Pertubuhan Peladang

Dua hari lepas, aku ada terbitkan entri tentang sektor pertanian yang sedang aku ceburi sekarang. Mungkin ada di luar sana yang ingin mengetahui serba sedikit tentang sektor ini. Banyak lagi sebenarnya ilmu yang aku harus pelajari di dalam sektor ini. Antaranya, penyakit-penyakit tumbuhan dan bagaimana untuk mencegahnya.

Tetapi, entri kali ini bukan aku nak bercerita tentang semua tu. Entri kali ini, aku hendak bercerita tentang Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan fungsinya di dalam sektor pertanian dan perladangan.

Logo LPP

Penubuhan LPP adalah bertujuan menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang. Yang kedua, untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Fungsi yang ketiga, jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan. Dan yang terakhir, untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

Objektif penubuhan PP adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.

Jadi, kepada anak-anak muda yang berminat untuk menjadi seorang petani moden, apa kata anda mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Peladang sekarang! Yuran pendaftaran hanya RM2 dan anda dikehendaki untuk membeli saham LPP sebanyak 10 unit dengan harga RM1/unit.

No comments:

The Popular Entry