Lisa Surihani Terima Anugerah Dari Puteri UMNO

Gambar diambil dari GUA

Tahniah buat Lisa Surihani kerana telah menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO baru-baru ini. Ia bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 29 November hingga 2 Disember 2011.

Empat lagi penerima anugerah tersebut, pemenang pingat emas dalam acara renang di Sukan SEA 2011, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Usahawan Wanita Cemerlang 2011, dan Penerima Kumpulan Pertama Biasiswa Nasional 2010.

Diharap Puteri UMNO akan terus berjuang demi menjamin kecemerlangan mereka di masa akan datang. Semoga dengan pemberian anugerah tersebut dapat membangkitkan lagi semangat mereka-mereka yang bergiat aktif dalam dunia politik.

Politik yang bersih menjamin kesejahteraan negara dan sosioekonomi.

P/s: Ramai artis dan mula berpolitik sekarang. Tidak ketinggalan juga bekas artis. Cuma satu sahaja pesan Mat kepada artis yang ingin berpolitik. Jangan amalkan politik kotor dan kutuk orang sana sini, nanti orang benci. :)

No comments:

The Popular Entry