BEKERJA SENDIRI Vs. MAKAN GAJI

Apa pendapat anda tentang bekerja sendiri dan bekerja makan gaji?

Definisi bekerja sendiri ialah memiliki perniagaan atau melakukan kerja secara 'freelance' tanpa perlu patuh pada waktu bekerja, 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bekerja makan gaji pula ialah bekerja di bawah waktu bekerja dan perlu patuh kepada syarat-syarat tertentu yang dikenakan terhadap seseorang pekerja.

Secara jujur saya katakan di sini, di atas dunia ini hanya ada dua golongan iaitu pekerja dan majikan. Anda yang tentukan sama ada untuk menjadi pekerja atau majikan. Semua ini bergantung atas kemampuan anda. Jika anda seorang yang aktif, pandai mencari peluang, dan mampu untuk mendapatkan projek, maka anda mampu untuk menjadi seorang majikan.

Jika anda seorang yang hanya mampu menurut perintah dan kurang berkeyakinan dalam sesuatu perkara, adalah lebih baik anda bekerja makan gaji. Ini lebih menguntungkan diri anda kerana setiap bulan anda tidak perlu untuk memikirkan bagaimana untuk menjelaskan bil utiliti, sewa beli kereta, rumah dan sebagainya.

Namun, setiap sesuatu itu pasti ada kelebihan dan kelemahannya. Sama seperti bekerja sendiri dan makan gaji. Apa yang saya dapat rumuskan di sini, jika anda seorang yang tidak suka dikongkong oleh waktu bekerja, adalah lebih baik anda mengusahakan perniagaan sendiri, atau lebih tepat; bekerja sendiri.

Walaubagaimanapun, bekerja sendiri mempunyai kelemahannya yang agak letih untuk difikirkan. Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan projek, maka anda sedang berada dalam bahaya. Kepayahan ini akan mengundang pelbagai masalah dan spekulasi termasuk masalah kemerosotan kewangan. Itu adalah musuh utama dalam menjalankan perniagaan sendiri. Bagaimana untuk mencari projek? Itu adalah soalan yang anda patut tanya pada diri anda sendiri. Mampukah anda?

Bekerja makan gaji ini mempunyai kelemahan yang kecil, iaitu kekangan masa dan juga perbelanjaan anda. Namun, jika anda seorang yang bijak merancang, semua itu bukanlah satu masalah bagi anda. Gaji anda adalah terhad dan anda perlu akur dengan apa yang anda perolehi setiap bulan.

Bertindak dengan bijak dalam memilih untuk bekerja sendiri atau makan gaji. Anda yang menentukan hidup anda dan pilihan adalah di tangan anda. Renung-renungkanlah..

Secara jujur saya katakan di sini, bekerja/berniaga sendiri tidaklah semudah yang kita sangka. It's a true fact! Hanya mereka yang berkeyakinan tinggi sahaja mampu untuk melakukannya.

No comments:

The Popular Entry