Kurang Dari 2 Minggu

Ya Allah, sekejap sangat masa berlalu. Tup tup dah nak masuk bulan Disember. Tak sampai 2 minggu pun lagi Mat akan bergelar suami. Homaigoshhh! Nervous ada, pening ada, nak pitam pun ada. Over excited pun ada sikit.

Hari ni balik rumah dah lewat. Keluar mencari rezeki lebih untuk buat kahwin. Pagi jap lagi nak shoot ke Kuala Terengganu pulak! Memang torrrrrbaek! Mat belum tido lagi ni. Kepala duk berdenyut dari semalam lagi. Entahlah.. Risau pun ada ni. Takut kesihatan terganggu. Tapi, apakan daya.. Mat kena full swing this week sebelum bercuti panjang nanti.

Kerja sendiri, macam ni lah gayanya. Oklah, Mat nak baca fasal National Feedlot Corporation (NFC) sekejap. Nak tahu perkembangan semasa sejenak. Mat dengar cerita, Terengganu Agriculture Development Corporation (TADC) juga mempunyai masalah dalaman sekarang ni. Cuma satu hal yang menghairankan Mat. Kenapa bilamana sesebuah anak syarikat kerajaan ni, ia akan mencetuskan masalah dan juga menanggung kerugian yang sangat besar. Mat tengok, pengusaha-pengusaha persendirian baik Melayu atau Cina, boleh je survive. Siap untung berjuta-juta ringgit.

Dah masuk sikit bab politik kat situ. Tapi tak kesahlah! Mat nak explanation daripada pihak tertentu kerana rakyat seperti Mat ingin tahu. :)

Bowling Dan Aku

Lama sungguh Mat tak pergi main bowling. Rasa macam dah hilang semua skill yang ada. Cewahhhh!! (Bajet bagus main bowling.. padahal tangan longkang)

Bukan apa, belum berkesempatan nak main bowling balik semula. Tunggu bila ada kelapangan lepas ni, insyaAllah akan Mat pergi membaling bola bowling semula. Dan kalau tak ada aral, pergi bowling dengan isteri tercinta. Hehehe.. Jangan jealous! :P

Dah.. dah.. Esok nak kerja. Mat tidoq dulu naaaa.. Selamat malam semua. Zassssssss...!!!

Rain Over Me

Rain Over Me by Pitbull featuring Marc Anthony

Never Regret Things In Life

If you've chosen your path, never regret and neglect your decision. Sometimes, things never happen in the way you expect it to happen. Nevertheless, you have to move on and make your way to the point.

I am experiencing it at this moment of life. I've chosen to set my own business and I have to sacrifice my time and my loved ones to achieve my target. I believed they do understand it cos what I'm doing right now is for their sake too.

If you're me, what will you do when you feel down and empty?

Pray to Allah for forgiveness and ask for the prosperity and happiness from The Almighty. Insya Allah, you will get what you want if you don't forget The Merciful Allah.

Bila Bosan Update Blog Sampai 3 Pagi

Bila dah bosan dengan tekanan suasana, berbagai perkara boleh jadi.

Siang tadi bekalan letrik rumah Mat kena potong. Mangkuk hayun punya kontraktor TNB potong bekalan tak bagi notis! Hangin satu badan tiba-tiba letrik tadak..

Lepas tu Mat inform kat parents yang bekalan letrik kena potong. Depa kelam kabut gagau duit nak buat bayar bil letrik tertunggak. Ibu Mat suruh Mat pi juai cincin emas dia sebab duit dah tadak.

Mat buat muka tak malu pi jual cincin emas tu. Dua bentuk cincin sekali hadap! Tu dia.. Dapat RM1250 untuk dua bentuk cincin tu. Satu memang emas 916, tapi yang lagi satu tu mutu emas dia dah berkorang. Tak sampai 916 pun..

Negotiate punya negotiate, last sekali tukang emas tu beli jugak dengan harga 916. Cincin tu dulu ibu Mat beli kat kedai emas 'cha ya nun alif'. Kena kencinnnnnn! Khojaq punya 'cha ya nun alif'! Lepas ni jadikan pengajaran jangan duk beli emas kat kedai depa.

Ni dah pukul 3 pagi. Tak reti nak tidoq lagi ka? Jom la weh.. Mat kuntau hangpa sat lagi baru hangpa tau.. Hihihi.....

Kucing Tom?

Baru-baru ni, Mat pergi melepak kat restoran yang ada wi-fi sambil Mat mengadap laptop. Tiba-tiba ada seorang mamat yang bajet 'bagus' IT tanya Mat, "Dulu kau programmer kan? Sebab aku macam pernah nampak kau sebelum ni."

Mat secara ringkas menjawab, "Tak. Aku dulu Associate Software Engineer."

Dia hanya mengangguk kepalanya yang kosong tu. Muka ada sikit 'blur'. Dalam hati Mat dah guling-guling gelak.

Mat pun dengan selamba tanya dia semula, "Kau programmer ke?"

Dia pun secara 'confident' menjawab, "Aku semua boleh. System Admin, Database Admin, Programmer.. Kira 'all-rounders' lah."

Mat berfikir sekejap. "Dah macam Software Engineer dah mamat ni. Semua dia 'master'."

Dia mula 'sembang'. "Dulu aku buat sistem guna server sendiri kat rumah. So, aku boleh dapat profit margin tinggi. Aku buat freelance."

Lepas tu dia tanya Mat pula, "Kau guna server apa?"

Mat dah mula malas nak layan mamat ni, terus je Mat jawab, "Aku guna kucing tom.."

Sejurus dia mendengar jawapan Mat, dia menggarukan kepala. Mat ingat dia akan diam dan faham apa maksud Mat, tetapi sangkaan Mat meleset.

Dia tanya Mat semula, "Server apa tu bro? Aku tak pernah dengar nama tu."

"Kucing tom tu bukan nama kucing aku, tapi nama server yang aku guna sebelum ni. Aku Bahasa Melayu kan namanya. Pernah dengar Tomcat?", balas Mat pada dia.

Mamat yang 'bajet' cool IT tu menggelengkan kepala. "Kau balik rumah nanti, cari Apache Tomcat guna Google yeh! Aku nak minta diri dulu, dah lewat nak pergi main dengan kucing tom aku.", sejurus menghabiskan ayat, Mat terus bangun dan berjalan keluar dari restoran tu.

Logo rasmi Apache Tomcat

Ps: Apache Tomcat dibangunkan oleh Apache Software Foundation (ASF) dengan servlet container yang bernama Catalina.

Pss: Catalina.start: LifecycleException: null.open: java.net.SocketException: Permission denied: listen failed

Suka Melawan?

Terkadang aku pelik bila orang kata aku suka melawan. Baiklah, aku terima je kalau dah orang nak kata gitu.. Fine for me. Cuma satu je aku nak tanya.. Melawan yang macam mana tu?


Cerita ni baru timbul sebab ayah aku bagitahu yang aku tak dapat kerja dengan satu syarikat ni sebab masa aku kerja dengan anak syarikat kepada syarikat tu dulu, aku kuat melawan. Masa bila aku melawan? Prestasi kerja pun kurang katanya. Ex-boss aku pun cakap aku malas buat kerja.

Overtime sampai pukul 9-10 malam tu bukan aku buat kerja ke? Kalau nak siapkan kerja orang lain tu, takde pasal aku nak pergi buat kerja dorang yang lagi pemalas dari aku. Padahal dalam syarikat tu pun, ramai je yang tak buat kerja. Kerja yang dorang selalu buat, Facebook dan Mudah.my. Kerja apakebenda tu namanya? Bukan syarikat ICT pun..

Kadangkala aku terfikir betapa busuknya perut sesetengah manusia ni.. Kan? Aku tak pernah kacau pun hidup dorang, apetah lagi nak tutup periuk nasik dorang.. Tapi bila sampai kat aku, disabotajnya aku. Mengadu macam orang bodoh dekat boss. Aku ni pulak bukan jenis cium bontot boss untuk lompat naik sesenang macam dorang tu.

Entahla.. Mungkin sebab tu aku masih duduk ditakuk yang lama kot. Sebab aku tak pandai nak kipas bontot boss. Eh, melalut dah aku ni sampai kipas-kipas bontot. Hahaha..

Anyway, kepada mereka yang telah mengkhianati aku tu.. Terima kasih aku ucapkan. Semoga Allah membalas kebaikkan korang semua. :) Aku redha dan terima setiap apa yang berlaku dengan hati yang terbuka dan tenang, insya Allah.. Hanya di blog ini je aku mampu luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni.

BAIK PULIH ENJIN DEUTZ

Minggu ni Mat nak kena baik pulih sebiji enjin diesel dari jenama Deutz. Enjin yang berasal dari Jerman ni sangat susah untuk dibaik pulih. Harap-harap tiada yang terkandas untuk kerja kali ni.

Semua alat ganti sudah dibeli oleh pemilik enjin tersebut. Minggu ni Mat akan mula kerja. Insya Allah dalam masa beberapa hari boleh siap baik pulih. Sneak peak enjin yang akan dibaik pulih nanti..

Enjin Deutz dari Jerman

Kalau siap dibaik pulih nanti, dapat sikit duit untuk back-up persiapan nak kahwin. Tak sampai sebulan lagi tarikh Mat nak kahwin ni. Cedera parah dah rasanya sekarang ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Amin..

KAWAN DAN JANJI

Sebut pasal berkawan ni, Mat jadi takut bila ianya melibatkan duit atau harta benda. Bukan kerana Mat kedekut, tetapi kerana Mat dah pernah terkena. Buta-buta aje kawan-kawan tipu Mat. Ada yang pinjam duit dan liat nak bayar. Ada yang pinjam kereta lepas tu bila kereta Mat rosak, dorang buat bodoh aje.

Sebab peristiwa-peristiwa di atas ni la buat Mat jadi lebih berhati-hati dan berwaspada. Bukan kerana kedekut, tetapi pengalaman mengajar Mat supaya menjadi kedekut. Pelik kan dunia hari ini? Mat tak pernah ada kawan-kawan seperti tu satu ketika dahulu.

Jadi bila dah terkena tu, Mat belajar dari kesilapan Mat mempercayai seseorang. Dia manusia, Mat juga manusia. Jadi rasanya Mat tak perlu nak terangkan apa-apa mengenai sifat manusia ni kerana pembaca pun manusia juga. :)

Pasal tajuk entri pulak, peristiwa terbaru Mat kena. Katanya nak pinjam duit Mat untuk buat modal meniaga. Dalam masa 2 bulan, dia akan bayar balik duit tu. Tapi ini dah nak masuk 8 bulan dah. Masih lagi bila Mat pergi jumpa dia, dia berjanji untuk bayar duit Mat tu dalam jangka masa terdekat. Mat dah muak dengan janji-janji palsu ni.

Kepada pembaca semua, ingatlah.. jangan percaya sangat dengan kawan-kawan ni. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan duit atau harta benda korang semua. Biar tak ada kawan pun tak apa daripada ada kawan tetapi menyakitkan hati. Na'uzubillah..

LAGI VCLIP MADDI JANE

Suaranya sangat lunak. Rupa paras pun menawan. Mari kita layan lagi video clip dari Maddi Jane. Tak bosan dengar suara budak ni.


Najwa Latif versi omputih. Kan? Mat tengah cari biography budak bernama Maddi Jane ni, tapi tak jumpa-jumpa dalam internet. Kalau dah jumpa nanti Mat akan compile dan letak kat sini. Cuba untuk jadi blog yang viable di dalam blogosphere, kena usaha lebih sikit, kan?

BAKAT BARU — MADDI JANE

Baru berusia 13 tahun. Ramai orang mengatakan Maddi Jane ni macam JoJo. Meningkat naik sewaktu umur muda. Sekarang ni JoJo pun dah senyap.


Cute kan minah ni? Tergugat iman aku bila tengok keayuan dia. Heehe.. Layankan aje.

The Popular Entry