Tajuk entri ni macam real tak? Saja aku nak buat gimik dan test market blog aku bila aku guna ayat 'Menggodam Facebook'. Mungkin selepas ni aku nak cuba letak 'How to Hack Facebook' pulak. Banyak tak visitors dari luar negara yang hit masuk ke blog aku yang tak berapa nak best ni.
Kenapa blog aku kurang visitors? Salah satu sebab, aku ni pemalu orangnya. Malu untuk meng'expose'kan diri aku di khalayak ramai. Aku takut jika penulisan aku ni akan menyinggung segelintir manusia lain. Selepas di'brain wash' oleh diri aku sendiri, aku memberanikan diri untuk tulis entri ni. Tak tahu ape kes, tetiba mood nak menulis datang. Lantaklah korang nak cakap blog aku ni boring ke, isi tak padat ke, nampak hodoh ke, janji aku cuba untuk buat yang terbaik.
Sepanjang aku berfikir tu, ada juga kekadang aku pergi baca blog orang lain. Ada sesetengahnya, ayat lintang pukang pun boleh dapat ramai je unique visitors dia. Ada yang lagi hodoh dari blog aku pun, pernah aku jumpa. Sekarang ni, bagi aku... semua tu dah tak penting. Aku cuba untuk memperjudikan nasib aku sekali ini dengan menghasilkan penulisan yang carca-marba ni. Korang faham, fahamlah. Tak faham... ada aku kisah?
Alang-alang mencelup perkasam, biar sampai kenyang. Korang kalau nak aku baca blog korang, tinggalkan jejak korang kat sini. Maaflah ye pasal aku dah buang cbox aku atas alasan aku yang tersendiri. Belum terbuka pintu hati aku untuk lekatkan semula benda alah tu kat blog ni sekali lagi. Tinggal jejak korang dengan meninggalkan komen. Aku akan buat blogwalk secara berperingkat.
Mana tahu kot-kot aku terbuka pintu hati nak bagi hadiah kat korang ke... siapa tahu kan? Hanya aku sorang je yang tahu. Ada jugak terfikir untuk buat contest, tetapi aku sibuk yang amat semenjak boss aku dah tamat tempoh kontrak dia pada 31 December lepas. Cuba buat yang terbaik walaupun aku tahu yang ianya tidak akan menjadi yang terbaik. Sekurang-kurangnya, aku tak pernah bodek big boss macam orang lain buat.
Malas nak berceloteh panjang-panjang... takut korang bosan nak baca. Apa pun, nantikan entri seterusnya selepas ini. Ayah aku mintak aku publishkan sesuatu di blog agar kita semua mendapat pengajaran dan juga pihak berkenaan dapat mengubah sistem mereka. Sekian sahaja untuk kali ini...
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
Aku rasa macam nak menulis, tapi tak ada idea. Otak tepu, badan lesu. Jadi, camne? Tido je la nampak gayanya. Internet downloading spee...
-
HIGHBASE Strategic Sdn Bhd Position: Scaffolder Level 1 Requirements: Valid DOSH & OGSP Level 1 Scaffolding Certificate from ABM ...
-
Setelah sekian lama tidak menjenguk DM Agro Farm , akhirnya sekali lagi kami menjejak kaki ke DM Agro Farm, Setiu semalam. Melalui lawatan t...
-
Dua hari lepas, aku ada terbitkan entri tentang sektor pertanian yang sedang aku ceburi sekarang. Mungkin ada di luar sana yang ingin menget...
-
Assalamualaikum... Pertama sekali MK melahirkan rasa simpati terhadap Mindef kerana kandungan di dalam laman web mereka telah dipermainkan...
-
Anda tahu tak Google sekarang sudah berpengkalan di Malaysia? Ramai yang sudah mengetahuinya dan ada juga yang tidak tahu bukan? Google Mala...
-
Hello.. hello.. hello.. Nak kopi ke milo? Kepada sesiapa yang berminat nak beli kereta ni, boleh contact wa ye! ( AMARAN : HANYA UNTUK M...
-
Hey, what's up with the title?? Nothinglah.. I just wanna tell you guys (a bit brag), I've moved from a free dot blogspot dot com to...
1 comment:
Salam.Hehehe...Blackbinder.net dah kembali online...teruskan jer berblog...pegang moto "blog aku, cara aku, tak nak bace sudah" hahaha...jom join GengBlogger...komuniti blog yang paling besh...leh dapat ramai follower
Post a Comment