Tajuk entri ni macam real tak? Saja aku nak buat gimik dan test market blog aku bila aku guna ayat 'Menggodam Facebook'. Mungkin selepas ni aku nak cuba letak 'How to Hack Facebook' pulak. Banyak tak visitors dari luar negara yang hit masuk ke blog aku yang tak berapa nak best ni.
Kenapa blog aku kurang visitors? Salah satu sebab, aku ni pemalu orangnya. Malu untuk meng'expose'kan diri aku di khalayak ramai. Aku takut jika penulisan aku ni akan menyinggung segelintir manusia lain. Selepas di'brain wash' oleh diri aku sendiri, aku memberanikan diri untuk tulis entri ni. Tak tahu ape kes, tetiba mood nak menulis datang. Lantaklah korang nak cakap blog aku ni boring ke, isi tak padat ke, nampak hodoh ke, janji aku cuba untuk buat yang terbaik.
Sepanjang aku berfikir tu, ada juga kekadang aku pergi baca blog orang lain. Ada sesetengahnya, ayat lintang pukang pun boleh dapat ramai je unique visitors dia. Ada yang lagi hodoh dari blog aku pun, pernah aku jumpa. Sekarang ni, bagi aku... semua tu dah tak penting. Aku cuba untuk memperjudikan nasib aku sekali ini dengan menghasilkan penulisan yang carca-marba ni. Korang faham, fahamlah. Tak faham... ada aku kisah?
Alang-alang mencelup perkasam, biar sampai kenyang. Korang kalau nak aku baca blog korang, tinggalkan jejak korang kat sini. Maaflah ye pasal aku dah buang cbox aku atas alasan aku yang tersendiri. Belum terbuka pintu hati aku untuk lekatkan semula benda alah tu kat blog ni sekali lagi. Tinggal jejak korang dengan meninggalkan komen. Aku akan buat blogwalk secara berperingkat.
Mana tahu kot-kot aku terbuka pintu hati nak bagi hadiah kat korang ke... siapa tahu kan? Hanya aku sorang je yang tahu. Ada jugak terfikir untuk buat contest, tetapi aku sibuk yang amat semenjak boss aku dah tamat tempoh kontrak dia pada 31 December lepas. Cuba buat yang terbaik walaupun aku tahu yang ianya tidak akan menjadi yang terbaik. Sekurang-kurangnya, aku tak pernah bodek big boss macam orang lain buat.
Malas nak berceloteh panjang-panjang... takut korang bosan nak baca. Apa pun, nantikan entri seterusnya selepas ini. Ayah aku mintak aku publishkan sesuatu di blog agar kita semua mendapat pengajaran dan juga pihak berkenaan dapat mengubah sistem mereka. Sekian sahaja untuk kali ini...
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Real Estate Investment Trust (REIT) adalah satu pelaburan amanah berkaitan hartanah dan ianya sangat bagus untuk masa depan anda. Gunakan du...
-
MELAKA, Oct 31 ( Bernama ) - The School Based Assessment Management System (SPPBS) and the School Management System (SPS) will be integrate...
-
Anda tahu tak Google sekarang sudah berpengkalan di Malaysia? Ramai yang sudah mengetahuinya dan ada juga yang tidak tahu bukan? Google Mala...
-
Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal...
-
Dah puas ke tengok yang Part I? Here goes Part II pulak.. Hopefully blog ni akan menyimpan kenangan ni sampai bila-bila. Sampai ke anak cucu...
-
Hey, what's up with the title?? Nothinglah.. I just wanna tell you guys (a bit brag), I've moved from a free dot blogspot dot com to...
-
GEORGETOWN - "Syukur...anak saya selamat dan terima kasih kepada semua." Itu yang diluahkan ibu kepada Wan Aisyah Wan Exzan, kana...
-
KUALA LUMPUR – Salary earners in the “sandwiched” middle-income group will soon find themselves at the losing end as the government continu...
-
An IDEA can change your life... but WOMEN can change your idea. Life is not to be gambled. Life is short and it is not permanent. It...
1 comment:
Salam.Hehehe...Blackbinder.net dah kembali online...teruskan jer berblog...pegang moto "blog aku, cara aku, tak nak bace sudah" hahaha...jom join GengBlogger...komuniti blog yang paling besh...leh dapat ramai follower
Post a Comment