penggemar barang-barang kemas wanita) dengan harga RM70/gram. Sekarang, harga emas 999 telah meningkat sehingga RM157/gram.
Dalam masa dua puluh tahun, nenek aku berjaya mendapat sekali ganda harga emas yang dia dah pakai semenjak 1991. Aku buat anggaran kasar keuntungan ialah RM87/gram. Bayangkan anda mempunyai sejongkong emas. Berat sejongkong ialah 1 kilogram iaitu bersamaan dengan 1000 gram. Korang buat pengiraan sendiri.. Aku malas nak sebut nilai tu takut korang gigit jari.
Sendiri mau ingat, siapa nak bagi kat korang nilai tu dalam masa dua puluh tahun tanpa korang perlu keluarkan duit tiap-tiap bulan dan tanpa mengikat kontrak dengan mana-mana pihak pun. Best tak bila bercerita tentang keuntungan emas ni? Aku pun ada terfikir nak cuba jadi seorang manusia yang bijak dengan melabur duit aku dengan membeli emas.
Aku tengok kat satu laman sesawang ni, harga emas tertinggi sekali pada tahun 2011 ni ialah pada 3 Januari baru-baru ini.. USD1422.60/ouns. Sekali lagi, pengiraan aku serahkan kat korang untuk buat. Aku gagal bab-bab mengira ni. Sebab tu aku belum ada status "JUTAWAN" sekarang ni. Tengah belajar berjinak-jinak untuk mencapai tahap gelaran tu.. InsyaAllah...
2 comments:
tahu tak?sejak tahun 2004...emas dh naik hampir 4 kali ganda...mayb lebih dari tuu...semua bermula sejak 1997.masa kegawatan...hu3.mmg pelaburan bijak laa sbb harga emas dipasaran skrg mcm x mo turun2 dh nie...klo ade turun, skit jer...naik banyak lagi...mmg masyuk
tu la..tgh berfikir untuk invest dalam gold jugak sekarang ni..hehee...
Post a Comment