PENGKALAN CHEPA TRIP

21 Oktober 2010.

We're facing problem regarding the HBT Pumps that were supposed to be delivered to CKP by chopper, this morning. The materials are too heavy and hard to fit inside our chopper. Please take action regarding this matter since the pump's fluid overflowed on our stairs.

Demikianlah email yang diterima oleh kami yang dihantar oleh Varia Armada, Pengkalan Chepa.

Tengah aku ralit semak report material, Rizal yang baru je lepas bercakap dengan boss kitorang kata, "Nas, jom gi Pengkalan Chepa". At first aku tak layan sebab aku ingat dia main-main. Kebiasaannya macam tu lah. Hehehe.. Tapi selepas dia asyik mengajak, aku tanya dia semula, "Nak gi dengan mende, mbeng?". Dia diam sekejap..

Tak lama lepas tu dia cakap, "Mu gi ambik kuci Hilux dekat office safety". Aku termanggu kejap! Nak bawak Hilux pergi ke Pengkalan Chepa? Pengsanlah nak boleh sampai ke sana sebab condition Hilux tu tak berapa nak elok. Jalan lurus pun boleh terasa membuai-buai, inikan pula jalan nak ke Kota Bahru sangat ramai selekohnya.

Gambar ni cuma hiasan semata-mata.

Aku pun dengan selamba badak, pergi masuk office safety pastu request dengan Safety Officer nak pakai Hilux tu. Dia siap pesan lagi, "Mu sohbeng gohek laju-laju ngat, motteng kekgi". Aku diam je sambil angguk tanda faham. Dia buat aku ni macam tak pernah bawak je Hilux tu. Terus aku bawak untuk pergi refuel.

Sampai je kat simpang empat traffic light yang berhampiran dengan yard kitorang, aku pun terdengar suatu bunyi yang agak tidak sedap untuk didengar. Terus, aku call Kak Da (Proc. Exec.), mintak nak guna van Hiace company. Syarat untuk nak guna van tu kena bawak orang 5 orang dan lebih. Aku pun cakap kat dia, "Nak sesuatu yang tak elok ke terjadi kat kitorang?" Terus dia izinkan. Hehehe.. =P Staff lain jangan envy aku pulak ye..

Aku pun start van, terus pergi refuel. Isi penuh guna kupon, terus gerak gi ambik Rizal & Mahazol. Aku drive pergi dan balik. Aku taknak duduk jadi co-driver sebab seat belah situ tak boleh dilaras. Duduk di seat belakang, melambung-lambung. Jadi, aku pilih untuk menjadi driver! Hahaha..

Nak boleh sampai ke Kota Bahru, bukan main lama lagi. Aku tak berani nak laju sebab van Hiace ni agak tinggi dan melambung-lambung. Singgah makan KFC dekat kawasan Jertih sebab dah tak tahan sangat kelaparan. Bertolak dari pejabat jam 1130 dan tiba di perkarangan pejabat Varia Armada jam 1700. Lambat sampai sebab banyak sangat makan buah langsat (sesat).

Rupa HBT Pump - gambar hiasan

Setelah meneliti keadaan HBT pumps tu, kami figure out untuk re-packing pumps tu ke dalam kotak (packing asal - dalam metal box). Nasib baik waktu dalam perjalanan tu kami berhempas pulas mencari kotak yang dah nak dilupus guna di setiap kedai termasuklah Tujuh Sebelas (7 Eleven). Rizal kata, "Terkilan rasa sebab benda yang kita buat ni dok susoh mane pon macam hok orang kabor". Rasa macam tak berbaloi pergi sana naik van sampai 7 jam perjalanan! Kalau tahu, baik pegi dengan kereta je. Mesti tak sampai 7 jam.

Jam 1800 kami bertiga bertolak balik ke Kemaman. Singgah refuel di kawasan Kota Bahru dan solat jamak ta'khir di stesen minyak Petronas tu. Tak jumpa cari masjid sepanjang perjalanan. Lepas tu pecut dengan selamba rock katak menuju ke Pasir Puteh tanpa makan buah langsat lagi. Hehehe...

Sampai di Kuala Terengganu kira-kira jam 2100 dan singgah makan dan minum di restoran Air Buah Pior, Seberang Takir. Dah pekena laksam dan air jagung gelas besar, terus bergerak balik ke Kemaman lingkungan jam 2200 dan tiba di perkarangan pejabat pada jam 0000. Perjalanan sejauh 500km lebih pergi dan balik yang mengambil masa 13 jam.

Penat semalam tak habis lagi, pagi tadi terus gerak pegi hantar kereta tukar dashboard (papan pemuka) kat Tan Chong SC, Kuantan. Pasal tu, aku cerita kemudian. Masa untuk tidur dan berehat sebelum berjuang di esok hari! =)

No comments:

The Popular Entry