Amal Hidup Sihat Punca Pak Man Masih Sihat Di Usia 117 Tahun

BESUT, 15 April (Bernama) -- Amalan pemakanan dan cara hidup sihat membolehkan Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih dikenali dengan nama Pak Man dari Kampung Dengir, Bukit Puteri, di sini masih sihat walaupun usianya mencecah 117 tahun.

Dengan berpandukan petua tidak makan makanan manis, masin dan berlemak sejak muda lagi, kini Pak Man masih aktif bergerak tanpa sebarang penyakit kronik.

Bekas tukang rumah yang mungkin layak dinobat warga tertua di negara ini juga tidak memerlukan sebarang alat bantuan seperti tongkat atau cermin mata untuk menjalani kehidupan seharian.

"Sejak dari muda ambo (saya) tak suka minum air batu (minuman berais) atau merokok malah lauk-pauk saya pun berasaskan ulam dan sayuran kampung tanpa menggunakan santan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya, beliau sejak muda, beliau berpantang daripada mengambil minuman sejuk dan mengamalkan meminum air suam walaupun tidak dapat menahan dahaga bekerja seharian di bawah panas terik ketika membina rumah.

"Kemungkinan dengan cara beginilah agaknya ambo dianugerahkan Allah kesihatan dan jarang ditimpa penyakit-penyakit, kecuali demam sekali-sekala," katanya.

Beliau yang masih mempunyai ingatan yang baik mendakwa telahpun berumur 12 tahun ketika membuat kad pengenalan pada Februari 1907.

Pak Man berkata sepanjang hidupnya beliau berkahwin dengan lapan wanita tempatan dan daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan seramai lima orang anak iaitu seorang perempuan dengan isteri yang kelima dan dua lelaki dan dua perempuan dengan isteri ketujuh.

Beliau kini mempunyai 25 cucu dan enam cicit.

Katanya, buat masa ini beliau tinggal bersama isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, setelah kematian isteri-isterinya yang lain.

Katanya beliau telah agak lama berhenti sebagai tukang kayu namun kini masih giat ke kebun setiap petang untuk mengeluarkan peluh.

Beliau berkata, amalan masyarakat kini sangat jauh berbeza dengan orang zaman dahulu, terutama sekali sangat gemar mengambil makanan dan minuman ringan serta berlemak, mungkin menjadi punca mereka mudah diserang penyakit walaupun dalam usia muda.

Jelasnya, ibu bapa seharusnya menjaga aspek pemakanan terutama di kalangan generasi muda termasuk kanak-kanak lagi bagi mengelak terlalu mudah dihinggapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung.

"Yang penting jangan sesekali merokok kerana ia juga punca utama segala penyakit," katanya.

-- BERNAMA

Beza Chipsmore dengan Kerani Akaun

Saya rasa sangat dukacita apabila Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini sangatlah suka bercuti. Hari ini dia datang kerja, esok dia cuti. Lusa pula datang setengah hari, kemudian keesokan harinya dia bercuti lagi.

Jadi apa perbezaan biskut Chipsmore dengan Kerani Akaun tempat saya bekerja sekarang ini? Beza yang sangat ketara ialah, biskut Chipsmore hilang setelah dimakan oleh orang yang membelinya manakala Kerani Akaun kami hilang tanpa dikesan. WOW! Hebat bukan?

Majikan saya sampai terasa hendak letak tracking device pada kenderaannya. Sukar hendak dibaca hati orang ni bukan? Mungkin dia sudah tiada hati untuk bekerja di sini agaknya. Jika begitu, lebih baik dia berhenti sahaja. Jangan menyusahkan kerani-kerani yang lain.

Saya pun tidak sakit kepala apabila ingin mendapatkan statement akaun syarikat.

Kabel VGA ke RCA Komponen & Aktiviti Minggu Ini

Phew! Nasib baik di belakang dekoder CCTV dalam bilik majikan saya ada VGA Out. Jika tidak, saya terpaksa mencari kabel VGA ke RCA Komponen.

Kabel VGA ke RCA Komponen

Di Kemaman ni susah sikit nak dapat benda-benda 'rare' seumpama itu. Jadi saya harus ke Kuantan untuk mencari kabel tersebut. Sekarang, tugas saya hanya perlu mencari LED/LCD monitor 24" untuk disambungkan ke dekoder CCTV tersebut.

Ringan sikit beban yang harus saya pikul. Esok ayah hendak ke Putrajaya untuk menguruskan hal pemutihan pendatang asing bersama Hj. Rajik. Dia ajak saya pergi, tetapi saya ada rasa sedikit keberatan untuk memohon cuti kerana disaat sebegini, saya susah untuk bercuti.

Hari Khamis ni akan ke Kuantan untuk hantar Nissan Sylphy untuk tukar papan pemuka (dashboard) kerana telah berlaku kecacatan pada papan pemuka tersebut. Di atas papan pemuka tersebut timbul gelembung-gelembung udara. Kebetulan pula ayah hendak pergi hantar Toyota Alphard dia ke kedai aksesori yang pasang cermin gelap baru-baru ini ekoran cermin tidak dapat diturunkan.

Cara Memadam Semua Data Dalam BlackBerry Anda

Saya sedang membaik-pulih sebuah BlackBerry Curve 9360 yang mempunyai masalah mengakses internet. Susah bila budak-budak guna smartphone ni. Carca-marba jadinya..

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana untuk 'reset to factory settings' smartphone BlackBerry anda. Caranya sangat mudah.

Langkah 1: Buka Tray
Langkah 2: Klik Options
Langkah 3: Klik Security
Langkah 4: Klik Security Wipe
Langkah 5: Masukkan 'blackberry' ke dalam kotak yang disediakan
Langkah 6: Klik butang Wipe Data

Mudah bukan? Tetapi, pastikan anda telah backup semua data sebelum 'reset to factory settings' BlackBerry anda. Sehingga jumpa lagi. Assalamualaikum..

Teknik Menghilangkan Diri

Ramai yang mungkin tidak mengetahui yang saya sedang mempelajari teknik menghilangkan diri. Caranya mudah dan ringkas.

Jika anda ingin mempelajarinya, saya sarankan supaya anda jangan lupa solat dan ...

The Popular Entry