Salam uols..
Malam ni aku nak bercerita tentang kelebihan penanaman menggunakan kaedah fertigasi. Melalui pembacaan aku, kaedah fertigasi ni mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah konvensional yang diguna pakai oleh petani-petani sebelum ni.
Antara kelebihan fertigasi:-
• Nutrien lengkap boleh dikawal ikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan.
• Kebersihan terjamin dan terhindar dari penyakit.
• Kurangkan penggunaan racun especially bila kita pasang jejaring kalis serangga.
• Hasil yang lebih tinggi sehingga 6-7 kali ganda.
• Kualiti terjamin dari segi ketahanan, rasa dan struktur.
• Tidak perlu racun rumpai kerana lantai disimen atau ditutup dengan plastik 'silver shine'.
• Penyebaran baja yang lebih efisyen.
Haa... Sampai setakat ni sahaja untuk hari ni tentang kaedah fertigasi ni. Akan aku sambung di entry yang akan datang.
Sorry, entry kali ni tak ada gambar. Aku publish guna gadget yang sangat kecil.. Ni pon dah lenguh jari jemari aku yang besar duk menekan button button yang kecik-kecik anak ni...
Till then, tata..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.