ALHAMDULILLAH!

Penantian selama 6 bulan akhirnya membuahkan hasil. Hasil yang selama ini kami tunggu-tunggu. Ayah dan emak sangat gembira dengan perkhabaran kali ini. Mereka akan bergelar maktok dan to'ki tak lama lagi. Saya berdoa kepada Allah SWT agar semuanya berjalan dengan sempurna dan lancar.

Bersyukur kehadrat Ilahi di atas rezeki dan rahmatNya yang telah dilimpahkan kepada kami seisi keluarga.

Hasil UPT pada hari Ahad baru-baru ini

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Semoga dengan kehadiran 'orang baru' dalam hidup kami ini akan menambahkan lagi keceriaan dan keharmonian rumahtangga kami, insyaAllah. Amin..

Muka gembira mama-to-be

Hopefully semuanya selamat. :)

No comments:

The Popular Entry